Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedua

Puisi
 

Pilih-pilih tempat nak mandi,
     Pertama teluk kedua pantai;
Asyik memilih kain sekodi,
     Manakan laku kain sehelai.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh;
     pertama tegak,
kedua roboh.

Bermaksud :

Orang yang akan dijadikan wakil dalam sesuatu perkara hendaklah dipilih dengan saksama, kerana kalau orang itu baik dan setia, selamatlah, tetapi kalau orang itu jahat dan tidak jujur, binasalah.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. 1) kedua-dua ibu bapa / kedua-dua orang ibu bapa 2) kedua-dua anak / kedua-dua orang anak 3) kedua-dua kucing / kedua-dua ekor kucing 4) kedua-dua kereta / kedua-dua buah kereta Yang manakah betul? Saya nampak jawapan-jawapan yang diberikan oleh DBP tahun-tahun sebelum ini ada perbezaannya. Bolehkah tuan jelaskan kata bilangan "kedua-dua" ini, belakangnya perlukah kita letak penjodoh bilangan?

Kedua-dua” bermaksud kelompok yang terdiri daripada dua (orang, dan sebagainya); dua-dua sekali.

Dalam tatabahasa bahasa Melayu penggunaan penjodoh bilangan digalakkan. Walau bagaimanapun, bukan semua perkataan boleh disertakan dengan penjodoh bilangan.

Contohnya: “Kedua-dua ibu bapa” atau “kedua-dua orang ibu bapa” adalah frasa yang betul dalam bahasa Melayu. Namun begitu, frasa "Kedua-dua orang ibu bapa" ialah bentuk yang lebih gramatis.



Tatabahasa30.10.2022
1) kedua-dua anak / kedua-dua orang anak 2) kedua-dua kucing / kedua-dua ekor kucing 3) kedua-dua kereta / kedua-dua buah kereta Yang manakah betul? Bolehkah tuan bagi pencerahan lagi dalam keadaan apakah kita perlu letak penjodoh bilangan di belakang kata bilangan ini dan ada kalanya tak perlu?Dalam bahasa Melayu, lazimnya kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya. Namun  demikian, bukan semua kata bilangan mesti diikuti oleh penjodoh bilangan. Dalam hal ini terdapat dua peraturan tentang penggunaan penjodoh bilangan. Kata bilangan tentu mestilah disertai oleh penjodoh bilangan contohnya "kedua-dua orang anak,  kedua-dua ekor kucing dan kedua-dua buah kereta" manakala 
kata bilangan tak tentu tidak perlu disertai oleh penjodoh bilangan.  
Tatabahasa03.11.2022
Kedua-dua kumpulan atau kedua kumpulan?Apakah perbezaan kedua-dua konsep?Perkataan kedua-dua kumpulan tepat kerana mengikut hukum D (diterangkan) - M (menerangkan) dan kedua-dua di sini membawa maksud bilangan seramai atau sejumlah dua.

Kedua kumpulan tidak tepat kerana tidak mengikut hukum D - M. Kedua membawa maksud dalam bilangan, urutan atau kedudukan selepas yang pertama dan sebelum yang ketiga, oleh itu contoh pembentukan yang betul ialah, kumpulan kedua, tempat kedua, dan tahap kedua.
Tatabahasa15.08.2021
1. Siti meminta bantuan polis. Siti meminta bantuan daripada polis. Adakah kedua-kedua ayat ini betul? Bilakah "daripada" wajib digunakan dalam ayat? 2. Siti bersarapan dua biji telur rebus. Siti bersarapan dengan dua biji telur rebus. Adakah kedua-dua ayat ini betul? 3. Puan Tan menjamu selera dengan nasi lemak. Puan Tan menjamu selera dengan para tetamu. Adakah kedua-dua ayat yang menggunakan kata sendi nama"dengan" ini betul? 4. Puan Roslina memandu kereta membawa anaknya keluar berjalan-jalan. Adakah ayat ini betul? Jika salah, bagaimanakah kita hendak betulkannya? 5. Puan Roslina memandu kereta keluar berjalan-jalan. Adakah ayat ini betul? Jika salah, bagaimanakah kita hendak betulkannya? 6. membuat bayaran/membuat pembayaran? 7. kerusi pantai/kerusi malas? 8. baby chair yang digunakan di dalam restoran disebut kerusi makan kanak-kanak? Ribuan terima kasih atas masa dan usaha tuan.

1. Siti meminta bantuan daripada polis.
Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau   frasa nama yang menyatakan:
i. Punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur mujarad (abstrak).
ii. Maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda.
iii. Perbezaan atau perbandingan.

2. Siti bersarapan dengan dua biji telur rebus.

3. Kedua-dua contoh ayat yang diberikan betul.

4. Puan Roslina membawa anak-anaknya keluar berjalan-jalan dengan memandu kereta.

5. Puan Roslina keluar berjalan-jalan dengan memandu kereta.

6. Membuat bayaran

7. Kerusi malas

8. Kerusi bayi

Tatabahasa01.09.2021
“pendapatan lumayan” “pendapatan tinggi”...adakah kedua-kedua ini betul?Ayat pendapatan lumayan ini betul dari aspek tatabahasanya, manakala ayat yang betul untuk pendapatan tinggi ialah berpendapatan tinggiLain-lain07.10.2020
Soalan1: Kim Seng merangkul tempat _________manakala _______orang kawannya gagal dalam pertandingan itu. a) kedua....kedua-dua b) pertama...dua Saya ingin tanya tuan/puan , adakah jawapan a salah penggunaannya? sebab jawapan yang betul diberi cikgu ialah b. Soalan 2: Puan Maria membeli _________pasang kasut itu. a) dua b) kedua-dua Saya ingin tanya tuan/puan , adakah jawapan b salah penggunaannya? sebab jawapan yang betul diberi cikgu ialah a. Terima kasih.Kim Seng merangkul tempat pertama manakala kedua-dua orang kawannya gagal dalam pertandingan itu. Merangkul bermaksud mencapai kemenangan, iaitu menjadi johan atau mendapat tempat pertama. Tatabahasa11.07.2020
manakah yang betul, " aku menyisih dari stesen bas itu" atau " aku bersisih dari stesen bas itu" ? sekiranya kedua-dua salah, apakah ayat yang betul? atau sekiranya kedua-kedua betul, apakah maksud imbuhan me dan ber itu?

Ayat yang betul ialah “Aku menyisih dari stesen bas itu.”

Menyisih bermaksud beralih ke tepi untuk memberi jalan kepada orang lain; menepi: mengasingkan atau menjauhkan (diri).

Bersisih pula bermaksud berpisah, berasing. 

Lain-lain12.09.2021
Apakah perbezaan “Ratusan penduduk” dan “ Beratus-ratus penduduk”. _________________sedang berarak di jalanan bagi menyambut ulang tahun keputeraan baginda. Apakah jawapan yang paling sesuai untuk dipilih melengkapkan ayat yang di atas? (ATAU KEDUA-KEDUA “Ratusan penduduk” dan “ Beratus-ratus penduduk”. boleh dilengkapkan ayat di atas?) Terima kasih.
  • Maksud ratusan ialah bilangan-bilangan besar dicampur, satuan dikumpulkan dengan satuan dan ratusan dengan ratusan, manakala beratus-ratus bermaksud beberapa ratus.
  • Maka, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat yang diberikan kerana mempunyai maksud yang sama.
  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1830 dan laman web https://prpm.dbp.gov.my/

Tatabahasa22.01.2024
Salam Sejahtera. 1. Apakah terjemahan untuk "lay juror" dalam Bahasa Melayu? 2. Apakah perbezaan antara "kedua-dua negara" dan "kedua negara"? Adakah penggunaan istilah "kedua negara" ini salah? Terima kasih.1. Kami mencadangkan lay juror ialah juri awam. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung pada konteks ayat yang bersesuaian.

2. Perkataan kedua-dua negara tepat kerana mengikut hukum D (diterangkan) - M (menerangkan) dan kedua-dua di sini membawa maksud bilangan seramai atau sejumlah dua.

Kedua negara tidak tepat kerana tidak mengikut hukum D - M. Kedua membawa maksud dalam bilangan, urutan atau kedudukan selepas yang pertama dan sebelum yang ketiga, oleh itu contoh pembentukan yang betul ialah, negara kedua, tempat kedua, dan tahap kedua.
Penyemakan dan penterjemahan13.09.2021
Kedua- dua ayat ini betul? Ali sedang membuat kerja dengan cepat di kelas. Ali sedang membuat kerja di kelas dengan cepat.Ayat yang betul ialah “Ali sedang membuat kerja dengan cepat di dalam kelas.” dan “Ali sedang membuat kerja di dalam kelas dengan cepat.”Tatabahasa06.06.2023
12345678910...

Kembali ke atas