Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ha.bi.san] | کهابيسن

Definisi : mengalami kesulitan kerana sesuatu (yg diperlukan) telah habis (dgn tidak disedari, di luar dugaan), tidak lagi mempunyai (wang dll, kerana sudah dibelanjakan, diguna­kan, dsb semuanya), ketiadaan sesuatu (kerana telah habis): belum hujung bulan dia telah ~ wang; dgn gerak yg lemah spt orang ~ tenaga ia berjalan perlahan-lahan menuju sebuah jendela; keretanya ~ minyak di tengah jalan; ~ modal tidak tahu apa yg hendak dikatakan lagi (dlm perbualan, per­bincangan, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ha.bi.san] | کهابيسن

Definisi : 1 telah habis (wang dll) dgn tidak disedari atau di luar dugaan; mengalami keadaan habis: Pasukan Askar Melayu yg lebih kecil itu telah menentang musuh hingga ~ peluru lalu menjadi korban benet Jepun.Keretanya ~ minyak di tengah jalan. 2 keadaan atau kejadian habis: ~ bekalan petrol telah menyulitkan keadaan di situ (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
habis
1. Bersinonim dengan kesemuanya
( segalanya, sekaliannya, keseluruhannya, )
(adverba:)

2. Bersinonim dengan sebahagian besarnya
( hampir keseluruhan, banyak bahagiannya, )
(adverba:)

3. Bersinonim dengan siap
( selesai, beres, tamat, berakhir, )
(kata kerja:)

4. Bersinonim dengan paling
( sangat, amat, cukup, terlalu, benar-benar, )
(kata tugas:)

5. Bersinonim dengan selepas
( sesudah, setelah, )
(kata tugas:)

6. Bersinonim dengan jadi
( kalau begitu, maka, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sehabis-habis, habis-habis, habis-habisan, berhabis, berhabis-habisan, menghabiskan, kehabisan, penghabisan,

Peribahasa

Bagai pelita kehabisan minyak.

Bermaksud :

Tidak berseri-seri lagi. (Bandingkan dengan: Lampu kekurangan minyak).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
2. Dimaklumkan bahawa unit ini telah kehabisan kuota warna untuk mencetak dokumen menggunakan mesin cetak Fuji Film. Bolehkah saya menggunakan perkataan Dimaklumkan bahawa atau adalah dimaklumkan bahawa di hadapan ayat? dan sekiranya tidak boleh apakah ayat yang baik untuk digunakan bagi ayat diatas?

Frasa yang betul:

  1. Dengan ini dimaklumkan bahawa unit ini telah kehabisan toner warna untuk mencetak dokumen menggunakan mesin cetak Fuji.
  2. Untuk makluman tuan/puan, unit ini telah kehabisan toner warna untuk mencetak dokumen menggunakan mesin cetak Fuji.

Tatabahasa17.10.2022
saya hendak membeli buku Mukadimah Ibnu Khaldun terbitan DBP...namun telah kehabisan stok di kedai-kedai buku yang telah dikunjungi...Bagaimana caranya?Puan boleh cuba menghubungi Kedai Buku Koperasi DBP melalui talian 03-2147 9677 atau 03-2147 9678 untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain13.07.2016
9) Van yang membawa pekerja kilang itu tersengguk-sengguk kerana hampir kehabisan minyak. 10) Ayah telah membeli beberapa tangkai tasbih semasa mengerjakan umrah di Mekah.1. Perkataan tersengguk-senguk tidak sesuai kerana perkataan tersebut bermaksud terangguk-angguk(orang mengantuk).2. Perkataan tangkai tidak sesuai kerana perkataan ini bermaksud i.gagang pada buah ii. penjodoh bilangan untuk bunga.Tatabahasa22.07.2008
ayat-ayat berikut betul? 1. kereta itu berhenti di tepi jalan kerana kehabisan minyak. 2. Arang itu diperalat oleh Amir untuk melukis gambar. 3. saya mempertajam pisau itu kerana tumpul. 4. Saya mempertajam pisau yang sudah tumpul itu.Semua ayat yang dikemukakan oleh saudara betul. Terima kasih.Lain-lain03.03.2007
Suhaily Suhana MON 11:02AM Assalamualaikum saya berminat mencari buku ini namun byk laman sesawang koop dan dbp telah kehabisan stok boleh mintak tolong dapatkan buku ini x tqSila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasihLain-lain25.07.2016
apakah maksud pokai dan berikan contoh penggunaan dalam ayat.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, pokai merupakan bahasa percakapan yang bermaksud tidak ada wang lagi, sudah kehabisan wang.

Contoh ayat ialah ; Engkau hendak pinjam daripada aku macam mana, aku hendak beri sebab aku pun dah pokai.
Tatabahasa19.03.2013
Salam sejahtera. Tuan, saya ingin dapatkan bantuan tentang penggunaan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan seperti ayat di bawah. Bas yang membawa pekerja kilang itu --------- kerana hampir kehabisan minyak. Penggunaan perkataan tersengguk-sengguk dan terhentak-hentak tidak sesuai. Boleh atau tidak menggunakan perkataan terhenti-henti? terima kasihCadangan kami terhenti-henti. Harap maklum.Tatabahasa28.07.2008
assalamualaikum..saya mempunyai 13 orang adik beradik..kakak saya bercadang untuk memberi gelaran kepada kami semua bagi memudahkan anak-anak saudara kami untuk memanggil kami semua..jadi, apakan urutan gelaran yang sesuai..? (contoh: along, angah,..) kerana kami kehabisan idea untuk mencari 13 gelaran..tdalam keluarga kami kakak saya mempunyai kembar,cth bg zam bg rie ( kak miza,kak watie )kembar kak bibah kak cik kak yang bg awie kak zura saya adik un adik nadia adik wan..terima kasihKebiasaannya dalam sebuah keluarga Melayu, nama-nama gelaran untuk keluarga adalah seperti yang berikut: Along (pertama), Angah (kedua), Alang (ketiga), Atih (keempat), Andak (kelima), Uda (keenam), Tam (ketujuh), Acik (kelapan), Anjang (kesembilan)dan Usu (akhir/bongsu).

Untuk gelaran adik-beradik yang seterusnya, pihak keluarga boleh menamakan sendiri dengan gelaran yang bersesuaian.
Lain-lain27.01.2024
assalamualaikum. saya mempunyai 12 orang adik beradik. kakak saya bercadang untuk memberi gelaran kepada kami semua bagi memudahkan anak-anak saudara kami untuk memanggil kami semua. jadi, apakan urutan gelaran yang sesuai? (contoh: along, angah,....) kerana kami kehabisan idea untuk mencari 12 gelaran. terima kasihDalam budaya Melayu, anak pertama sehingga anak kelapan ada gelaran yang khusus. Tidak ada pula gelaran untuk anak yang kesembilan dan kesepuluh. Namun, anak kedua bongsu dan yang bongsu ada gelarannya. Gelaran mengikut tertib ialah: 1. Sulung/Along @ Pak/Mak Long; 2. Angah @ Pak/Mak Ngah; 3. Alang @ Pak/Mak Lang; 4. Pandak/Andak @ Pak/Mak Andak; 5. Ateh @ Pak/Mak Teh; 6. Anjang @ Pak/Mak Anjang; 7. Hitam/Itam/Atam @ Pak/Mak Tam; 8. Muda/Uda @ Pak/Mak Uda. Anak kesembilan boleh dinamakan sendiri dengan gelaran yang sesuai. Saya cadangkan no.9. Ilan @ Pak/Mak Ilan. Adi bermaksud adik (dalam bahasa Brunei). Oleh itu saya cadangkan, no. 10. Adi @ Pak/Mak Adi. Yang kedua bongsu, dalam keluarga ini no.11. digelar Acik @ Pak/Mak Acik; 12. Bongsu/Busu @ Pak/Mak Busu/Usu.  Ada juga sesetengah tempat menggunakan gelaran Enduk/ Mak Enduk yg bererti perempuan dan Wok/Mak Wok yang bererti manis manja. Makna23.09.2011
Pertanyaan Penyemakan: Tarikh Diperlukan Minggu Ini Adakah buku KAMUS TEKNOLOGI MAKANAN diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka? Sekiranya tidak, adakah encik tahu syarikat yang menerbitkan buku kamus itu?Kamus Teknologi Makanan diterbitkan oleh DBP, namun buat masa ini telah kehabisan stok.Lain-lain27.04.2015
12

Kembali ke atas