Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ga.na.san] | کݢانسن

Definisi : perihal ganas, kebuasan, kegarangan; ~ antarabangsa penggunaan kuasa secara sewenang-wenang tanpa menghiraukan undang-undang yang ada oleh seseorang atau kumpulan manusia secara terancang terhadap manusia atau harta benda dgn tujuan utk menakut-nakutkan atau memaksa sesuatu kaum atau negara demi memperjuangkan idologi atau kuasa politik masing-masing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ga.na.san] | کݢانسن

Definisi : keadaan atau sifat ganas; kebengisan: Banyaklah harta benda yg binasa dan orang yg menjadi korban ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keganasan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Frasa yang manakah betul? Antikeganasan @ anti-keganasan @ anti keganasanFrasa yang betul ialah "antikeganasan".Tatabahasa10.10.2014
Saya ingin bertanya penggunaan tatabahasa yang sesuai setelah penterjemahan dari bahasa inggeris. Skala pendedahan kanak-kanak terhadap keganasan domestik Atau Skala pendedahan terhadap keganasan domestik di kalangan kanak-kanak. Terjemahan asal : Child Exposure to Domestic Violence Scale. Terima kasihPadanan bahasa Melayu untuk "child exposure to domestic violence scale" ialah pendedahan kanak-kanak terhadap skala keganasan rumah tangga.Makna06.12.2021
Saya ingin bertanya penggunaan tatabahasa yang sesuai setelah penterjemahan dari bahasa inggeris. Skala pendedahan kanak-kanak terhadap keganasan domestik Atau Skala pendedahan terhadap keganasan domestik di kalangan kanak-kanak Terima kasihSila kemukakan ayat dalam bahasa Inggeris daripada terjemahan yang dihasilkan supaya pihak kami dapat memastikan terjemahan yang tepat dan menggunakan tatabahasa yang betul. Tatabahasa22.11.2021
Salam. Di dalam peristilahan penyalahgunaan digital, terdapat dua kategori berbeza (antara lain) iaitu "violence" dan "terrorism". Sekiranya "violence" diterjemahkan kepada "keganasan", bagaimanakah cara membezakan "violence" dan "terrorism" yang juga diterjemahkan sebagai "keganasan"? Contoh penggunaan ayat: "Report acts promoting violence" dan "Report acts promoting terrorism". Terima kasih.Sila nyatakan konsep atau konteks penggunaan perkataan "terrorism" dan "violence" untuk mendapatkan padanan perkataan bahasa Melayu.  Istilah16.06.2022
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan istilah "Prevent Violent Extremism" dalam bahasa melayu yang betul kerana kami dalam proses membuat pelan tindakan kebangsaan berhubung FAHAMAN MELAMPAU YANG MENGGUNAKAN KEGANASAN (PREVENT VIOLENT EXTREMISM). Adakah terjemahan yang kami gunakan ini betul? dan jika kurang tepat mohon dicadangkan kepada kami penggunaan istilah yang betulCadangan terjemahan yang boleh digunakan ialah Mencegah Fahaman Pelampau Keganasan bagi frasa prevent violent extremism.Penyemakan dan penterjemahan29.11.2018
ending impurnity for violence against moment girlsmengekalkan hukuman bagi keganasan terhadap wanita dan gadisMakna02.04.2007
Tuan/Puan, mohon pandangan kata dasar untuk penakat seperti dalam terma "penakat keganasan domestik" atau domestic violence survivor. Terima kasih.Kata dasar untuk penakat ialah takat.Lain-lain06.02.2023
Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah counter terrorisme?Istilah yang sesuai bagi perkataan counterterrorism ialah cegah keganasan iaitu dalam bidang undang-undang.Istilah24.08.2020
Saya masih keliru dengan soalan no. 1. Sesuaikah penggunaan perkataan ini dalam ayat "Pada pendapat saya, filem yang bercorak keganasan tidak sesuai ditonton dengan kanak-kanak. "?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata dengan bermaksud berserta, bersama, disertai(oleh),ditemani(oleh). Ayat yang dikemukakan bermaksud menonton bersama-sama dengan kanak-kanak. Oleh yang demikian penggunaan kata dengan dalam ayat tersebut sesuai.  Tatabahasa30.05.2008
Apakah yang di maksudkan dengan fundamentalisme,terrorismeFundamentalisme ialah keakuran yg kuat terhadap sesuatu ajaran. Terrorisme merujuk Kamus Ingeris-Melayu bermaksud keganasan, ganasMakna30.10.2008
12

Kembali ke atas