Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dai] | کداي

Definisi : bangunan tempat menjual barang-barang, gerai, toko; rumah ~ bangunan tempat tinggal dan juga berniaga; ~ bar kedai tempat menjual minuman keras; ~ kopi kedai tempat menjual minuman dan kuih-muih; ~ lesen gerai tempat menjual makanan dan minuman; ~ makan kedai tempat menjual makanan (nasi dll); ~ minyak kedai tempat menjual minyak petrol; ~ pajak pajak gadai; ~ runcit kedai yg menjual barang-barang sedikit-sedikit kpd pengguna; ~ serbaneka kedai yg menjual aneka jenis barang; ~ urup- urup tempat menukar wang; berkedai 1. membeli-belah di kedai; 2. mem­punyai kedai, berniaga di kedai, membuka kedai: tidak banyak orang Melayu yg ~ di sana; ~ kopi menjual minuman dan kuih-kuih di kedai; mengedaikan menunjukkan (mempamer kan) barang-barang dagangan: di pasar telah disediakan tempat ~ barang-barang itu; terkedai telah dikedaikan, telah dipamerkan (bkn barang-barang dagangan dll): barang lukisan dan ukiran, sekaliannya ~ dgn permainya; kedaian 1. tempat berkedai; 2. almari dll tempat mempamerkan barang-barang dagangan: mereka melihat-lihat barang-barang yg tersusun dgn baik dlm tiap-tiap ~; perkedaian 1. perihal berkedai; 2. tempat berkedai, 3. sj tempat di kedai utk mem­pamerkan barang-barang dagangan; 4. barang yg dikedaikan (dipamerkan); pekedai penjual di kedai, orang yg berkedai; ~ kecil pekedai yg berniaga secara kecil-kecil­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dai] | کداي

Definisi : bangunan tempat barang-barang, makanan dll dijual; toko. ~ kain kedai tempat bermacam-macam jenis kain dijual. ~ kopi kedai tempat minuman (kuih dll) dijual. ~ minyak kedai tempat minyak dijual. ~ pajak kedai tempat barang-barang kemas dll digadai atau digadaikan. ~ runcit kedai tempat barang-barang dijual secara kecil-kecilan (runcit). berkedai 1 membuka kedai; berniaga di kedai: Sudah banyak orang Melayu yg ~ di sana. 2 membeli-belah di kedai; berbelanja di kedai. pekedai orang yg berkedai; orang yg berniaga atau berjual di kedai: ~ kecil pekedai yg berniaga secara kecil-kecilan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kedai (kata nama)
Bersinonim dengan gerai, toko, warung, bangsal, stor, wisma dagang, pasar, studio, butik, lepau;,
Kata Terbitan : berkedai, mengedaikan, pekedai,

Puisi
 

Bawang dibeli di kedai Cina,
     Cina apek di kedai kopi;
Adik ikut barang ke mana,
     Adik hendak bersama mati.


Lihat selanjutnya...(28)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coffee housekedai kopi; warung kopiPentadbiran PerniagaanTiadaKedai kopi: Kedai tempat menjual makanan dan minuman.,Warung kopi: Kedai kecil tempat menjual makanan dan minuman.
urban infillpembangunan pengantaraanKesenianSeni BinaPembangunan sesuatu tapak di kawasan persekitaran yang telah dimajukan atau pembangunan semula sesuatu bangunan yang telah ditinggalkan, atau pembangunan baharu untuk kawasan yang telah ketinggalan dari arus pembangunan. Contohnya, pembangunan rumah kedai yang telah hampir roboh di kawasan kedai-kedai lain yang berhampiran.
over the counter drugubat tanpa preskripsiPerubatanTiadaUbat yang boleh didapati dari kedai farmasi, kedai runcit dan jualan langsung tanpa memerlukan preskripsi daripada pengamal perubatan. Di Malaysia, ubat tanpa preskripsi dimasukkan dalam kumpulan C, D dan E yang biasanya digunakan untuk rawatan kendiri bagi masalah yang ringan dan sementara. Contohnya ialah Paracetamol, vitamin dan ubat cacing.
chain storekedai rantaianSosiologiTiadaKedai runcit yang merupakan salah satu daripada rangkai kedai yang diuruskan oleh suatu pengurusan.
haberdasherykedai kelontongKesenianTiada1. Kedai yang menjual pakaian dan hiasan pelengkap untuk lelaki.,2. Kedai yang menjual peralatan kecil dan bahan jahitan.
pharmacyfarmasiSains KesihatanTiada1. Kedai atau bahagian kedai yang menjual dan memberikan ubat. 2. Perkerjaan atau bidang sains yang melibatkan pembuatan ubat.
confectionarykedai gula-gulaPentadbiran PerniagaanTiadaKedai yang menjual manisan atau gula-gula dan kadang kala kandi dan aiskrim.
department storekedai jabatanPentadbiranTiadaKedai runci yang menjual pelbagai jenis barangan yang diletakkan dalam pelbagai bahagian atau unit mengikut jenis keluaran seperti pakaian, perabot, alat elektronik dan sebagainya.
specialty storekedai istimewaPentadbiranTiadaKedai runcit yang menjual barisan keluaran yang kecil tetapi mempunyai pelbagai jenis keluaran dalam barisan tersebut.
gift shopkedai cenderamataPelanconganTiadaKedai yang menjual pelbagai cenderamata yang melambangkan sesebuah tempat, destinasi atau negara.
12345678910...

Kembali ke atas