Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedua

Puisi
 

Pilih-pilih tempat nak mandi,
     Pertama teluk kedua pantai;
Asyik memilih kain sekodi,
     Manakan laku kain sehelai.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh;
     pertama tegak,
kedua roboh.

Bermaksud :

Orang yang akan dijadikan wakil dalam sesuatu perkara hendaklah dipilih dengan saksama, kerana kalau orang itu baik dan setia, selamatlah, tetapi kalau orang itu jahat dan tidak jujur, binasalah.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pendulug Irmenghantar semula kedua mempelai ke rumah pengantin perempuan.Akhir sekali untuk menyempurnakan tradisi budaya perkahwinan Iranun iaitu pendulug bermaksud menghantar semula kedua mempelai ke rumah pengantin perempuan. Selepas acara ini, kedua mempelai dibenarkan bebas melawati keluarga kedua-dua belah pihak dengan penuh adat istiadat kemasyarakatan.Proses Perkahwinan Masyarakat IranunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pagidsa-idsa Irmajlis pertemuan rasmi di antara kedua belah pihak lelaki dengan perempuan yang diwakili oleh jurucakap masing-masing dgn tujuan utk merisik.Kedua: Pagidsa-idsa yang bermaksud majlis pertemuan rasmi di antara kedua belah pihak lelaki dengan perempuan yang diwakili oleh jurucakap masing-masing.Proses Perkahwinan Masyarakat IranunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
temeran Ibalas untuk membawa bakul yang diperbuat daripada kulit kayu tekalong.Kedua-dua belah telinga budak-budak di rumah panjang itu diconteng dengan kapur dan kedua-dua belah tangan mereka digelangkan dengan seutas tali yang dinamakan temeran.Asap Kayu LukaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
korandabit Kdbahagian alat muzik sompoton yg terdiri daripada buluh sumbiling yang kedua dan ketiga panjang.Sompoton boleh dibahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama dan bahagian kedua. Bahagian pertama terdiri dari lombohon satu, lombohon dua, korandabit bawah dan atas, kombitan dan lidah. Ianya diperbuat dari buluh jenis sumbiling yang banyak terdapat di daerah-daerah sekitar Ranau hingga ke Keningau Sabah.Sompoton erat kembali talian suami isteriGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ribadon Kdtali yang kedua terdapat di bahagian sebelah kanan buluh pada alat tokungon.Ketiga-tiga tali dari cungkilan sembilu buluh yang terdapat di sebelah kiri masing-masing dikenali sebagai toroloi satu, Toroloi dua dan Towon manakala di bahagian kedua yang terdapat di sebelah kanan buluh terdiri daripada loposon, ribadon, lombuson dan tongoon.Tongkungan dimain ketika menunggu padiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kitak Ib, MSrganti nama kedua (jamak).Mun anak tok pande kelak, muak juak kitak," tegas ibuku. Ibuku memang kuat meleter ayahku.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
wai Ibkata sapaan mesra.Baru saja kedua beranak itu bersiap-siap hendak beradu tenaga menghulurkan perahu ke gigi air, tiba-tiba kedengaran suara yang menegur:“Hoi wai! Hendak ke mana tu?”Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tadul, *todul* Kdkayu kecil yg dijadikan penyangga di kedua-dua hujung tali pada tongkungon.Encik Janil Kiwai dari Kampung Lobong Tambunan telah menyatakan bahawa setiap tali atau dorongan haruslah berbeza-beza panjangnya bagi maksud menghasilkan bunyi yang berlainan dan untuk menghasilkan bunyi seperti ini si pemain haruslah mempunyai kemahiran untuk meletakkan penadul atau tadul seperti tercatat dalam rajah.Tongkungan dimain ketika menunggu padiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
manok Ibayam.Lelaki tua tadi menjauhkan lagi kedua-dua manok sabung ke ruai kelapan.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sangod Kdkepala musuh (hasil daripada mengayau).Mengikut ayah lagi, kedua-dua datuknya masih memakai kalung dengan pecahan tengkorak burung tersebut. Apabila datuknya meninggal dunia maka segala pakaian, tangkal dan sangod turut dikubur bersama.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
1234

Kembali ke atas