Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.da.tuan] | کداتوان

Definisi : 1. ark kerajaan, pemerintahan; 2. Mn tari-tarian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedatuan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELAGA BATU

TELAGA BATU, tapak arkeologi yang penting dalam sejarah kerajaan Sriwijaya. Di sinilah ditemui inskripsi Telaga Batu, yang memberi gambaran tentang bagaimana kerajaan atau kedatuan Sriwijaya diperintah dan juga keadaan organisasi pemerintahan, serta cara keamanan dan perpaduan dikekalkan. Ia merujuk kepada sebuah perigi batu yang tidak diketahui umurnya dan terletak di bahagian barat sebuah kawasan yang kelihatan seperti sebuah pulau empat persegi dan dikenal dengan nama Sabukingking, 300 m dari Gedung Suro iaitu satu lagi tapak bersejarah di Palembang. Pada awal abad ke-20, telah ditemui sebuah prasasti yang penting kepada sejarah Sriwijaya. Prasasti tersebut dikenal dengan nama inskripsi Telaga Batu. Walaupun tidak ada tarikh, namun secara perbandingan dengan inskripsi Sriwijaya yang lain, dipercayai inskripsi itu dibuat pada akhir abad ke-7 M.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas