Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.da.ta.ngan] | کداتڠن

Definisi : 1. perihal datang (mendatang), tibanya, sampainya: ~ orang-orang Minang­kabau itu disambut dgn mesra; 2. diserang (musuh dsb), ditimpa (kemalangan dll), didatangi: ~ gerombolan penjahat; ~ musuh; ~ bencana; ~ bulan datang bulan (haid); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.da.ta.ngan] | کداتڠن

Definisi : 1 perihal datang; ketibaan: ~ Menteri Besar ke kampung itu telah disambut dgn meriah. 2 ditimpa (kemalangan, sakit dll); diserang; didatangi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedatangan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARAB PURBA, KERAJAAN

Arab Purba, Kerajaan ialah kerajaan yang

wujud sebelum kedatangan Islam yang saling

berbeza daripada segi kekuatan dan kelemahan.

UMUM 
ADVENTIS

Adventis ialah ahli kumpulan keagamaan yang

menekankan doktrin Kedatangan Kedua yang

percaya bahawa Jesus Christ mungkin kembali ke

dunia pada bila-bila masa.

UMUM 
KAURNA

Kaurna ialah sekumpulan lebih kurang 300

Orang Asli yang mendiami Dataran Adelaide

semasa kedatangan orang Inggeris ke Australia

Selatan pada tahun 1836.

UMUM 
KORBAN

Korban ialah perayaan bercorak akidah yang

dilakukan semenjak sebelum kedatangan agama

Islam lagi.

UMUM 
PERANG AL-NAMARIQ

Perang al-Namariq berlaku pada zaman

Khalifah ‘Umar ibn al-Khattab, antara tentera Islam

dengan tentera Parsi yang menentang kedatangan

Abu ‘Ubayd ibn Mas‘ud al-Thaqafi.

UMUM 
BATU BERSURAT TERENGGANU

BATU BERSURAT TERENGGANU, prasasti yang mempunyai kaitan dengan tarikh kedatangan Islam ke Semenanjung Tanah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ADAT MENGARUK

ADAT MENGARUK, upacara mengalu-alukan kedatangan pemimpin atau tetamu negara atau ketika pertabalan seseorang raja atau pelantikan pemimpin yang diamalkan oleh masyarakat Bugis-Makasar.

BUDAYAKonsep
PEMINJAMAN BAHASA ARAB

PEMINJAMAN BAHASA ARAB, proses peminjaman dalam bahasa Melayu.  Proses ini berlaku sejak kedatangan Islam ke Alam Melayu.  Terdapat lima bukti tentang sejarah awal kedatangan Islam dan pengaruh Arab di Alam Melayu, iaitu:

BAHASAKonsep
MANDI SAFAT

MANDI SAFAT, upacara mandi untuk pengantin baharu dengan tujuan menolak bala. Upacara mandi safat dikenal juga sebagai mandi sampat dan diamalkan sejak sebelum kedatangan Islam. Upacara ini melibatkan aspek pemujaan, dan kepercayaan kepada semangat serta menilik keraksian pasangan pengantin. Dengan kedatangan Islam, upacara ini disesuaikan dengan ajaran agama itu.

BUDAYAKepercayaan
MAKHLUK HALUS

MAKHLUK HALUS, kejadian dalam dunia ghaib yang dipercayai dapat mempengaruhi keadaan dan mempunyai kuasa terhadap alam nyata. Makhluk halus dikenal juga sebagai semangat, badi, dan jiwa. Roh bukan makhluk halus. Sebelum kedatangan Hindu dan Buddha, orang Melayu menganggap makhluk halus sebagai hantu tetapi setelah kedatangan agama tersebut, dewa dan dewi juga dipercayai mempunyai kuasa seperti makhluk halus yang lain.

BUDAYAKepercayaan
123

Kembali ke atas