Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.du.nia.an] | کدنياءن

Definisi : 1. perihal dunia, kehidupan di dunia: dia manusia biasa yg mempunyai perhitungan sendiri mengenai kemanusiaan dan ~; 2. harta benda dunia, kesenangan hidup di dunia: banyak orang yg khayal dgn ~ semata-mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.du.nia.an] | کدنياءن

Definisi : segala yg berkaitan dgn dunia; perihal dunia: Janganlah berkhayal dgn ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keduniaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud sekular?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna sekular ialah (sékular) berkaitan dgn keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan dgn keagamaan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna25.04.2009
definisi nilai kemanusiaan

Saudara Shashaerika,

Makna nilai ialah taksiran harga: berapa ~ gelang ini? 2. harga sesuatu dibandingkan dgn harga yg lain: berapa ~ paun Sterling pd masa ini? 3. kadar, nisbah: buah limau mempunyai ~ vitamin C yg tinggi; 4. darjat, kualiti, mutu, taraf: Tuhfatul-Nafis ialah sebuah buku Melayu yg tinggi ~nya; 5. sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll): kemajuan yg kita kejar dan perjuangkan bukanlah kemajuan dlm kebendaan tetapi kemajuan dlm ~ pergaulan dan kemasyarakatan; 6. Id markah; ~ kalori (Kim) kuantiti haba yg dibebaskan apabila seunit jisim bahan api dibakar; ~ pasaran (Eko) nilai semasa sesuatu sekuriti atau aset yg ditentukan oleh penawaran dan permintaan; ~ pH (Kim) nilai yg mewakili keasidan atau kealkalian sesuatu larutan akueus; ~ tara (Eko) harga tawaran asal bagi sesuatu sekuriti atau saham.

 Makna kemanusiaan ialah perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan.

Oleh yang demikian,  frasa nilai kemanusiaan  bermaksud kualiti/mutu atau taraf yang berkaitan dengan manusia/perihal atau sifat manusia.  

 

 

 

Makna10.02.2010

Kembali ke atas