Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.da.ta.ngan] | کداتڠن

Definisi : 1. perihal datang (mendatang), tibanya, sampainya: ~ orang-orang Minang­kabau itu disambut dgn mesra; 2. diserang (musuh dsb), ditimpa (kemalangan dll), didatangi: ~ gerombolan penjahat; ~ musuh; ~ bencana; ~ bulan datang bulan (haid); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.da.ta.ngan] | کداتڠن

Definisi : 1 perihal datang; ketibaan: ~ Menteri Besar ke kampung itu telah disambut dgn meriah. 2 ditimpa (kemalangan, sakit dll); diserang; didatangi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedatangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah. dipasifkan menjadi Kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah saya. tau Kedatangan biras ayah dari Sabah disambut olehnya'Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah' dipasifkan menjadi 'Kedatangan biras ayah yang baru tiba dari Sabah disambut olehnya'Tatabahasa09.03.2011
Tuan? Yang manakah betul? 'Kami mengalu-alukan kedatangan anda' atau 'Kami mengalu-alukan anda'? Ayat ini untuk menyambut kedatangan seseorang. Terima kasih.Tuan,

Kedua-duanya betul namun yang lebih tepat ialah 'Kami mengalu-alukan kedatangan anda' kerana ia merujuk kedatangan seseorang.
Tatabahasa15.02.2012
bagaimana kedatangan bahasa melayu di selatan thaiSoalan yang anda kemukakan ini berbentuk tugasan dan soalan sebegini adalah di luar skop perkhidmatan kerana memerlukan kajian khusus dan pembacaan yang banyak. Bagi membantu anda menyelesaikan tugasan tersebut, kami mencadangkan puan merujuk buku, jurnal atau makalah  yang berkaitan dengan sejarah bahasa Melayu.Lain-lain22.09.2014
apakah definisi kedatangan pekerja dalam organisasiDatang bermaksud 1. sampai,tiba.2. bergerak menghampiri sesorang atau sesuatu tempat 3. pergi 4. berasal 5. hingga, sampai 6.muncul,timbul 7.bkn. jangka masa,yang akan tiba,hadapan, kemudian. Berdasarkan makna di atas ungkapan tersebut boleh membawa maksud ketibaan atau kemunculan pekerja dalam organisasi atau kehadiran pekerja. Untuk maklumat lanjut  sila buku tentang organisasi atau pengurusan.   Makna31.10.2008
apakah faktor kedatangan pendatang asing, kepentingan, keburykan, dan langkah-langkah mengatasinya?Sila rujuk aritkel dibawah : 1. Bekerjasama menangani masalah pendatang oleh Megat Hishamuddin Megat Syamil Dewan Masyarakat 01/06/1998. 2. Buruk baiknya pendatang asing oleh A. Samad Ismail Dewan Budaya 01/12/1996. 3. Menangani masalah pendatang tanpa izin oleh Lee Lam Thye Dewan Budaya 01/05/1998. 4. Menangani pendatang asing oleh Sundharan a/l Sivathasan Dewan Siswa 01/06/1998. 5. Pekerja asing dan pendatang haram Hassan Ahmad Dewan Budaya 01/08/1996. 6. Pendatang tanpa izin mengancam kestabilan negara oleh Zin Mahmud Dewan Siswa 01/03/1997. 7. Pendatang tanpa izin: sudah mula bertapak? oleh Junipah Wandi Dewan Masyarakat 01/09/1994.Lain-lain20.10.2007
Ayat pasif yang mana satu bertul? 1. Kedatangan tetamu dari jauh dialu-alukan oleh kami sekeluarga. 2. Kedatangan tetamu dari jauh kami sekeluarga alu-alukan. 3. Kapal terbang tidak pernah saya dan adik naiki. 4. Kapal terbang tidak pernah dinaiki oleh saya dan adik.

Ayat pasif yang betul ialah: 1. Kedatangan tetamu dari jauh dialu-alukan oleh kami sekeluarga. 4. Kapal terbang tidak pernah dinaiki oleh saya dan adik.

Tatabahasa19.08.2020
Bolehkah kata majmuk menerima imbuhan seperti alat pemadam api, buku kedatangan pelajar dan lain-lainUntuk makluman saudara, meskipun alat pemadam api dan buku kedatangan pelajar merupakan kata majmuk tetapi kedua-duanya akan berfungsi sebagai kata nama atau objek yang tidak memerlukan imbuhan apabila digunakan dalam ayat.Tatabahasa01.09.2006
Salam. Apakah perbezaan antara "janji" dan "asalkan"? Contohnya dalam ayat berikut: Asalkan/Janji awak tak berasa kedatangan saya menyusahkan awak. Perkataan yang manakah lebih sesuai? Mengapa?Janji ialah kata nama, asalkan ialah kata keterangan dan lazimnya hadir pada pertengahan ayat, seperti ... asalkan awak tak berasa kedatangan saya menyusahkan awak. Ayat "Janji awak tak berasa kedatangan saya menyusahkan awak" lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan.Tatabahasa15.06.2011
Assalammualaikum Tuan/Puan Pengurusan JPJ Kelantan telah memutuskan untuk membuat papan tanda/bunting sebagai mengalu-alukan kedatangan pelancong yang masuk melalui sempadan Thailand ke Rantau Panjang. Jabatan ini memohon pandangan pihak Tuan. apakah susunan ayat yang lebih tepat bagi maksud mengalu-alukan kedatangan masyarakat daripada sempadan Thailand ke Rantau Panjang. Berikut adalah cadangan ayat untuk perkara tersebut daripada pihak Jawatankuasa: Cadangan 1 : SELAMAT DATANG RANTAU PANJANG Cadangan 2 : SELAMAT DATANG KE RANTAU PANJANG Untuk makluman Tuan, cadangan ayat di atas dicadangkan untuk diletakkan pada "bunting" di hadapan Pejabat Kawalan Sempadan oleh JPJ dan papan tanda di atas premis Stesen Kawalan Sempadan. Segala tunjuk ajar daripada pihak Tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Selamat Datang ke Rantau Panjang". Jika kita mengungkapkan Selamat Datang Rantau Panjang maknanya kita mengalu-alukan kedatangan orang yang bernama Rantau Panjang seperti Selamat Datang Ahmad.Tatabahasa04.07.2012
1. Ketua darjah mengambil kedatangan murid untuk memastikan tidak ada murid yang (tertinggal/ketinggalan). 2. Kita harus menggosok gigi supaya tidak mengalami karies gigi. (ayat ini betul?) Minta penjelasan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah: 
1. Ketua darjah mengambil kedatangan murid untuk memastikan tidak ada murid yang tertinggal semasa lawatan. 
2. Kita harus menggosok gigi supaya tidak mengalami karies gigi.

Tatabahasa12.04.2023
1234567

Kembali ke atas