Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dip] | کديکيت

Definisi : kelip (bkn mata, lampu, dll), kedipan; berkedip, terkedip tertutup seketika (sesaat) sebelum terbuka semula (bkn mata), berkelip, terkelip; tidak ~ (agak lama) tidak tertutup walau sesaat pun (bkn mata); berkedip-kedip, terkedip-kedip seketika terbuka seketika tertutup (bkn mata), pejam celik dgn pantas (bkn mata), seketika terbuka (terang) seketika padam (bkn lampu), ber­kelip-kelip, terkelip-kelip: matanya ~ apabila disinari cahaya dr lampu suluh itu; lampu-lampu yg menghiasi kedai itu ~; tidak ~ terbuka sahaja agak lama (bkn mata); mengedipkan menutup (mata) seketika (dan membukanya semula), mengelipkan, menge­japkan (mata); kedipan perihal berkedip (mata, lampu), kelipan (mata dll): pondok kecil itu samar-samar juga menerima cahaya drpd ~ lemah pelita itu; kejip. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dip] | کديکيت

Definisi : ; berkedip sekejap terbuka sekejap tertutup; sekejap kelihatan sekejap tidak; berkelip (bkn mata, lampu dll). mengedipkan menjadikan sekejap terbuka dan sekejap tertutup; menutup mata sebentar; mengelipkan. terkedip-kedip terkelip-kelip. kedipan cahaya yg sekejap kelihatan dan sekejap tidak; gerakan kelopak mata ketika pejam celik; kelipan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kedip (kata kerja)
Bersinonim dengan kelip, kejap, kenyit, kebi, kerdip, kerlip, kerlap, gemerlap, sinar;,
Kata Terbitan : berkedip, berkedip-kedip, terkedip-kedip, mengedipkan, kedipan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam. saya ingin tahu apakah perbezaan kerdip dan kerlip?Menurut Kamus Pelajar,  kerdip ditakrifkan sebagai  berkerdip sekejap terbuka sekejap tertutup (bkn lampu, mata dll); berkelip. mengerdipkan menjadikan sekejap terbuka dan sekejap tertutup; mengelipkan. kerdipan cahaya yg berkerdip; gerakan kelopak mata utk pejam celik; kelipan.

Manakala kerlip ditakrifkan sebagai berkerlip, mengerlip sekejap terbuka sekejap tertutup; berkedip-kedip; berkelip-kelip:Di langit kelihatan bintang ~. sekerlip;~ mata sekejap mata.

Berdasarkan takrifan tersbeut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama.
Makna19.03.2014

Kembali ke atas