Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ghai.ra.han] | کغيرهن

Definisi : 1. nafsu, percintaan, cinta berahi; 2. kecemburuan; 3. perihal ghairah (penuh minat), keinginan (minat) yg keras: ~ orang ramai menyertai koperasi yg menjanjikan kemudahan pinjaman kpd mereka tentu sekali menarik minat banyak pihak yg ternyata menangguk di air keruh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ghai.ra.han] | کغيرهن

Definisi : keinginan (keberahian, kehendak) yg amat kuat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keghairahan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SWINBURNE, ALGERNON CHARLES

Swinburne, Algernon Charles (1837–1909)

ialah penyair Inggeris yang penting. Dia

mengejutkan England pada Zaman Victoria dengan

kesukaannya berfoya-foya dan keyakinan agama

dan politiknya yang tidak ortodoks. Puisi-puisinya

yang penuh keghairahan memeranjatkan banyak

pembaca. Kini kehidupan dan puisi Swinburne

tidak lagi begitu luar biasa dan memeranjatkan

seperti sebelum itu. Walau bagaimanapun,

kemahiran teknikal puisinya yang luar biasa masih

mengekalkan kehebatannya dengan mengejutkan.

UMUM 
AMADO, JORGE

Amado, Jorge (1912–2001) ialah penulis novel

Brazil. Amado menulis kisah tentang negeri Bahia,

terutama tentang pelabuhan Salvador dan

kawasan yang berhampiran dengannya.

Kebanyakan cerekanya membincangkan

masyarakat kelas bawahan Brazil. Dengan gaya

penulisannya yang jelas dan realistik, dia

menggunakan bahasa penduduk ini untuk

menggambarkan keghairahan berjangkit-jangkit

mereka terhadap kehidupan.

UMUM 
KELUCAHAN DAN PORNOGRAFI

Kelucahan dan pornografi ialah istilah yang

digunakan bagi merujuk bahan yang ditulis,

direkod, atau bergambar – termasuk filem – yang

dianggap oleh kebanyakan orang sebagai tidak

sopan dan dengan melihatnya sebagai menjelikkan.

Istilah kelucahan boleh juga merujuk kepada

bahasa atau tingkah laku yang dipercayai

merosakkan moral orang awam. Istilah pornografi

terutamanya merujuk, kepada bahan bercetak atau

gambar lucah yang tujuan utamanya adalah jelas

untuk menimbulkan keghairahan seks.

UMUM 

Kembali ke atas