Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.du.du.kan]/[ke.du.du/.kan] | کدودوقن

Definisi : 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pe­labuh­an yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (ter­utama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenar­nya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (eko-nomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.du.du.kan]/[ke.du.du/.kan] | کدودوقن

Definisi : 1 tempat tinggal; tempat yg didiami: ~ pengganas-pengganas itu masih belum diketahui lagi. 2 tempat letaknya: ~ negeri Sabah dan Sarawak ialah di bahagian utara Pulau Kalimantan. 3 keadaan atau selok-belok sesuatu perkara (hal): Bagaimana ~ masalah itu sekarang? 4 tingkatan taraf (darjah, martabat dll): ~ seseorang menteri dlm masyarakat adalah tinggi. 5 cara (keadaan) sesuatu benda dll diletakkan; cara (keadaan) seseorang duduk, berdiri dll: Bagaimana ~ mereka semasa kamu melawati rumah mereka? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedudukan

Peribahasa

Bertanjak baru bertinjau.

Bermaksud :

Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berjanjang naik, bertangga turun, b. Bertangga naik, berjanjang turun).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kedudukan Huruf "Hamzah" dalam Perkataan Arab dan PermasalahannyaCik Radiah MezahDewan Bahasa3 March 2000
Kedudukan Sastera Melayu di Brunei Darussalam: Situasi MutakhirRasiah Haji TuahBAHANA1 February 2008
Kedudukan bahasa Melayu dalam beberapa laporanMohd Pauzi MahmadPelita Bahasa1 July 2008
Kedudukan ringgit semakin kukuhMohamad Sofee RazakDewan Ekonomi1 July 2007
Kedudukan bahasa Melayu tidak dipertikaikanAbdullah Ahmad BadawiDewan Bahasa1 February 2001
Kedudukan frasa keterangan dalam ayatMarzukhi Nyak AbdullahPelita Bahasa1 June 2006
Kedudukan slanga dalam perkamusan MelayuIbrahim AhmadPelita Bahasa1 May 1992
Kedudukan kritikan di dalam pengajian kesusasteraanHasidah DisanJurnal Persatuan Penulis Johor1 December 1993
Kedudukan Islam dalam perlembagaan persekutuanAbdul Samat MusaDewan Masyarakat15 July 1980
Kedudukan bahasa rasmi sekarangTiadaDewan Bahasa1 March 1967
12345

Kembali ke atas