Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ge.li.sa.han] | کݢليسهن

Definisi : perihal gelisah, perasaan gelisah: inilah punca penderitaan dan ~ jiwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ge.li.sa.han] | کݢليسهن

Definisi : hal atau keadaan gelisah; perasaan gelisah; kekhuatiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kegelisahan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SINDROM PRAHAID (SPH)

Sindrom prahaid (SPH) ialah keadaan yang

melibatkan ramai wanita, 3 hari hingga 10 hari

sebelum haid bermula. Sindrom ini mempunyai

pelbagai gejala, termasuk kegelisahan, kemurungan,

perubahan mood dengan tiba-tiba, mudah menangis,

berasa marah atau jengkel, sakit kepala, bengkak,

kesakitan payu dara, sembelit, berasa lapar, dan

kelesuan. Wanita yang diserang oleh SPH mungkin

mengalami beberapa gejala ini pada masa yang

sama, dan gejala ini mungkin sederhana atau teruk.

UMUM 
MUNTAH

Muntah ialah perbuatan mengeluarkan isi perut

melalui mulut. Muntah mungkin terjadi dari perkara

yang kecil seperti makan berlebihan atau sesuatu

yang serius seperti hampir mati. Muntah mungkin

disebabkan oleh beberapa perkara, termasuk

kegelisahan, jangkitan bakteria, keradangan kimia

dalam perut, kehamilan, radiasi, ulser, pergerakan

yang luar biasa atau kesakitan yang teruk. Muntah

biasanya didahului oleh loya, satu rasa kurang

menyenangkan dalam perut. (Lihat Loya).

UMUM 
PERISTIWA PASIR SALAK

PERISTIWA PASIR SALAK, peristiwa kebangkitan orang Melayu menentang penjajahan British yang ditandai dengan pembunuhan J.W.W. Birch di Perak pada tahun 1875.  Peristiwa ini didorong oleh hakikat bahawa pembesar Melayu berasa tertipu oleh politik British hingga menimbulkan kegelisahan di kalangan mereka sehingga mereka bertindak melakukan pembunuhan.  Usaha pembunuhan British ditangani oleh Dato’ Maharaja Lela yang mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Raja Ismail.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
PARLIMEN LANJUT

Parlimen Lanjut merujuk kepada suatu sesi

Parlimen Inggeris yang bersidang panjang tanpa

rehat mulai tahun 1640 hingga tahun 1653.

Persidangan ini dimansuhkan dengan rasminya

pada tahun 1660. Parlimen Lanjut ini bermula

dengan perbalahan secara langsung dengan Raja

Charles I, kemudian bersidang semula semasa

Perang Saudara, menjatuhkan hukuman bunuh ke

atas raja ini, mencuba memerintah dalam masa

kegelisahan selepas perang itu, dan akhirnya

dimansuhkan untuk memberikan laluan kepada

Parlimen baharu di bawah Raja Charles II.

UMUM 

Kembali ke atas