Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.da.pa.tan] | کداڤتن

Definisi : didapati, dijumpai, diketahui: manakala ia balik, ~ rumahnya sunyi; apa­bila kerjanya itu hendak dipangku oleh orang lain, ~ kira-kira wangnya terkurang sebanyak dua puluh ringgit; muka berpan­dangan, budi ~, kasih bagai lama juga prb anggapan (perasaan) yg tidak berubah kpd seseorang walaupun ia berlaku serong; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedapatan

Peribahasa

Sebab budi boleh kedapatan.

Bermaksud :

Tingkah laku juga yang menyebabkan seseorang itu binasa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
information explosionledakan maklumatTeknologi MaklumatTiadaKedapatan maklumat secara mendadak yang boleh dicapai oleh orang ramai dengan adanya Internet. Orang ramai dapat berkongsi maklumat yang disimpan dalam pelayan web. Maklumat ini bertambah setiap hari dengan banyaknya. Ledakan maklumat ini akan menyebabkan limpahan maklumat.
information explosionledakan maklumatTeknologi MaklumatTiadaKedapatan maklumat secara mendadak yang boleh dicapai oleh orang ramai dengan adanya Internet. Orang ramai dapat berkongsi maklumat yang disimpan dalam pelayan web. Maklumat ini bertambah setiap hari dengan banyaknya. Ledakan maklumat ini akan menyebabkan limpahan maklumat.
ground-water resourcessumber air tanahHidrogeologiTiadaKeupayaan dan kedapatan air tanah di suatu kawasan untuk kegunaan (jumlah, mutu). Ruj.: Bryan 1923
watermark errorralat tera airPentadbiran PerniagaanTiadaKesilapan yang berlaku semasa menentukan kedudukan tera air misalnya kedapatan lebihan jidar semasa tebukan dibuat.
infiltration galleryterowong susupanHidrogeologiTiadaPembuluh mendatar untuk mencegat air tanah. Terowong sering dibina selari dengan sungai agar bekalan air selalu kedapatan. Terowong disesuaikan dengan keadaan muka air tinggi dan membolehkan surutan minimum (Todd). Ruj.: Meinzer 1923 Sin.: terowongan susupan
root systemsistem akarPertanianAgronomi

 Berkaitan pertumbuhan, pembentukan dan penyerakan akar sesuatu tanaman. Sistem akar bergantung kepada genotip tanaman, pH tanah, suhu tanah, kesuburan dan kepadatan tanah, kedapatan air, ciri-ciri mekanikal dan fizikal tanah. Terdapat dua sistem akar utama, iaitu akar serabut dan akar tunjang. Tumbuhan jenis monokot mempunyai akar serabut manakala tumbuhan dikot mempunyai sistem akar tunjang.

hydrogeological mappeta hidrogeologiHidrogeologiTiadaPeta yang menggambarkan sifat hidrologi atau hubungan sifat ini dengan geologi, geomorfologi, atau geokimia sesuatu kawasan. Kerumitan perhubungan hidrologi di beberapa kawasan biasanya menyulitkan penggambaran semua sifat hidrologi dalam satu peta. Peta hidrogeologi dikelaskan ke dalam empat kumpulan: (1) sifat hidrologi umum dan kedapatan air; (2) hubungan sifat geologi dan hidrologi; (3) parameter hidrologi dan (4) sifat dan hubungan hidrologikimia. Ruj.: Da Costa 1960

Kembali ke atas