Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dia.man] | کديامن

Definisi : = tempat ~ tempat tinggal (duduk dll), rumah (pondok, gua, dll) yg diduduki: setelah selesai sembahyang, mereka pun pulang ke tempat ~ masing-masing; di sana sini terdapat rumah-rumah yg besar ter­sergam, tempat ~ orang besar-besar dan orang kaya-kaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dia.man] | کديامن

Definisi : = tempat ~ tempat tinggal (duduk dll): rumah (pondok dll) yg diduduki: ~ orang tua itu ialah pondok buruk di tepi tasik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kediaman


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
KEDIAMAN SUPERLINK 2-TINGKAT 26' x 75' YANG PERTAMA DI NILAI IMPIANUntuk pengesahan iklan, layari www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" dan sila ikuti arahan selanjutnya.Lain-lain14.09.2011
Boleh Tuan bantu, ayat yang mana satu yang betul? 1) di tempat kediaman terakhir yang diketahui atau 2) di tempat kediaman diketahui terakhir. Terima kasih.Frasa yang betul ialah ...di tempat kediaman terakhir yang diketahui...Tatabahasa20.08.2013
Adakah struktur ayat-ayat dan ejaan berikut betul : 1) Kediaman impian yang dipenuhi ketenangan. 2) Gaya hidup selesa dan eksklusif di samping kawasan menghijau. 3)24 unit kediaman eksklusif dengan privasi tinggi. 4) Kediaman mesra alam. 5)Taman Desa Ros Residensi, dibina dengan visi yang ingin menawarkan kehidupan eksklusif, persendirian dan tanpa sempadan antara penghuni dan alam semula jadi. Terletak di tengah-tengah kawasan seluas 2.8 ekar, 24 unit rumah semi-D dua tingkat, dikelilingi lanskap kehijauan yang menenangkan

Sila buat permohonan untuk pengesahan sah bahasa iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/

Terima kasih.

Tatabahasa27.07.2018
Soalan berkenaan penamaan unit kediaman pelajar dan organisasi prlajar di kolej kediaman. Yang manakah lebih tepat. 1. Residen Pelajar Makmur atau Residensi Pelajar Makmur? 2. Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar Makmur atau Perwakilan Mahasiswa Residensi Pelajar Makmur? Terima kasihFrasa yang betul ialah:

Residensi Pelajar Makmur
Perwakilan Mahasiswa Residensi Pelajar Makmur
Ejaan09.02.2021
apa perkataan yang betul untuk menggantikan 'Pameran Barang Elektrik dan Hiasan Kediaman'Frasa yang betul ialah PAMERAN BARANGAN ELEKTRIK DAN HIASAN KEDIAMAN.Tatabahasa30.11.2011
Betulkah struktur ayat? Kediaman ditemani alam subur, bayu segar meniup sepoi-sepoi bahasa, mata segar dijamu pemandangan sekeliling yang mempesonakan…Taman XX menginspirasikan segalanya. Terletak di puncak tanah tinggi, enklaf kediaman eksklusif ini menawarkan keselesaan dan ketenangan saban hari. Dengan suasana privasi, tenang dan nyaman ini, anda dapaat menjauhkan diri daripada ketegangan, kesesakan dan kesibukan kota. Taman XX, khas untuk anda yang mencarikan kehidupan berprestij terunggul.Sila jelaskan konteks penggunaan dalam ayat-ayat yang diberikan. Sama ada dalam iklan, rencana, cerpen dan sebagainya. Harap maklum.Tatabahasa22.07.2008
salam, benarkah ayat ini " ...dan bergantung juga kepada usia setiap kolej kediaman..."Frasa yang betul ialah "... dan bergantung juga pada usia setiap kolej kediaman ...".Tatabahasa05.03.2012
Apakah makna perkataan ' naik taraf'? Adakah betul sekiranya digunakan seperti berikut - Jawatankuasa Menaik taraf Kemudahan Kolej Kediaman Pelajar ?Maksudnya meningkatkan. Jawatankuasa Menaik taraf Kemudahan Kolej Kediaman Pelajar - ayat ini betul.Makna19.11.2008
JEMPUTAN BAGI MENGHADIRI SESI "BRAINSTORMING" BERSAMA PENGURUSAN KOLEJ DAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLJ KEDIAMAN TERATAIAyat yang betul ialah: JEMPUTAN MENGHADIRI SESI SUMBANG SARAN BERSAMA-SAMA PENGURUSAN KOLEJ DAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ KEDIAMAN TERATAITatabahasa09.04.2013
pindah

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud pindah ialah bertukar tempat (kediaman, kerja, dll); ~ milik bertukar pemilik atau tuan punya; ~-randah selalu bertukar tempat (kediaman, dll); ~ tangan bertukar tuan (barang, harta benda, dll); tujuh kali ~ jadi papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan prb pekerjaan yg tiada tetap akan merugikan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari laman web DBP.

Makna24.01.2010
12345

Kembali ke atas