Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dik.ta.to.ran] | کديکتاتورن

Definisi : 1. pemerintahan oleh dik­tator: pemerintahan ini mengambil rupa bentuk kerajaan satu parti atau ~ tentera; 2. kuasa mutlak atau tertinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dik.ta.to.ran] | کديکتاتورن

Definisi : sifat (sikap) sbg diktator: Beliau tidak disukai kerana ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kediktatoran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERUBAHAN SOSIAL

Perubahan sosial bermaksud sebarang

perubahan besar dalam struktur sebuah masyarakat.

Perubahan jangka pendek, seperti perubahan dalam

kadar pengangguran, tidak akan mengakibatkan

perubahan sosial. Begitu juga halnya dengan

kegemaran dan minat baru yang sementara, fesyen,

dan perubahan sementara dalam perkembangan

idea dan tingkah laku tidak dianggap sebagai

perubahan sosial. Perlantikan sebuah kerajaan baru

juga bukan merupakan satu perubahan sosial. Walau

bagaimanapun, menggantikan sebuah kerajaan yang

dilantik dengan sebuah kerajaan yang berbentuk

kediktatoran akan mengubah struktur kerajaan

tersebut, dan dengan ini merupakan satu perubahan

sosial. Kebanyakan ahli sosiologi mengiktiraf empat

jenis perubahan sosial.

UMUM 

Kembali ke atas