Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dut] | کدوت

Definisi : kerut (pd kulit dll), renyuk-renyuk (pd kain, kertas, dll), ropol (pd kain); berkedut berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dll), renyuk (kertas dll), beropol-ropol (kain): seorang tua yg putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya mengham-pirinya; dipakainya juga bajunya yg lusuh dan ~ itu; mengedut menjadi berkedut (berkerut, ber­lipat-lipat, beropol-ropol); mengedutkan menjadikan berkedut atau berlipat-lipat (kulit dll), mengerutkan (kulit dll), meropolkan (kain dll): ia duduk termenung, sambil ~ dahinya memikirkan perkara tersebut; kedutan lipat-lipatan (pd kulit, kain, dll), renyuk-renyuk (pd kertas dll): jahitan pd ~ kain itu hendaklah teguh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dut] | کدوت

Definisi : ark; mengedut merentap, meragut, merampas, merebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dut] | کدوت

Definisi : Jw ark getaran atau denyutan urat (dipercayai mengalamatkan sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dut] | کدوت

Definisi : , = kedutan kerut (pd kulit); renyuk (pd kain, kertas dsb); ropol (pd kain dll). (penyakit) ~ daun penyakit pd tumbuh-tumbuhan yg menyebabkan daun menjadi berkedut-kedut oleh sebab virus. berkedut tidak licin; berkerut: Bajunya ~. Dahinya ~ memikirkan sesuatu. mengedut menjadi berkedut (berkerut). mengedutkan menjadikan berkedut; mengerutkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kedut (kata nama)
1. Dalam konteks kain
bersinonim dengan ropol, renda, lipat, kusut, ronyok, kumal berkerumuk,

2. Dalam konteks kertas
bersinonim dengan renyuk, berkerumuk, kumal,

3. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan keresot, kerut, keretot, lisut, kempis, susut, kecut, kerdut, kesut, kerepot, gelembur, lisu, kerunyut, gedeber, kerunyut,

Kata Terbitan : berkedut, mengedut, mengedutkan, kedutan,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
lid creasekedut kelopak matakedut kelopak matakedut kelopak mataPerubatan
crippling strengthkekuatan kerutkekuatan kedutkekuatan kedutKejuruteraan Kapal Terbang
tics disordergangguan kedutgangguan tikkecelaruan tikPerubatan
frost ribkerut fros/kedut froskerut froskerut frosPerhutanan
chronic motor or vocal tic disordergangguan kedut motor vokal kronikgangguan paigan motor atau vokal kronikkecelaruan motor atau tik/paigan vokal kronikPerubatan

Kembali ke atas