Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ge.mi.la.ngan] | کݢميلڠن

Definisi : keadaan bercahaya terang­-benderang, kecemerlangan: kekuatan Sriwijaya tidak sebesar dulu lagi, cahaya ~ mulai muram; ®gilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ge.mi.la.ngan] | کݢميلڠن

Definisi : 1 keadaan bercahaya terang benderang. 2 ki kejayaan yg baik sekali; kecemerlangan: Kisah ~ kerajaan Melayu Melaka masih disebut-sebut hingga sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kegemilangan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
YUNANI PURBA

Yunani Purba ialah tempat lahir tamadun Barat

kira-kira 2500 tahun lalu. Kegemilangan kerajaan

orang Yunani purba dalam bidang sains, falsafah,

dan kesenian terus mempengaruhi kehidupan kita

kini.

UMUM 
KIDUNGKIDUNG, puisi yang digunakan pada zaman kesusasteraan Jawa Pertengahan, iaitu pada zaman kegemilangan Majapahit sehingga abad ke-17. Kidung juga dikenal sebagai tembang atau nyanyian.  Pada zaman kesusasteraan Jawa Kuno yang bermula lebih kurang pada abad ke-8 hingga  awal kerajaan Majapahit.  Bentuk puisi yang digunakan ialah ‘kakawin’ manakala dalam zaman kesusasteraan Jawa baru pula ialah `tembang macapat’.SASTERAKonsep
MAC

Mac ialah gabungan muzik yang sangat berirama

yang dimainkan untuk mengiringi perbarisan. Lagu-

lagu berirama mac bertujuan untuk menaikkan

semangat pasukan tentera, menambahkan keceriaan

dan kegemilangan dalam acara sukan, dan

meningkatkan martabat upacara rasmi. Selain itu,

persembahan tarian balet opera, dan karya klasik

dimuatkan dalam mac.

UMUM 
DINASTI GUPTA

Dinasti Gupta ialah satu siri pemerintahan

daripada satu keluarga yang memerintah utara

India kira-kira pada tahun 320 M hingga tahun

500 M. Zaman Gupta ini dianggap sebagai zaman

kegemilangan India.

UMUM 
PERICLES

Pericles (490 – 429 S.M.) ialah negarawan Yunani

yang namanya dikaitkan dengan tempoh paling

gemilang dalam sejarah Athens purba. Dia ialah

pemimpin kerajaan Athens selama lebih daripada

30 tahun. Zaman Pericles juga terdiri megah

dengan kegemilangan seni dan sains dalam dunia

purba.

UMUM 
ACROPOLIS

Acropolis ialah pusat agama dan tentera

sesebuah negara kota di Yunani purba. Orang

Yunani biasanya membina kubu di atas bukit, yang

dinamakan acropolis, di dalam atau dekat kota

untuk pertahanan. Ia kerap merupakan tempat

pertama yang diduduki. Semasa kegemilangan era

Mycenaea (1400–1200 S.M.), istana raja biasanya

dibina di atas bukit. Istana juga menjadi kubu

tentera dan tempat perlindungan bagi warga kota

semasa kecemasan. Kuil-kuil terpenting bagi

negara kota juga dibina di sini, termasuk rumah

berhala dewa mereka.

UMUM 
BUKIT CHINA

BUKIT CHINA, kawasan yang pernah menjadi perkampungan rombongan puteri Hang Li Po yang diutus oleh Maharaja China pada zaman kegemilangan kerajaan Negeri Melaka, terletak di tengah-tengah bandar Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
OUDTSHOORN

Oudtshoorn (pend. 33 480) ialah sebuah

kawasan pelancongan yang terletak di provinsi

Cape Barat, Afrika Selatan. Oudtshoorn dikenali

sebagai “ibu negeri bulu burung unta sedunia”.

Dari tahun 1880 hingga tahun 1915, memakai bulu

burung unta sebagai hiasan topi dan pakaian telah

menjadi fesyen di seluruh dunia. Pada zaman

kegemilangan ini, peladang tempatan memelihara

lebih daripada 750 000 ekor burung unta. Kini,

terdapat kira-kira 150 000 ekor burung ini yang

dipelihara terutamanya untuk mendapatkan

kulitnya yang dijadikan barangan kulit. Kini,

peladang di daerah ini menanam alfalfa, bijirin,

buah-buahan, tembakau, biji sayur-sayuran, dan

walnut. Hasil tenusu, madu dan wain juga penting.

UMUM 
PESISIRPESISIR, kawasan pantai yang digunakan untuk menghuraikan kebudayaan sekelompok masyarakat di perairan Kepulauan Melayu. Konsep ini diperkenalkan oleh Pigeaud, sarjana Belanda, dalam bukunya Islamic States in Java (1938). Tamadun pesisir ini muncul pada zaman kegemilangan perdagangan rempah dari abad ke-14 hingga abad ke-18, apabila masyarakat di persisiran pantai berhubung dengan dunia luar melalui perdagangan antarabangsa.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
AL-BIRUNI

Al-Biruni (973 M – 1048), ahli astronomi, matematik,  falsafah, fizik, sejarah, geologi dan geografi yang turut mewarnai kegemilangan dunia Sains Islam.

MATEMATIKTokoh
12

Kembali ke atas