Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.du.du.kan]/[ke.du.du/.kan] | کدودوقن

Definisi : 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pe­labuh­an yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (ter­utama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenar­nya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (eko-nomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.du.du.kan]/[ke.du.du/.kan] | کدودوقن

Definisi : 1 tempat tinggal; tempat yg didiami: ~ pengganas-pengganas itu masih belum diketahui lagi. 2 tempat letaknya: ~ negeri Sabah dan Sarawak ialah di bahagian utara Pulau Kalimantan. 3 keadaan atau selok-belok sesuatu perkara (hal): Bagaimana ~ masalah itu sekarang? 4 tingkatan taraf (darjah, martabat dll): ~ seseorang menteri dlm masyarakat adalah tinggi. 5 cara (keadaan) sesuatu benda dll diletakkan; cara (keadaan) seseorang duduk, berdiri dll: Bagaimana ~ mereka semasa kamu melawati rumah mereka? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedudukan

Peribahasa

Bertanjak baru bertinjau.

Bermaksud :

Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berjanjang naik, bertangga turun, b. Bertangga naik, berjanjang turun).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
garislineTanda lurus atau melengkung yang terhasil apabila satu titik bergerak dari satu kedudukan ke satu kedudukan lain. Lihat ContohMenengah Rendah
sudut putaranangle of rotationSudut yang terbentuk apabila suatu garis diputarkan dari satu kedudukan asal ke satu kedudukan baru. Lihat ContohMenengah Rendah
nombor ordinalordinal numberNombor yang menunjukkan kedudukan atau tertib. Contohnya, pertama, kedua, kesepuluh dan sebagainya. Hanya nombor bulat sahaja digunakan untuk melambangkan kedudukan tersebut.Menengah Atas
plotplotMenanda kedudukan titik pada graf berdasarkan koordinat.Menengah Rendah
penjelmaantransformationProses mengubah kedudukan, orientasi atau saiz sesuatu objek melalui translasi, pantulan, putaran dan pembesaran.Menengah Atas
penjelmaantransformationProses mengubah kedudukan, orientasi atau saiz imej sesuatu objek melalui translasi, pantulan, putaran dan pembesaran.Menengah Rendah
tempat perpuluhandecimal placeKedudukan digit di sebelah kanan selepas titik perpuluhan. Lihat ContohSekolah Rendah
arahdirectionHala gerakan dan kedudukan sesuatu objek. Lihat ContohSekolah Rendah
nilai tempatplace valueNilai bagi kedudukan digit dalam sesuatu nombor. Contohnya, nilai tempat bagi digit 6 dalam nombor 6934 ialah ribu, dan nilai tempat bagi digit 5 dalam nombor 523 089 ialah ratus ribu.Menengah Atas
koordinatcoordinatePasangan nombor yang menentukan kedudukan sesuatu titik terhadap paksi-x dan paksi-y. Lihat ContohMenengah Atas
123

Kembali ke atas