Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dut] | کدوت

Definisi : kerut (pd kulit dll), renyuk-renyuk (pd kain, kertas, dll), ropol (pd kain); berkedut berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dll), renyuk (kertas dll), beropol-ropol (kain): seorang tua yg putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya mengham-pirinya; dipakainya juga bajunya yg lusuh dan ~ itu; mengedut menjadi berkedut (berkerut, ber­lipat-lipat, beropol-ropol); mengedutkan menjadikan berkedut atau berlipat-lipat (kulit dll), mengerutkan (kulit dll), meropolkan (kain dll): ia duduk termenung, sambil ~ dahinya memikirkan perkara tersebut; kedutan lipat-lipatan (pd kulit, kain, dll), renyuk-renyuk (pd kertas dll): jahitan pd ~ kain itu hendaklah teguh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dut] | کدوت

Definisi : ark; mengedut merentap, meragut, merampas, merebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dut] | کدوت

Definisi : Jw ark getaran atau denyutan urat (dipercayai mengalamatkan sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dut] | کدوت

Definisi : , = kedutan kerut (pd kulit); renyuk (pd kain, kertas dsb); ropol (pd kain dll). (penyakit) ~ daun penyakit pd tumbuh-tumbuhan yg menyebabkan daun menjadi berkedut-kedut oleh sebab virus. berkedut tidak licin; berkerut: Bajunya ~. Dahinya ~ memikirkan sesuatu. mengedut menjadi berkedut (berkerut). mengedutkan menjadikan berkedut; mengerutkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kedut (kata nama)
1. Dalam konteks kain
bersinonim dengan ropol, renda, lipat, kusut, ronyok, kumal berkerumuk,

2. Dalam konteks kertas
bersinonim dengan renyuk, berkerumuk, kumal,

3. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan keresot, kerut, keretot, lisut, kempis, susut, kecut, kerdut, kesut, kerepot, gelembur, lisu, kerunyut, gedeber, kerunyut,

Kata Terbitan : berkedut, mengedut, mengedutkan, kedutan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plisseplissePentadbiran PerniagaanTiadaKemasan kedut-kedut pada kain kapas, nilon dan sebagainya dengan menggunakan larutan soda kaustik.
gaugingpenolokan; kedut kasarKesenianTiada1. Kedut kasar: Kedut yang terhasil menggunakan jahit mesin kasar.,2. Benang kenyal yang menghasilkan kedut pakaian.,4. Benang kenyal yang menghasilkan kedut pakaian.
gaugingpenolokan; kedut kasarPentadbiran PerniagaanTiada1. Kedut kasar: Kedut yang terhasil menggunakan jahit mesin kasar.,2. Benang kenyal yang menghasilkan kedut pakaian.,3. Penolokan: Mengukur sesuatu mengikut standard atau sistem tertentu.
gatherkedut lepasKesenianTiadaKedut lepas: Kedut yang dihasilkan dari tarikan dua baris jahit kasar, biasanya dibuat pada pinggang skirt dan lengan.
dirndl skirtskirt dirndlKesenianTiadaSkirt kedut lepas bahagian pingang, popular pada tahun 1930-an dan 1940-an. Kemudian pada tahun 1980-an diubah suai daripada skirt kembang kedut penuh kepada skirt kedut atau berlisu dan menirus ke kelepet.
shirringkedut kasarKesenianTiada1. Jahit mesin kasar yang menghasilkan kedut.,2. Benang kenyal yang menghasilkan kedut pakaian.
shirringkedut kasarPentadbiran PerniagaanTiada1. Jahit mesin kasar yang menghasilkan kedut.,2. Benang kenyal yang menghasilkan kedut pakaian.
gatherskedut lepasKesenianTiadaKedut yang dihasilkan daripada tarikan dua baris jahit kasar, biasanya dibuat pada pinggang skirt dan lengan.
gatherskedut lepasPentadbiran PerniagaanTiadaKedut yang dihasilkan daripada tarikan dua baris jahit kasar, biasanya dibuat pada pinggang skirt dan lengan.
dart fullnesskedut lisu pemadanKesenianTiadaKedut yang menggantikan lisu pemadan seperti yang terdapat pada bahagian pinggang pakaian.
12345678

Kembali ke atas