Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.em.pat.em.pat] | کأمڤت-امڤت

Definisi : kesemuanya yg empat jumlahnya, empat (orang dll) sekali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.em.pat.em.pat] | کأمڤت-امڤت

Definisi : empat-empat sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keempat-empat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah keempat-empat perkataan, iaitu melulusi, meluluskan, melucuti dan melucutkan membawa maksud "menanggalkan"? Adakah keempat-empat perkataan ini dapat menggantikan maksud "menanggalkan"? Contohnya: 1. (a) Dia menanggalkan cincin itu. (b) Dia melulusi cincin itu. (c) Dia meluluskan cincin itu. (d) Dia melucuti cincin itu. (e) Dia melucutkan cincin itu. 2. (a) Adik tidak sanggup menanggalkan pakaian yang cantik ini. (b) Adik tidak sanggup melulusi pakaian yang cantik ini. (c) Adik tidak sanggup meluluskan pakaian yang cantik ini. (d) Adik tidak sanggup melucuti pakaian yang cantik ini. (e) Adik tidak sanggup melucutkan pakaian yang cantik ini. Adakah semua ayat yang saya berikan itu betul? Minta penjelasan tuan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,  melulusi, meluluskan, melucuti dan melucutkan membawa maksud "menanggalkan". Oleh itu, contoh-contoh perkataan yang dinyatakan di atas betul berdasarkan maksud berkenaan.Tatabahasa30.11.2014
Yang manakah betul? Memakan atau makan? Meminum atau minum? Meminta atau minta? Memohon atau mohon? Betulkah keempat-empat perkataan Ono tidal memerlukan imbuhan meN-? Kenapa? Terima kasih.Keempat-empat perkataan tersebut boleh menerima awalan meN-, namun penggunaan kata tersebut tanpa awalan meN-telah melengkapkan makna kata.  Contohnya perkataan makan juga bermaksud memakan.Tatabahasa06.12.2012
Yang manakah betul? Memakan atau makan? Meminum atau minum? Meminta atau minta? Memohon atau mohon? Betulkah keempat-empat perkataan ini tidak memerlukan imbuhan meN-? Kenapa? Terima kasih.Keempat-empat perkataan tersebut boleh menerima awalan meN-, namun penggunaan kata tersebut tanpa awalan meN-telah melengkapkan makna kata.  Contohnya perkataan makan juga bermaksud memakan.Tatabahasa06.12.2012
Adakah ayat berikut ini baku? Jika tidak baku, mohon tuan suntingkan. 'Penilaian responden kepada keempat-empat aspek tersebut adalah antara 4.07 hingga 4.30 pada skala kepuasan 1 (sangat tidak memuaskan) hingga 5 (sangat memuaskan).'Penilaian responden ke atas/terhadap keempat-empat aspek tersebut adalah antara 4.07 hingga 4.30 pada skala kepuasan1(sangat tidak memuaskan) hingga 5(sangat memuaskan). Tatabahasa13.05.2008
Nenek merebus ubi kayu itu sehingga_____untuk dibuat kuih lepat ubi. a. Lembut b. Lemau c. Lembik d. Empuk apakah jawapan? Apakah perbezaan antara keempat-empat pilihan di atas?Jawapan yang sesuai ialah empuk. Keempat-empat perkataan ini ada maksud tersendiri yang bergantung kepada konteks penggunaan:
 1. Lembut - tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan); berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya; melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras; melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai kecil utk kencing dll); pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~ dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk melembutkan sesuatu: ~ kulit.
2. Lemau - tidak garing kerana sudah masuk angin (bkn biskut, kuih dll). 2 tidak rancak (bkn bunyi-bunyian
3. Lembik - terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll), tidak keras atau tegang (tali dll), kendur, lunak: tanah perkuburan itu masih ~; kuih ~; 2. tidak kuat atau cergas (orang), lemah, lembam: badannya ~ dan kurang sihat; ketawa ~; semangatnya ~; melembikkan menjadikan lembik, menyebab­kan lembik (lemah, kendur, dll); kelembikan perihal lembik (lemah, kendur, dll), kekenduran, kelemahan.
4. Empuk - lembut dan mudah dikunyah (bkn makanan). 2 tidak keras; lembut: duduk di kerusi yg ~. 3 reput dan mudah koyak (bkn kain). 4 sedap didengar (bkn bunyi); merdu; lunak. mengempukkan menjadikan empuk: Ubi itu direbus lama sedikit utk ~nya. keempukan keadaan atau sifat empuk: Mereka menguji ~ tilam baru itu.
Makna03.05.2014
1. Bagaimanakah membetulkan ayat ini(segak-segak belaka peragawan-peragawan itu)? a. Segak-segak belaka peragawan itu. ATAU b. Segak belaka peragawan-peragawan itu. 2. Adakah ayat ini betul? a. Encik Lim bangga melihat keempat-empat orang anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. ATAU B. Encik Lim bangga melihat keempat-empat orang anaknya berjaya melanjutkan pelajaran di universiti.1. Segak-segak belaka peragawan itu. 
2. Encik Lim bangga melihat keempat-empat orang anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. 
Tatabahasa02.09.2016
Hasbullah mula menceburi___politik sejak beliau bertugas di Sarawak tiga tahun lalu. A arena B gelanggang C medan D kancah jawaban A yang diberi oleh penerbit agak kekeliruan kerana medan=arena=kancah untuk politik, munsyi, apakah pandangan munsyi untuk ~ politik? TKBerdasarkan maksud yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, keempat-empat perkataan, iaitu medan, gelanggang, medan dan kancah boleh digunakan dalam konteks ayat yang diberikan. Oleh itu, kami berpendapat soalan tersebut sepatutnya memberikan pilihan jawapan yang lain.Makna10.04.2012
Bolehberikan contoh kata adverba yang menerangkan kata nama dan frasa nama? Keempat-empat kata adverba yang saya belajar secara spesifik tiada menyentuh kata adverba yang menerangkan kata nama atau frasa nama. Terima kasih.Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja,kata adjektif,kata nama,dan frasa sendi nama dari segi cara,masa dan tempat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 289 untuk keterangan lanjut. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas.

Contoh ayat:

Hari jadinya ialah hari esok.

Dalam ayat di atas, kata adverba "esok" hadir sesudah kata nama "hari".
Tatabahasa21.01.2016
Apakah penjodoh bilangan bagi jarum ? bentuk, bilah, pucuk, batang, manakah yang tepat atau keempat-empat pun boleh ?Penjodoh bilangan untuk jarum ialah batang. (sebatang jarum)Tatabahasa15.07.2014
Kebelakangan ini, saya dapati perkataan "kededua" sering digunakan untuk membawa maksud "kedua-dua". Soalan saya ialah, adakah perkataan ini, "kededua" diterima? Jika demikian, bagaimana dengan perkataan-perkataan kata bilangan yang lain seperti ketiga-tiga, keempat-empat dan sebagainya? Terima kasih.Tiada perkataan "kededua" dalam rujukan kami. Sekiranya yang dimaksudkan 'kedua-dua', maka penggunaannya adalah betul. Kedua-dua bermaksud kelompok yang terdiri daripada dua (orang, dan sebagainya); dua-dua sekali. Perkataan ketiga-tiga dan  keempat-empat boleh digunakan.
  
Tatabahasa11.08.2010
12345678910...

Kembali ke atas