Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.gu.gu.ran] | کݢوݢورن

Definisi : 1. mengalami gugurnya (daun dll): pokok ceri yg sedang ~ daun; 2.melahirkan anak sebelum cukup bulan (dgn tidak sengaja): isterinya ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.gu.gu.ran] | کݢوݢورن

Definisi : 1 melahirkan anak sebelum masanya dgn tidak sengaja dan anak tsb meninggal dunia. 2 mengalami kejadian gugur (daun, buah dsb): Pokok-pokok itu ~ daun. 3 hal gugur (terkorban, lucut keahlian dsb): ~nya sbg ahli persatuan itu merupakan satu kehilangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keguguran

Peribahasa

Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah,
     dia tidak.

Bermaksud :

Mengandung tetapi selalu keguguran.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti kucing keguguran anak.Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kodok ditimpa kemarau, b. Seperti kucing biang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak.Mengandung tetapi selalu keguguran.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bermayang-mayang menjadi mumbang.Selalu mengandung tetapi tidak pernah mendapat anak kerana keguguran atau anaknya itu mati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terkejar-kejar bagai kucing jatuh anak.Tergopoh-gopoh dengan tidak keruan. (Bandingkan dengan: Seperti kucing keguguran anak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kodok ditimpa kemarau.Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kucing biang, b. Seperti kucing keguguran anak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas