Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ga.wa.tan] | کݢاوتن

Definisi : keadaan gawat, kegentingan, ketegangan: jelas sekali masyarakat yg didiskusikan oleh dramatisnya sedang berada dlm ~, kritikal, penuh krisis dan kekacauan; hanya beberapa hari sebelum dijalankan upacara akad nikah, barulah terjadi ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ga.wa.tan] | کݢاوتن

Definisi : keadaan gawat; kegentingan: Kejatuhan nilai mata wang negara itu telah menimbulkan ~ di negara tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kegawatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mksud kegawatan ekonomi. Punca, kesan dan cara mengatasi masalah kegawatan ekonomi.

Saudara,

Perkataan gawat bermakna berbahaya, genting, tegang: perdarahan demikian biasanya tidak begitu ~ tetapi perlu diadakan pemeriksaan dahulu;

menggawatkan : menimbulkan ketegangan, membahayakan (keadaan dll), menggentingkan (keadaan dll): kekejaman yg di lakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin semakin ~;

kegawatan" title="kegawatan">kegawatan : keadaan gawat, kegentingan, ketegangan: jelas sekali masyarakat yg didiskusikan oleh dramatisnya sedang berada dlm ~, kritikal, penuh krisis dan kekacauan; hanya beberapa hari sebelum dijalankan upacara akad nikah, barulah terjadi ~ itu.

Untuk mengetahui punca, kesan dan cara mengatasinya, saudara perlulah membuat penyelidikan dan rujukan di perpustakaan di tempat saudara tentang isu ini.   

Lain-lain10.11.2009
Ayat yang manakah betul? A) kegawatan ekonomi berada pada tahap yang membimbangkan B) kegawatan ekonomi berada di tahap yang membimbangkanAyat yang betul ialah Kegawatan ekonomi berada pada tahap yang membimbangkan.Makna07.03.2012
Kesalahan bahasa dalam ayat berikut: 1. Kerajaan merayu kepada rakyat agar mereka sanggup berkorban bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara. 2. Datuk Nicol telah menjadi pemain skuasy yang handa sejak dari bangku sekolah lagi.Kedua-dua ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah:
1. Kerajaan merayu rakyat berkorban bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara.
2. Datuk Nicol telah menjadi pemain skuasy yang handal sejak bangku sekolah lagi.
Tatabahasa05.07.2013
jawapan yang macam mana perlu kami berikan untuk soalan dibawah: 1. sistem pendidikan kebangsaan memasyarakatkan satu malaysia. 2. kegawatan sosial yang berlaku pada hari ini boleh menghalang proses pembinaan tamadun malaysia. untuk soalan kedua, bolehkah kami jawap soalannya seperti berikut topik: seks rambang, kemudian terdapat lima bahagian, iaitu 1. politik(imej negara), 2. pendidikan(kegagalan), 3. sosial(masyarakat), 4. jenayah(pembuangan bayi), 5. agama(peganagan agama yang tidak kuat)

Soalan esei lazimnya mempunyai skema jawapan yang telah ditentukan. Sila berbincang dengan pensyarah untuk dapatkan skema jawapan. Soalan saudara di luar skop perkhidmatan yang kami berikan. Khidmat Nasihat Bahasa menangani masalah berkaitan penggunaan bahasa Melayu antaranya termasuklah Ejaan Rumi dan jawi, Perkataan dan Istilah serta Tatabahasa.

Lain-lain23.01.2011
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang sesuai untuk istilah berikut: >> a) counter-cyclical measures - mengurangkan atau meneutralkan kesan-kesan anti-sosial kitaran ekonomi, termasuk menggalakkan perbelanjaan ketika kegawatan, dan mengetatkan kredit semasa tempoh inflasi. b) volatility - menerangkan keadaan pasaran komoditi dunia / pasaran saham yang tidak menentu (turun naik dalam harga/indeks) - adakah terdapat pilihan selain perkataan "turun naik"? Terima kasih.Cadangan kami, (a) counter-cyclical measures = langkah-langkah tindak balas kitaran ekonomi (b) volatility = ketaktentuan.Penyemakan dan penterjemahan21.09.2015
Menyemak ayat di bawah.kalau betul minta kebenaran,kalau salah minta penjelasan.tolong. 1.Ali seorang yang baik tetapi kawannya buruk. 2.Rakyat perlulah hormat-menghormati antara satu sama lain agar bertolak ansur. 3.Kawasan kediaman itu tempat tinggal saya. 4.Tanah Melayu pernah dijajah oleh kuasa-kuasa besar seperti portugis,belanda dan jepun. 5.Manifesto bertujuan memancing undi,hanya kata-katanya bermunasabah. 6.Ekonomi negara semakin meruncing.Dalam kegawatan ekonomi ini,rakyat perlu membudayakan amalan berjimat-cermat danmenyedari betapa ertinya budaya menabung. 7.Semangat cintai alam melambangkan tanggungjawab seseorang bangsawan.Ayat yang betul dan gramatis ialah seperti berikut:

1.Ali seorang yang baik tetapi kawannya berperangai buruk.
2.Rakyat perlulah hormat-menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain.
3.Kawasan kediaman itu, tempat tinggal saya.
4.Tanah Melayu pernah dijajah oleh kuasa-kuasa besar seperti Portugis, Belanda dan Jepun.
5.Manifesto pilihan raya sesebuah parti politik adalah bertujuan untuk memancing undi.
6.Ekonomi negara kini semakin meruncing. Dalam suasana kegawatan ekonomi, rakyat perlu membudayakan amalan berjimat-cermat dan menyedari betapa pentingnya budaya menabung.
7.Semangat mencintai alam sekitar adalah tanggungjawab semua termasuk golongan bangsawan.
Tatabahasa10.09.2018
Selamat Pagi. Yang manakah betul: negeri-negeri dalam/di Lingkungan Pasifik? Terima kasih.

Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu ialah di, ke, dalam, dari, daripada dan kepada. Setiap kata sendi nama mempunyai tugas dan fungsi yang berlainan dan penggunannya ditentukan oleh peraturan yang khusus.

Kata sendi nama "dalam" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti hal, perkara, urusan, peristiwa, bahasa, bidang dan sebagainya.

Contoh penggunaan: 

  1.  Dalam hal ini, kami semua setuju.
  2.  Perkara itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat yang lalu.
  3.  Malaysia pernah terperangkap dalam kegawatan ekonomi.
  4.  Hassan sudah lama berkecimpung dalam bidang seni lakonan.

Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya, contohnya; di bawah, di sekolah, di dalam hutan, di antara negeri Johor dengan Singapura.

Berdasarkan soalan tersebut, cadangan jawapan yang sesuai ialah “negeri-negeri dalam lingkungan Pasifik”.

Lain-lain14.06.2023

Kembali ke atas