Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.em.pat.em.pat] | کأمڤت-امڤت

Definisi : kesemuanya yg empat jumlahnya, empat (orang dll) sekali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.em.pat.em.pat] | کأمڤت-امڤت

Definisi : empat-empat sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keempat-empat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BURUNG SAMBAR

Burung sambar ialah nama bagi empat

kumpulan burung yang berbeza. Antara keempat-empat

kumpulan ini terdapat lebih daripada

700 spesies. Banyak burung sambar memakan

serangga terbang, yang ditangkap dengan meluru

keluar dari tempat bertenggeknya.

UMUM 
SEGI EMPAT TEPAT

Segi empat tepat ialah rajah bersisi empat

satah yang mempunyai empat sudut tepat.

Misalnya, papan hitam ialah segi empat tepat.

Segi empat tepat ialah segi empat selari yang

bersudut tepat. Kedua-dua sisinya yang

bertentangan adalah selari dan sama. Jika

keempat-empat sisinya sama, maka segi empat itu

ialah segi empat sama.

UMUM 
MONYET LABAH-LABAH

Monyet labah-labah ialah monyet besar yang

terkenal kerana menggunakan ekornya sebagai

anggota tambahan. Ia boleh tergantung dengan

menggunakan ekornya, malah mengambil objek

dengan membelitnya. Monyet ini kadangkala

tergantung kepala ke bawah kaki ke atas, dengan

keempat-empat anggota dan ekornya

mencengkam dahan. Dalam kedudukan ini ia

kelihatan seperti labah-labah besar. Monyet ini

sering menggunakan lengannya untuk berayun

dari dahan ke dahan. Hanya beruk kecil Asia yang

dikenali sebagai ungka boleh berayun lebih laju

dari pokok ke pokok.

UMUM 
SINUS

Sinus ialah rerongga di dalam badan sesuatu

makhluk, termasuklah manusia. Apabila digunakan

sendirian, kata sinus itu secara umum merujuk

kepada ruang yang lompong yang berisi udara

yang terletak di bahagian hadapan tengkorak.

Tengkorak manusia terdiri daripada empat

kumpulan sinus. Doktor kadangkala menamakan

keempat-empat kumpulan sinus ini sebagai sinus

paranasal, kerana sinus ini bersambung dengan

rerongga nasal. Setiap kumpulan sinus ini

mendapat namanya daripada tulang-tulang

tengkorak yang menempatkan sinus tersebut.

UMUM 
NABI YA‘KUB A.S.

Nabi Ya‘kub a.s. ialah bapa kepada 12 buah puak.

Baginda merupakan sandaran bagi bangsa Bani

Israel . Baginda digelar Israel yang bermakna “roh

Allah” dalam bahasa Ibrani. Nabi Ya’kub a.s. lahir di

Kanaan (Palestin). Kemudian, Nabi Ya‘kub a.s.

dibesarkan di bawah jagaan bapa baginda, Nabi

Ishaq ibn Ibrahim a.s. Ketika dewasa, ibunya

menyuruh Nabi Ya‘kub a.s. pergi bermusafir

menemui bapa saudara sebelah ibunya di Iraq

kerana ibunya takut saudaranya itu berasa marah

sekiranya dia tidak menunaikan janjinya dulu. Di

sana , Nabi Ya‘kub a.s. mengahwini dua orang anak

perempuan pak ciknya. Nabi Ya‘kub a.s. juga

diberikan jariah untuk kedua-dua orang isterinya itu.

Selepas itu, keempat-empat orang wanita ini telah

melahirkan 12 orang anak yang diberi gelaran

asbat” (puak). Setiap mereka inilah yang menjadi

bapa kepada puak-puak Bani Israel. Penglihatan

Nabi Ya‘kub a.s. pernah hilang akibat terlalu sedih

mengenangkan nasib anaknya, Nabi Yusuf a.s. yang

telah disingkir oleh saudara-saudaranya melalui

konspirasi jahat mereka. Namun, Allah SWT telah

mengembalikan penglihatannya setelah dia

menerima baju anaknya, Nabi Yusuf a.s. Nabi Ya‘kub

a.s. dapat berjumpa semula dengan anaknya itu

selepas lama kehilangannya, serta lama

menanggung kesedihan dan penderitaan yang

berat. Nabi Ya‘kub a.s. wafat di Mesir setelah 17

tahun duduk bersama anak kesayangannya Nabi

Yusuf a.s.

UMUM 
LAMBANG DEWAN

LAMBANG DEWAN, lambang korporat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).  Lambang Dewan dilukis oleh Mohd. Hoessien Enas  pada tahun 1957. Idea untuk mewujudkan Lambang Dewan adalah gabungan ilham Tun Syed Nasir Ismail, Pengarah DBP (1957-1969) dan Tuan Haji Abdul Samad Ahmad, Pengarang DBP (1957-1969). Lambang Dewan terdiri daripada unsur daun lontar yang bertangkaikan mata pena. Daun lontar ini pula diapit kiri kanan oleh daun resam yang pangkalnya juga berbentuk mata pena. Kedua-dua pangkal lambang tersebut diikat oleh lakar buku yang membawa nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keempat-empat unsur yang membina reka bentuk Lambang Dewan ini mempunyai pengertian khusus yang mendukung dan melambangkan tugas DBP.

BUDAYAKonsep
NICKLAUS, JACK

Nicklaus, Jack (1940– ) ialah pemain golf

Amerika, antara pemain terulung dalam sejarah sukan

ini. Nicklaus pemain pertama memenangi keempat-

empat gelaran golf yang utama sekurang-kurangnya

dua kali. Dia memenangi Terbuka British pada tahun

1966, 1970, dan 1978. Terbuka Amerika Syarikat pada

tahun 1962, 1967, 1972, dan 1980; kejohanan U.S.

Masters pada tahun 1963, 1965, 1966, 1972, 1975, dan

1986; kejohanan U.S. Professional Golfers’ Association

(PGA) pada tahun 1963, 1971, 1973, 1975, dan 1980.

Nicklaus juga memenangi kejohanan United States

Amateur pada tahun 1959 dan tahun 1961 sebelum

menjadi pemain profesional.

UMUM 
SUKAN ISTHMIA

Sukan Isthmia. Orang Yunani purba mempunyai

empat perayaan negeri yang besar. Satu

daripadanya dikenali sebagai sukan Isthmia kerana

sukan ini diadakan di Isthmus of Corinth. Selepas

tahun 582 S.M., sukan ini biasanya diadakan pada

musim bunga tahun kedua dan keempat setiap

Olympiad (tempoh masa empat tahun antara sukan

Olimpik).

UMUM 
ROOSEVELT, FRANKLIN DELANO

Roosevelt, Franklin Delano (1882–1945) adalah

satu-satunya presiden Amerika Syarikat yang dipilih

sebanyak empat kali. Dia berkhidmat sebagai

presiden selama lebih 12 tahun, dari tahun 1933

hingga tahun 1945, lebih lama daripada orang lain.

Dia meninggal dunia 83 hari selepas menjadi

presiden untuk kali keempat.

UMUM 
TEORI BESAR DISATUKAN

Teori besar disatukan , juga dikenali sebagai

GUT’s (Grand Unified Theories), cuba untuk

menyatukan tiga daripada empat daya asas yang

dianggap menguasai alam semesta. Ketiga-tiga

daya ini, daripada yang terlemah hingga kepada

yang terkuat, adalah (1) daya nuklear lemah,

(2) keelektromagnetan, dan (3) daya nuklear kuat.

Daya nuklear lemah bertanggungjawab terhadap

pereputan radioaktif banyak jenis nukleus atom.

Keelektromagnetan ialah daya yang mengikat

elektron kepada nukleus. Daya nuklear kuat

mengikat nukleus bersama-sama. Kegravitian, iaitu

daya asas keempat, tidak termasuk dalam GUT’s.

Kesan graviti terhadap satu atom atau nukleus

adalah terlalu lemah hinggakan ahli sains tidak

berupaya mengesannya.

UMUM 
12

Kembali ke atas