Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ge.mi.la.ngan] | کݢميلڠن

Definisi : keadaan bercahaya terang­-benderang, kecemerlangan: kekuatan Sriwijaya tidak sebesar dulu lagi, cahaya ~ mulai muram; ®gilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ge.mi.la.ngan] | کݢميلڠن

Definisi : 1 keadaan bercahaya terang benderang. 2 ki kejayaan yg baik sekali; kecemerlangan: Kisah ~ kerajaan Melayu Melaka masih disebut-sebut hingga sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kegemilangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
RenaissanceZaman PembaharuanKesenianTiadaZaman pemulihan kegemilangan budaya dengan pengembalikan unsur-unsur budaya Klasik Yunani dan Romawi Lama di Eropah pada abad 14-16.
decadencekemerosotanKesusasteraanTiadaSatu kemunduran atau kemerosotan setelah melampaui zaman kegemilangan.
revivalismrevivalismeKesenianSeni BinaPendekatan seni bina yang cuba menghidupkan kembali kegemilangan zaman silam. Revivalisme bermula pada abad ke-17 sehingga ke abad-19 apabila ramai arkitek di Eropah melakukan peniruan terhadap seni bina Yunani, Romawi dan Goth.
archaic periodzaman kunoKesenianTiadaZaman yang tidak primitif tetapi belum mencapai kegemilangan.
archaic artseni kunoKesenianTiadaSeni yang tidak primitif tetapi belum mencapai kegemilangan.
Alhambra effectkesan AlhambraKesenianSeni BinaGaya seni bina yang diilhamkan daripada bangunan Alhambra ketika era kegemilangan tamadun dan seni bina Islam. Kesan Alhambra dapat dilihat pada penggunaan elemen ruang dalaman, seni landskap dan hiasan terperinci seperti pembinaan sistem pengairan, kolam dan air pancut yang menghubungkan setiap ruang di dalam sesebuah bangunan atau di antara bangunan. Contohnya, kesan Alhambra terdapat pada seni bina Masjid Negara Kuala Lumpur.
decadencekemerosotanKesusasteraanTiadaZaman keruntuhan moral dan budaya dalam sejarah kesusasteraan yang lazimnya muncul selepas zaman kegemilangan.
ultramontanismultramontanismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang mengutamakan kuasa gereja dalam pemerintahan negara. Fahaman ini berkembang pada zaman kegemilangan Rom semasa agama atau gereja memainkan peranan penting dalam urusan pemerintahan. Fahaman ini juga berkembang sebagai reaksi kepada perkembangan rasionalisme dan humanisme yang cuba menggugat peranan gereja. Pendukung fahaman ini telah melaksanakan berbagaibagai gerakan bagi memelihara kedudukan tinggi agama dan pope. Kini perbincangan mengenai ultramontanisme tidak terbatas kepada agama Kristian semata-mata.
purbawarapurbawaraKesusasteraanTiadaPersembahan drama pentas yang muncul selepas kemerosotan bangsawan. Persembahan drama ini merupakan sebahagian daripada genre sandiwara yang merangkumi drama sejarah dan ceterawara. Dalam purbawara mengisahkan tentang kegemilangan kesultanan Melayu Melaka, Sejarah Johor dan tokoh pahlawan. Namun, kemudiannya purbawara menyerap cerita moden yang menyentuh isu semasa. Antara cerita yang dipentaskan ialah Robohnya Kota Lukut karya Kala Dewata, Tonggak Kerajaan Melayu Johor oleh Shahrum Husain, Gugurnya Melati Pujaan Temasik oleh Atan Ali, dan Matinya Seorang Pahlawan oleh Usman Awang.
medicisrenda mediciKesenianTiadaRenda biku Perancis yang menyerupai renda kluni. Dibuat dengan kombinasi sulam biasa dan sulam tebuk, salah satu daripada tepinya dikemaskan dengan bentuk kerang. Digunakan oleh kerabat diraja Itali semasa zaman kegemilangan pemerintahan mereka dari abad ke-14 hingga abad ke-18.
12

Kembali ke atas