Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.der.ma.wa.nan] | کدرماونن

Definisi : perihal dermawan, ke­mu­rahan (keikhlasan) hati, ketulusan (kebaikan) hati sesama manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.der.ma.wa.nan] | کدرماونن

Definisi : sifat dermawan atau kemurahan hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedermawanan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEDERMAWANAN

Kedermawanan ialah usaha untuk mencapai

kesejahteraan manusia oleh individu dan

kumpulan yang menyumbangkan khidmat atau

harta dan wang. Kedermawanan berbeza daripada

kebajikan kerana kedermawanan biasanya

menolong kumpulan yang besar atau sesebuah

institusi dan bukan orang perseorangan atau

beberapa individu sahaja.

UMUM 
ROTHSCHILD

Rothschild ialah nama keluarga Jerman yang

menubuhkan firma perbankan yang terkenal pada

akhir tahun 1700-an. Keluarga tersebut membuka

beberapa buah bank di beberapa buah negara

Eropah pada tahun 1800-an, dan syarikat itu

terkenal dengan nama House of Rothschild.

Keluarga tersebut juga terkenal dalam bidang

industri, politik, kedermawanan, dan sains.

UMUM 
BUFFALO LODGES

Buffalo Lodges mempunyai lebih 100 000 ahli

di Australia dan New Zealand. Matlamatnya ialah

untuk setia kepada pihak berkuasa perlembagaan

serta berpegang teguh kepada keadilan, kebenaran

dan kedermawanan.

UMUM 

Kembali ke atas