Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.gu.ruan] | کݢوروان

Definisi : hal yg berkaitan dgn ilmu menjadi guru, atau tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sbg guru: sifat-sifat ~ yg luhur; martabat profesion ~ harus dipertahankan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keguruan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rosmah amat meminati profesion perguruan/profesion keguruan? yang mana satu betul? apakah maksud kedua-dua kata tersebut? saya masih tak faham lepas rujuk kamus untuk kedua-dua makna kata tersebut.Yang betul ialah profesion keguruan. Keguruan bermakna yang berkaitan dengan guru, peranan (tugas, kelayakan dll) sebagai guru. Manakala perguruan bermakna sekolah, tempat belajar; pengajaran; yang berkaitan dengan guru seperti maktab.Makna09.07.2008
Apa beza antara keguruan dan perguruan? Manakah yang betul iaitu etika keguruan atau etika perguruan?Menurut Kamus Perdana, maksud keguruan ialah hal yang berkaitan dengan ilmu menjadi guru atau tugas dan tanggungjawab sebagai guru. Manakala perguruan pula bermaksud 1. tempat belajar atau mengikuti kursus untuk menjadi seorang guru; 2. hal atau perbuatan berguru.

Jawapan yang betul ialah "etika keguruan".
Makna25.07.2023
bolehkah saya menggunakan istilah LESTARI KEGURUAN sebagai satu nama untuk bahagian atau Unit dalam Organisasi yang menjurus kepada mengekalkan peranan atau tugas dan tanggungjawab profesion guru. sekian terima kasihPada pandangan kami perkataan "lestari" tidak sesuai digunakan kerana lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Dalam konteks ini, perkataan ini boleh membawa makna negatif, iaitu kekal pada tahap yang sama atau tahap lama dan tidak ada peningkatan. Oleh itu, nama yang diberikan perlu menggambarkan sesuatu yang positif, contohnya Unit Keguruan Cemerlang.Istilah29.10.2012
Apakah beza istilah berikut: a) perceraian dan penceraian b) perguruan dan keguruanMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, (a) perceraian bermaksud 1. perpisahan, perpecahan; 2. perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri); penceraian pula ialah perihal (perbuatan) menceraikan. (b) perguruan ialah 1. sekolah, tempat belajar; 2. pengajaran; ~ rakyat Id pengajaran kpd rakyat; 3. yg berkaitan dgn guru; maktab ~ maktab tempat melatih guru; maktab ~ bahasa maktab tempat melatih guru bahasa. Manakala keguruan pula ialah yg berkaitan dgn guru, yg berkaitan dgn peranan (tugas, kelayakan) sbg guru: sifat-sifat ~ yg luhur;Lain-lain12.06.2010
apa beza profesion perguruan dan bidang keguruan

Sdr. Nash, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Bidang bermaksud kegiatan yg diceburi, lapangan: berkecimpung dlm ~ seni lakon; 7. bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yg tertentu, lapangan, jurusan: melanjutkan pelajaran dlm ~ kejuruteraan awam
  • Makanala (profésion) ialah pekerjaan terutamanya yg memerlukan pelajaran yg tinggi dan latihan khas (mis dlm bidang undang-undang, perubatan, perakaunan, dll).
  • Memang terdapat sedikit perbezaan antara kedua-dua perkataan ini. Ia hanya dapat dibezakan sekiranya kita melihatnya dalam bentuk ayat atau penulisan.

    Makna06.04.2009
    bagaimanakah membina ayat berikut dengan betul? Sehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden mempunyai reaksi yang pelbagai terhadap pernyataan cadangan untuk penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruanSehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden mempunyai reaksi yang pelbagai terhadap pernyataan cadangan untuk penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruan. Ayat ini betul. Tatabahasa02.02.2015
    bagaimanakah membina ayat yang palin tepat untuk ayat berikut: Hal ini bermaksud responden lelaki dan perempuan dapat mengurus masa dengan baik sesuai dengan etika profesion keguruan seperti ketepatan masa hadir ke sekolah dan balik dari sekolah

    Hal ini bermaksud responden lelaki dan perempuan dapat menguruskan masa dengan baik sesuai dengan etika profesion keguruan seperti ketepatan masa hadir ke sekolah dan balik dari sekolah.

    Tatabahasa17.01.2015
    salam 1Malaysia, saya memohon pengesahan/pembetulan mengenai ayat yang dinyatakan berikut: Berdasarkan hasil analisis, dapat dirumuskan bahawa majoriti responden guru luar bandar dan bandar bersetuju dengan kebanyakan pernyataan cadangan penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruan. Namun begitu, responden guru luar bandar menunjukkan peratus respons yang lebih tinggi berbanding bandar bagi item yang dipersetujui oleh responden guru. Sebaliknya, peratus respons tidak bersetuju responden guru bandar adalah lebih tinggi berbanding responden guru luar bandar bagi item cadangan yang tidak dipersetujui oleh responden guru. terima kasih untuk kerjasama pihak tuan.Berdasarkan analisis, dapat dirumuskan bahawa majoriti responden guru luar bandar dan bandar bersetuju dengan kebanyakan cadangan penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruan. Namun begitu, responden guru luar bandar menunjukkan peratus respons yang lebih tinggi berbanding dengan responden guru bandar bagi item yang dipersetujui oleh mereka. Sebaliknya, peratus respons tidak bersetuju menunjukkan responden guru bandar lebih tinggi berbanding dengan responden guru luar bandar bagi item cadangan yang tidak dipersetujui oleh mereka.Tatabahasa04.08.2015
    Assalamualaikum, saya mahu minta penjelasan berkaitan istilah korupsi pendidikan. Adakah perkataan korupsi pendidikan boleh membawa erti kesalahan dalam sektor pendidikan seperti masalah etika keguruan, rasuah dalam pendidikan dan lain-lain isu yang berkaitan dalam pendidikan yang boleh memperlahankan perkembangan pendidikan?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Korupsi bermaksud amalan atau perbuatan yang salah atau tidak amanah (seperti pecah amanah, menerima rasuah, dan lain-lain). Istilah korupsi pendidikan merujuk korupsi dalam bidang pendidikan yang mempunyai takrifan yang khusus.Makna01.05.2021
    salam 1 Malaysia. saya memohon penjelasan sama ada perkataan 'disebalik' dalam ayat berikut perlu dijarakkan atau digabungkan: 1. Disebalik kejayaan pelajar di peringkat antarabangsa 2. Disebalik pelbagai pandangan masyarakat terhadap profesion keguruan, tugas mengajar adalah sesuatu yang ‘unik’ berbanding dengan kerjaya yang lain terima kasih. sekian. sekian terima kasih.Untuk makluman, perkataan di sebalik yang membawa maksud pada bahagian (aspek dan sebagainya) yang terselindung atau tidak begitu ketara, mesti dieja dengan cara menjarakkan kedua-dua perkataa tersebut dan tidak boleh dirapatkan.Tatabahasa03.12.2015
    12

    Kembali ke atas