Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.e.ma.san] | کأمسن

Definisi : yg disalut (dilapisi dll) emas, yg dibuat drpd emas: kedua-dua laki isteri itupun duduk di atas peterana yg ~; peluang ~ peluang yg paling baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.e.ma.san] | کأمسن

Definisi : 1 disalut dgn emas; dibuat drpd emas; serba emas. 2 spt warna emas: Naga-naga itu diperintah oleh seekor raja naga yg berwarna ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keemasan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagi halatuju "Malaysia To Realise Golden Digital Decade", adakah penggunaan yang lebih sesuai sama ada "Dekad Digital Keemasan" atau "Dekad Keemasan Digital". Mohon bantuan dan pencerahan jua.

Cadangan terjemahan bagi "Golden Digital Decade" ialah “Dekad Digital Menyerlah”.

Walau bagaimanapun, padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam ayat atau bidang tertentu.

Penyemakan dan penterjemahan05.09.2023
Salam sejahtera. Adakah cungkil bakat dan peluang keemasan ialah simpulan bahasa?Waalaikumussalam,
Peluang keemasan merupakan simpulan bahasa yang bermaksud peluang yang paling baik manakala cungkil bakat merupakan istilah umum yang bermaksud usaha untuk mencari bakat baru seperti menjadi pelakon atau penyanyi.
Sastera20.06.2019
Dengarlah sebaik-baiknya agar anda tidak melepasi peluang keemasan ini. Munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TKDengarlah baik-baik agar anda tidak terlepas peluang keemasan ini.Tatabahasa16.07.2012
Salam, 1. Bagi perkataan yang selalunya hadir bersama-sama misalnya "larut malam", "luar biasa", "selamat malam", "zaman keemasan" itu dirujuk sebagai apa? kata atau frasa? Disebabkan contoh-contoh tersebut hanya terbentuk daripada dua patah perkataan sahaja, jadi bolehkah kesemua contoh di atas digolongkan sebagai frasa pendek? Sekian, terima kasih.Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa boleh mengandungi hanya subjek atau hanya predikat. Oleh itu, "larut malam", "luar biasa", "selamat malam" dan "zaman keemasan" ialah frasa.Tatabahasa05.09.2012
Bagaimana tentukan penggunaan perkataan “ketepikan” dan “diketepikan”?Contoh dalam resipi: Gorengkan kentang sehingga warna keemasan. Angkat dan ketepikan/diketepikan.
Perkataan yang betul ialah "ketepikan"
Tatabahasa09.09.2015
Orang ramai berasak-asak masuk ke dalam pusat beli-belah itu agar tidak terlepas peluang keemasan kerana jualan murah sedang diadakan. Tuan bagaimana untuk memperkemas ayat di atas?Orang ramai berasak-asak masuk ke dalam pusat beli-belah itu kerana jualan murah sedang diadakan. Bagi ayat majmuk jangan terlalu panjang, jika perlu bina dua ayat daripadanya.Tatabahasa13.06.2012

Kembali ke atas