Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.gu.gu.ran] | کݢوݢورن

Definisi : 1. mengalami gugurnya (daun dll): pokok ceri yg sedang ~ daun; 2.melahirkan anak sebelum cukup bulan (dgn tidak sengaja): isterinya ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.gu.gu.ran] | کݢوݢورن

Definisi : 1 melahirkan anak sebelum masanya dgn tidak sengaja dan anak tsb meninggal dunia. 2 mengalami kejadian gugur (daun, buah dsb): Pokok-pokok itu ~ daun. 3 hal gugur (terkorban, lucut keahlian dsb): ~nya sbg ahli persatuan itu merupakan satu kehilangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keguguran

Peribahasa

Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah,
     dia tidak.

Bermaksud :

Mengandung tetapi selalu keguguran.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
A. Saya ingin tahu sama ada ayat di bawah ini betul atau silap. Jika silap; apakah kesilapannya. Kerjasama pihak DBP saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. 1. Dedaun pokok getah keguguran apabila musim kemarau. 2. Pisang goreng itu mereka beli di gerai Wak Semah. B. Penggunaan perkataan "dari" dalam ayat di bawah, betul atau silap. 1. David memberitahu Mariah melaui e-melnya bahawa dia sempat membeli kraf tangan Kelantan dari Pasar Seni semasa dia berkunjung ke Malaysia. C. Bagaimana kita nak menentukan sama ada "ditampal dengan" atau "ditampalkan dengan" yang sesuai untuk ayat di bawah? 1. Dinding restoran itu _______________ pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah.

Saudara,

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1.  Daun-daun pokok getah keguguran apabila musim kemarau. Perkataan dedaun bermaksud pelbagai jenis daun. 

2.  Pisang goreng itu dibeli oleh mereka di gerai Wak Semah. Dibeli oleh mereka ialah bentuk pasif bagi diri ketiga.

3.  Dalam ayat ini penggunaan kata sendi nama 'dari' betul kerana frasa 'dari Pasar Seni' ialah frasa sendi nama yang merujuk tempat.   

4. Dinding restoran itu ditampal pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah atau Pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah  ditampalkan pada dinding restoran itu.  Ditampal (menampal) dan ditampalkan (menampalkan).   Kedua-dua ayat ini boleh digunakan bergantung pada  konteks dan maksud yang hendak disampaikan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan tentang kata kerja dengan imbuhan meN.

Tatabahasa10.11.2009
Salam sejahtera. Bagaimanakah untuk membezakan atara penggunaan 'untuk' sebagai frasa sendi nama dan kata majmuk keterangan tujuan? Saya faham bahawa kata sendi nama diikuti dengan frasa nama, manakala kata majmuk keterangan tujuan diikuti 'frasa keterangan yang menunjukkan tujuan' yang lazimnya bermula dengan kata kerja. Contoh ayat: (1) Kek ini untuk adik. (2) Pihak kerajaan mengutip cukai untuk menampung perbelanjaan kerajaan. (3) Tujuan pihak kerajaan mengutip cukai adalah untuk menampung perbelanjaan kerajaan. (4) Tujuan pihak kerajaan mengutip cukai untuk menampung perbelanjaan kerajaan. Soalan: {{{1}}} Adakah 'untuk' dalam ayat (1) berfungsi sebagai frasa sendi nama, manakala dalam ayat (2) sebagai kata majmuk pancangan keterangan? {{{2}}} Bagi kata pemeri 'adalah', saya sedia maklum bahawa kata pemeri ini hanya boleh digabungkan dengan kata adjektif atau kata sendi nama. Oleh itu, adakah penggunaan 'adalah' dianggap tidak gramatis dalam ayat (3) kerana 'adalah' tidak diikuti dengan frasa sendi nama memandangkan 'untuk' tidak berfungsi sebagai kata sendi nama sebaliknya sebagai kata majmuk keterangan tujuan? {{{3}}} Adakah ayat (4) yang mengalami keguguran "adalah" lebih gramatis daripada (3)? Sekian terima kasih.1. Kek ini untuk Ali. "untuk" - kata sendi nama dan "untuk Ali" - frasa sendi nama
2. Pihak kerajaan mengutip cukai untuk menampung perbelanjaan kerajaan. "Untuk" - kata hubung keterangan tujuan
3. Tujuan pihak kerajaan mengutip cukai adalah untuk menampung perbelanjaan kerajaan. Ayat ini gramatis, kata pemeri adalah diikuti dengan kata sendi nama.
4.  Tujuan pihak kerajaan mengutip cukai untuk menampung perbelanjaan kerajaan. Ayat ini tidak gramatis, binaan ayat yang gramatis seperti ayat nombor 2. 
Tatabahasa04.11.2020

Kembali ke atas