Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.du.du.kan]/[ke.du.du/.kan] | کدودوقن

Definisi : 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pe­labuh­an yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (ter­utama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenar­nya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (eko-nomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.du.du.kan]/[ke.du.du/.kan] | کدودوقن

Definisi : 1 tempat tinggal; tempat yg didiami: ~ pengganas-pengganas itu masih belum diketahui lagi. 2 tempat letaknya: ~ negeri Sabah dan Sarawak ialah di bahagian utara Pulau Kalimantan. 3 keadaan atau selok-belok sesuatu perkara (hal): Bagaimana ~ masalah itu sekarang? 4 tingkatan taraf (darjah, martabat dll): ~ seseorang menteri dlm masyarakat adalah tinggi. 5 cara (keadaan) sesuatu benda dll diletakkan; cara (keadaan) seseorang duduk, berdiri dll: Bagaimana ~ mereka semasa kamu melawati rumah mereka? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedudukan

Peribahasa

Bertanjak baru bertinjau.

Bermaksud :

Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berjanjang naik, bertangga turun, b. Bertangga naik, berjanjang turun).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan perkataan 'KEDUDUKAN' betul dalam ayat di bawah? "KEDUDUKAN apogi bagi satu satelit dalam orbit elips merupakan kedudukan satelit yang paling jauh dari planet atau bintang."Menurut Kamus Pelajar terbitan DBP, salah satu makna kedudukan ialah keadaan atau selok-belok sesuatu perkara (hal) dan cara (keadaan) sesuatu benda dan lain-lain diletakkan. Oleh itu, ayat  kedudukan apogi bagi satu satelit dalam orbit elips merupakan kedudukan satelit yang paling jauh dari planet atau bintang  betul.Lain-lain23.09.2020
kedudukan perkataan "juga" dalam ayat perlu diletakkan di tengah ayat atau di akhir ayat. Contohnya : 1. Selain berperanan sebagai jalan perhubungan, laut penting "juga" dalam industri perikanan dan aktiviti ekonomi yang lain. atau 2. Selain berperanan sebagai jalan perhubungan, laut penting dalam industri perikanan dan aktiviti ekonomi yang lain "juga".Selain berperanan sebagai jalan perhubungan, laut juga penting dalam industri perikanan dan aktiviti ekonomi yang lain.Tatabahasa02.04.2015
Saya inginkan kepastian tentang kedudukan huruf Hamzah dalam tulisan Jawi. Bagaimanakah yang dimaksudkan kedudukan Hamzah 3/4 dari huruf Alif. Bagaimanakah cara skala kedudkannnya dikira. Sila Lihat attachement untuk maksud kepada soalan saya ini.

Kedudukan Hamzah 3/4 sebenarnya tidaklah perlu terlalu terperinci sangat dari sudut kedudukannya. Penamaan diberikan 'tiga suku' diberikan hanya untuk membezakan fungsinya dengan Hamzah yang lain (kedudukannya).

Sekiranya ukuran ini perlu untuk keperluan teknikal, kedudukan yang tepat ialah Hamzah 3/4 dalam rajah yang kedua (bawah). Kedudukan ini telah dibincangkan dalam jawatankuasa khusus bersama MOSTI (melalui MyNic) untuk diusulkan ke 'Unicode'.

Lain-lain11.09.2009
bagaimana kedudukan logo pada spine buku, menegak atau sama dengan kedudukan teks di spine bukuKedudukan logo pada tulang buku (spine) ialah menegak.Lain-lain31.03.2015
Tuan, Frasa sendi nama 'pada peringkat' lebih tepat berbanding dengan frasa sendi nama 'di peringkat'. Bagi ayat tersebut, yang manakah lebih tepat. 'di kedudukan ke-18 daripada 189 negara ATAU 'pada kedudukan ke-18 daripada 189 negara'. adakah kedudukan tersebut membawa maksud tempat. Sekian, terima kasih.Frasa yang lebih tepat ialah "pada kedudukan ke-18 daripada 189 Negara". Kedudukan tidak  membawa maksud tempat.Tatabahasa24.03.2015
Yang manakah yang paling tepat: a) Dua patung itu berada di kedudukan yang salah. b) Dua patung itu berada pada kedudukan yang salah.Ayat yang gramatis ialah "Dua patung itu berada pada kedudukan yang salah".Tatabahasa26.08.2011
Bagaimanakah kedudukan bahasa Melayu baku kini? Adakah diteruskan penggunaannya atau ditarik balik?Bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna dari segi penggunaan aspek bahasanya, iaitu ejaan, tatabahasa, istilah, penggunaan kata dan laras bahasa. Dan Bahasa Melayu baku telah lama digunakan dan kekal sehingga kini.Tatabahasa10.07.2012
Apakah kedudukan sistem baku dalam bahasa Melayu kini? Adakah sistem ini dimansuhkan atau dibekukan ?Bahasa baku bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai sistem dan standard.Lain-lain12.05.2011
Apakah kedudukan bahasa Melayu baku dalam konteks Malaysia hari ini? Adakah masih dikuatkuasakan penggunaannya dalam kalangan rakyat Malaysia ? Pengguna bahasa Melayu keliru dengan sebutan baku yang kaku. Contohnya koir sepatutnya dibaca ko+ir tetapi menjadi koyer, kehijauan sepatutnya dibaca ke+hi+jau+an tetapi menjadi kehijauwan, pakaian sepatutnya dibaca pa+kai+an tetapi menjadi pakaiyan.

Encik Rizuan,

Bahasa Melayu baku masih menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Untuk makluman saudara, perkataan koir ialah padanan perkataan choir dalam bahasa Inggeris. Perkataan choir telah diterima pakai dalam bahasa Melayu dan disuai padan dengan sistem ejaan bahasa Melayu (c/ch - k). Penetapan ini telah diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa Istilah (Kesenian) dan Kamus Dewan. Sebutan  bagi perkataan ini ialah koir bukan koyer, begitu juga dengan kehijauan disebutan ke.hi.jauan, pakaian disebut pa.kaian.

Ejaan11.05.2010
Apakah kedudukan Bahasa Melayu dalam pemeringkatan (ranking) dunia dari segi bahasa pertuturan?

Puan terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Bahasa Melayu mengikut kajian terkini berada pada tempat keempat. Terima kasih

Tatabahasa20.10.2009
12345678910...

Kembali ke atas