Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedua tertinggi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TENOR

Tenor ialah suara nyanyian kedua tertinggi bagi

lelaki. Hanya penyanyi lelaki yang menyanyi dengan

nada suara countertenor (kontralto) sahaja yang dapat

menyanyi dengan nada yang lebih tinggi. Kebanyakan

penyanyi tenor mempunyai julat suara antara lebih

kurang satu oktaf di bawah C tengah hingga ke B flat

di atas C tengah. C tengah ialah not C yang berada

paling dekat dengan bahagian tengah not nada

piano. Kebanyakan penyanyi tenor opera khususnya

dalam bidang drama dapat menyanyikan not yang

lebih tinggi daripada julat normal yang paling atas.

UMUM 
K2

K2 juga dikenali sebagai Gunung Godwin Austen

atau Dapsang, ialah gunung kedua tertinggi di dunia.

Ia terletak di Karakoram atau Mustagh, banjaran di

utara Kashmir.

UMUM 
ZIRAFAH

Zirafah ialah haiwan yang tertinggi daripada

kesemua haiwan. Zirafah jantan mungkin

membesar lebih daripada 5.5 meter tingginya – 1.5

meter lebih tinggi daripada gajah Afrika, haiwan

yang kedua tertinggi.

UMUM 
OJOS DEL SALADO

Ojos del Salado ialah gunung yang kedua

tertinggi di Hemisfera Barat. Ketinggiannya ialah

6880 meter. Hanya gunung Aconcagua yang lebih

tinggi daripadanya. Ojos del Salado merupakan

sebahagian daripada banjaran Andes. Ia

mempunyai empat puncak yang jelas di

sempadan antara Argentina dengan Chile. Salji

melitupi Ojos del Salado sepanjang tahun. Untuk

lokasi, lihat Argentina (peta rupa bumi).

UMUM 
NAIB PRESIDEN

Naib presiden ialah pegawai eksekutif kedua

tertinggi dalam sesebuah kerajaan di negara-

negara tertentu. Di kebanyakan negara, naib

presiden mengambil alih jawatan presiden jika

presiden meninggal dunia, meletakkan jawatan,

disingkirkan atau hilang keupayaan. Di sesetengah

negara seperti Argentina dan Amerika Syarikat,

naib presiden juga berkhidmat sebagai pegawai

yang mengetuai senat negara.

UMUM 
SIKKIM

Sikkim ialah negeri yang terletak di timur laut

India. Ia terbentang di bahagian timur Himalaya.

Di sinilah terletaknya gunung yang tertinggi di

India dan yang ketiga tertinggi di dunia, iaitu

Gunung Kanchenjunga. Sikkim ialah negeri kedua

terkecil di India.

UMUM 
MINDANAO

Mindanao ialah pulau kedua terbesar di kepulauan

Filipina. Ia terletak di hujung bahagian tenggara

Filipina. Untuk lokasi, lihat Filipina (peta).

Mindanao mempunyai kawasan seluas 94 630

kilometer persegi. Pulau ini mempunyai

pergunungan tertinggi di Filipina. Kebanyakannya

merupakan gunung berapi yang masih lagi aktif.

UMUM 
SNAP

SNAP, parti politik.  SNAP ialah singkatan Sarawak National Party.  Parti ini ditubuhkan pada bulan Mac 1961.  Melihat perkembangan di kalangan orang Cina dan orang Melayu yang telah menubuh parti-parti politik masing-masing, orang Iban takut kedudukan mereka terancam di samping menaruh perasaan curiga terhadap Sarawak United People’s Party (SUPP) dan Parti Negara Sarawak (PANAS).  Mereka juga ingin menjaga kepentingan komuniti mereka.  Oleh itu SNAP ditubuhkan oleh Stephens Kalong Ningkan dari Bahagian Kedua.  Kebanyakan ahli SNAP terdiri daripada para pekerja di Shell Oil Company di Brunei dan Miri.  Parti ini diasaskan di Brunei, tetapi Stephens Kalong Ningkan kemudian meletak jawatan dalam Shell kerana berpindah ke Kuching.  Semua ahli Jawatankuasa Tertinggi SNAP datang dari daerah Saribas di Bahagian Kedua.  Penduduk Iban di sini telah menerima pendidikan Inggeris semasa pemerintahan Brooke.  Oleh yang demikian mereka mudah bergerak dari segi sosial dan ekonomi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas