Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.gu.sa.ran] | کݢوسرن

Definisi : perihal gusar, kemarahan: sepanjang minggu orientasi itu berjalan, penuntut-penuntut baru sering berada dlm keadaan ketakutan, kegusaran dan tidak tenteram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.gu.sa.ran] | کݢوسرن

Definisi : keadaan atau rasa gusar; kemarahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kegusaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(a) Tidak harus membuat sesuatu yang boleh dianggap menjadi nuisance of persistence annoyance kepada anggota-anggota Koperasi;Padanan bahasa Melayu bagi perkataan nuisance ialah gangguan. Persistence annoyance ialah kegusaran berterusan. Oleh yang demikian padanan bahasa Melayu bagi rangkai kata tersebut ialah gangguan kegusaran berterusan.  Istilah12.06.2008
Terima kasih atas bantuan. Seterusnya saya ingin kepastian tentang jawapan bagi soalan-soalan yang berikut: 1. Abu berasa _____ apabila melihat Rokiah yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya. A kaget B takjub C kagum D pelik 2. Masih ada ____ pendapat dalam kalangan orang ramai tentang punca kenaikan harga barang. A kekelituan B kegusaran C perselisihan D perbandingan 3. SUNGGUH AMAT INDAH pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. A AMAT TERINDAH B SUNGGUH AMAT INDAH C AMAT SUNGGUH TERINDAH 4. Biasiswa itu DIBERI KEPADA PELAJAR yang kurang berkemampuan bagi meringankan bebanan keluarga mereka. A DIBERI KEPADA PELAJAR B DIBERIKAN PADA PELAJAR C DIBERI UNTUK PELAJAR Terima kasih

1. Abu berasa kaget apabila melihat Rokiah yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya.

2. Masih ada perselisihan pendapat dalam kalangan orang ramai tentang punca kenaikan harga barang. 

3. SUNGGUH AMAT INDAH pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu.  

4. Biasiswa itu DIBERIKAN KEPADA PELAJAR yang kurang berkemampuan bagi meringankan bebanan keluarga mereka.

Tatabahasa19.10.2010

Kembali ke atas