Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ga.ga.han] | کݢاݢهن

Definisi : perihal gagah: dlm ingatanku tergambar keperwiraan dan ~ Hang Tuah; pintu gerbang di depan menambahkan ~ bangunan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ga.ga.han] | کݢاݢهن

Definisi : keadaan atau sifat gagah: Kisah ~ Hang Tuah tersebar ke seluruh Kepulauan Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kegagahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maruah.... apa itu maruah... ego??? apa itu ego....Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maruah bermaksud kehormatan (diri), harga diri. Maruah juga membawa maksud sifat laki-laki, keberanian, kegagahan; bermaruah mempunyai maruah. Manakala ego bermaksud persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.Tatabahasa25.07.2012
Salam sejahtera! Adakah perkataan "laki" membawa erti yang sama dengan perkataan "lelaki"? Terima kasih!Menurut Kamus Bahasa Melayu, maksud laki ialah pasangan hidup kepada seseorang perempuan (agak kasar jika dibandingkan dengan perkataan suami) atau keberanian; kegagahan. Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".Makna08.06.2020
Pasukan bola sepak yang ______ telah memenangi perlawanan itu. A. handal B. hebat C. lincah D. tangkas Adakah jawapan "hebat" diterima sebagai jawapan? Apakah perbezaan antara "handal" dengan "hebat"?Perkataan yang paling tepat ialah handal. 

Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, handal bermaksud dapat dipercayai atau dapat diharapkan; setia. 2 pandai dan bijak dalam permainan dll; kenamaan (cekap dll): pemain bola yang ~. handalan yang handal: panglima ~. kehandalan keadaan atau sifat handal; kepandaian; kebijaksanaan; kegagahan: Orang ramai pun hairan melihat ~ Hang Tuah membunuh penderhaka itu dgn kapak.
Tatabahasa18.02.2014
apakah perbezaan di antara mengharungi sungai dan menyeberangi sungai?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. perkataan "menyeberangi" bermaksud 1. pergi ke seberang sana sungai, jalan, dll, melintasi, mengharungi: dgn apa hendak diseberangi lautan? 2. ki me-nempuh (melalui, merasai) kesusahan dll: tiga kali kita ~ hidup, apabila ketiga kalinya telah diseberangi dgn selamat, bahagialah kita;

Manakala perkataan "mengharungi" pula bermaksud 1. ber­­jalan menyeberangi air (semak, sungai, dll), meranduk: takut ~ air yg deras; budak itu sedang ~ sungai; ~ belukar berjalan melalui belukar; 2. menempuh, melayari (lautan dll): sedang kami ~ lautan India, angin turun dgn hebatnya; kegagahan wau ~ angkasa; 3. ki menghadapi (mengalami) kesusahan (kesukaran dsb): kejayaan dicapai setelah ~ berbagai-bagai kesulitan;
Istilah08.04.2013
Ini buku aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2 SJKC jilid 2, muka surat. Saya amat keliru dengan soalan di sini. Apakah jawapan yang sepatutnya bagi soalan 1 dan 3 ? Rasanya soalan 3 amat pelik.Salam sejahtera,

Bersama-sama ini dilampirkan maklum balas jawapan bagi Buku aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2 SJKC jilid 2

Selain teks, gambar juga memainkan peranan sebagai klu jawapan bagi aktiviti ini.
 
1. pantas seperti kilat (menggambarkan kepantasan Wira Angkasa)
2. kurus seperti lidi (menggambarkan kekurusan pemuda tersebut)
3. gagah seperti gergasi (menggambarkan kegagahan kumpulan pemuda tersebut)
4. tinggi seperti galah (menggambarkan ketinggian murid-murid yang bermain bola kerajang)
 
Sekian, terima kasih.
Lain-lain25.10.2021

Kembali ke atas