Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedua tertinggi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Islamic Conference of Foreign Ministers (ICFM)Persidangan Menteri-Menteri Luar Islam (ICFM)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaBadan kedua tertinggi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dianggotai oleh menteri luar negara anggota. Persidangan ini mempertimbangkan cara bagi melaksanakan dasar umum dan resolusi, meluluskan resolusi baharu dan memeriksa laporan kewangan serta meluluskan belanjawan. Persidangan ini diadakan setahun sekali atau apabila timbul keperluan. Lihat juga Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
critical pointtakat gentingKejuruteraanPetroleumSuhu tertinggi dan tekanan tertinggi yang terdapatnya fasa cecair dan fasa gas sesuatu bahan wujud bersama-sama dalam keadaan keseimbangan. Pada takat ini sifat-sifat fizikal cecair dan gas adalah serba sama sehingga tidak boleh dibezakan atau ditentukan di antara kedua-dua fasa berkenaan.
crownpuncakKejuruteraanTiada1. Titik tertinggi pada struktur gerbang. 2. Aras tertinggi keratan rentas jalan raya yang terletak di tengah-tengah berbanding aras kedua-dua bahagian tepi jalan.
second ballot systemsistem undi keduaSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pilihan raya yang diadakan sehingga dua pusingan bagi memastikan calon yang menang merupakan calon yang mendapat majoriti undi yang banyak. Dalam sistem ini, sekiranya seorang calon mendapat undi yang paling tinggi majoritinya akan diisytihar sebagai pemenang. Walau bagaimanapun, sekiranya tidak ada pemenang yang memperoleh majoriti yang ditetapkan maka dua calon tertinggi undinya akan bertanding dalam pusingan kedua. Calon yang mendapat undi yang tertinggi dalam pusingan ini akan dipilih sebagai pemenang. Contohnya, Indonesia merupakan salah sebuah negara mengamalkan sistem undi kedua. Dalam pilihan raya Presiden Indonesia 2004 menyaksikan persaingan antara Megawati Sukarnoputri dengan Susilo Bambang Yudhiyono yang telah dipilih untuk meneruskan pilihan raya dalam pusingan kedua dan akhirnya dimenangi oleh Susilo.
peak concentrationkepekatan puncakPerubatanTiadaKepekatan tertinggi ubat dalam darah selepas pemberian ubat. Dalam farmakokinetik, kepekatan puncak ditandakan dengan Cmax, manakala masa untuk mencapai Cmax dikenali sebagai tmax. Kedua-dua nilai ini dipengaruhi oleh kaedah pemberian dan kadar penyerapan ubat. Kepekatan puncak berguna dalam pemantauan terapeutik sesetengah ubat untuk menilai efikasi atau toksisitinya.
alto (It)altoKesenianTiada1. Pic not di antara G kedua dan F ketiga di atas C tengah seperti in alt. 2. Julat terendah suara wanita atau julat tertinggi suara lelaki dewasa.
flying shorejermang terbangKejuruteraanKejuruteraan BangunanJermang yang dipasang secara mengufuk untuk menyokong struktur yang perlu dibaiki. Kedudukan jermang ini biasanya diaras tertinggi pada satu dinding atau kedua-dua dinding yang berdekatan.
production peakpuncak pengeluaranVeterinarTiadaJangka masa pengeluaran tertinggi dalam tempoh keseluruhan pengeluaran telur atau susu yang dihasilkan oleh ternakan. Pada ternakan seperti ayam penelur, puncak pengeluaran telur biasanya berlaku pada umur 28 hingga 33 minggu dengan penghasilan melebihi 78%. Bagi haiwan tenusu, tempoh ini berlaku pada bulan kedua selepas melahirkan anak.
single system of votingsistem pengundian tunggalSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pengundian yang dijalankan dengan cara menandakan Ya atau Tidak kepada calon yang bertanding dalam pilihan raya. Calon yang mendapat undi tertinggi akan dipilih menjadi wakil rakyat. Walau bagaimanapun sekiranya perbezaan majoriti antara calon adalah kecil, maka pilihan raya akan diadakan sekali lagi. Pada pemilihan kedua ini, hanya dua calon yang mendapat undi tertinggi dibolehkan bertanding semula seperti yang diamalkan di Perancis.
Dow theoryteori DowPentadbiran PerniagaanTiadaTeori tentang pola carta untuk menunjukkan arah pergerakan harga yang mengandaikan pergerakan harga berjangka panjang dalam tiga arah aliran, iaitu primer, sekunder dan harian. Ia menyatakan juga bahawa arah aliran menaik atau menurun disahkan sekiranya kedua-dua purata industri dan pengangkutan bergerak lebih tinggi atau lebih rendah daripada harga tertinggi atau terendah sebelumnya. Teori ini diasaskan oleh Charles Dow.
12

Kembali ke atas