Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ga.ga.lan] | کݢاݢلن

Definisi : perihal gagal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ga.ga.lan] | کݢاݢلن

Definisi : keadaan atau hal gagal; kekecewaan: ~nya utk mendapatkan ijazah itu sangat-sangat merisaukan fikirannya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kegagalan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kegagalan penjelasan bayaran balik pinjaman atau kegagalan untuk penjelasan bayaran balik pinjaman?Ayat yang betul ialah kegagalan menjelaskan bayaran balik pinjaman atau kegagalan untuk menjelaskan bayaran balik pinjaman.Tatabahasa04.03.2015
KEGAGALAN MEMASUKI AKSARA CARIAN KERANA PAPARAN MAKLUM BALAS SENTIASA KELUAR WALAU PUN BORANG TERSEBUT TELAH DIAMBIL TINDAKAN PENGHANTARANAduan tuan telah kami panjangkan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP. Untuk sementara waktu, kami mencadangkan tuan menggunakan enjin carian Crome, bukan Internet Explorer.Lain-lain22.11.2016
Kegagalan murid merangka isi-isi penting dalam penulisan karangan Bahasa Melayu.Dalam sesuatu penulisan, aspek yang penting ialah isi. Kekuatan isi akan mencerminkan pemikiran dan keseluruhan penulisan yang dihasilkan. Murid-murid perlu didedahkan untuk mengenal pasti antara isi dengan huraian. 

Murid-murid perlu banyak membaca dan membuat rujukan untuk mencari isi bagi karangan. Dengan pembacaan, murid-murid akan mudah merangka isi dan mendapai idea untuk menghasilkan penulisan.
Tatabahasa31.03.2013
Manakah ayat yang betul dan apakah sebabnya? Kegagalan hari ini dapat menaikkan anda di kemudian hari. atau Kegagalan hari ini dapat menaikkan anda pada kemudian hari.Ayat yang betul ialah: Kegagalan hari ini dapat menaikkan anda pada kemudian hari.
Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan)dalam beberapa situasi tertentu.
Manakala kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat sahaja. 
Tatabahasa27.02.2023
Antara punca kegagalan adik ialah kurang mengulang kaji pelajaran. adalah ayat di atas gramatis dan betul dari segi tatabahasa?Antara punca kegagalan adik dalam peperiksaan ialah kurang mengulang kaji pelajaran.Tatabahasa11.04.2014
Salam sejahtera, Maaf kerana bertanya, tetapi mengapa laman Gerbang Maya DBP khususnya Carian Kata PRPM sering mengalami kegagalan sistem sejak kebelakangan ini? Dalam satu minggu, boleh dikatakan tiga atau empat hari akan berlakunya kegagalan. Terima kasih.Salam Sejahtera.


Mohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Pihak kami mengambil perhatian mengenai isu gangguan teknikal yang berlaku dan tindakan susulan telah diambil. 


Terima kasih.
Lain-lain11.07.2022
ayat: Antara punca kegagalan adik ialah kurang mengulang kaji pelajaran. berdasarkan contoh ayat di atas, mengapakah perkataan kurang (KA) boleh digunakan selepas ialah (kata pemeri)? mohon penjelasan, terima kasih.Dalam rumus tatabahasa, kata pemeri adalah diikuti kata sendi nama atau kata adjektif. Berdasarkan rumus tersebut, ayat yang betul ialah "Antara punca kegagalan adik adalah kurang mengulang kaji pelajaran". Kami mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku.Tatabahasa14.04.2014
Saya ingin mencari alternatif untuk perkataan "precedent". Bolehkah saya gunakan perkataan "prajadian" sebagai kata ganti? Contoh ayat: Tiada "precedent" yang mengatakan bahawa seorang Presiden boleh dilucutkan jawatan kerana kegagalan untuk menangani krisis dalam Dewan Senat. Diganti dengan: Tiada "prajadian" yang mengatakan bahawa seorang Presiden boleh dilucutkan jawatan kerana kegagalan untuk menangani krisis dalam Dewan Senat.Dalam konteks perundangan, precedent lazimnya diterjemahkan kepada duluan, menjadi "Tiada duluan yang mengatakan bahawa seorang Presiden boleh dilucutkan jawatan kerana kegagalan untuk menangani krisis dalam Dewan Senat".Istilah04.02.2014
Salam. Mohon pencerahan mengenai penggunaan perkataan 'ketinggalan' ataupun 'kelewatan'. Misalnya, Syarikat tidak bertanggungjawab dalam sebarang ketinggalan atau kegagalan dalam melaksanakan perjanjian ini. Adakah perkataan 'kelewatan' lebih sesuai digunakan untuk menggantikan perkataan 'ketinggalan'? Terima kasih atas bantuan pihak tuan/puan.Syarikat tidak bertanggungjawab dalam sebarang ketinggalan atau kegagalan dalam melaksanakan perjanjian ini. Ketinggalan bermaksud tercicir di belakang kerana tidak dapat menyaingi atau kerana tidak dapat mengejar sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa22.07.2016
Salam sejahtera. Many factors may contribute to the failure to establish relationships between units of knowledge. Terjemahan: Banyak faktor yang menyumbang kepada kegagalan mewujudkan hubungan di antara cebisan pengetahuan. Mohon beri pendapat terjemahan yang dikemukakan. Sekian, terima kasih.Terjemahan yang dicadangkan ialah Banyak faktor yang menyumbang kepada kegagalan mewujudkan hubungan  antara unit pengetahuan.Penyemakan dan penterjemahan22.09.2016
123

Kembali ke atas