Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ha.bi.san] | کهابيسن

Definisi : mengalami kesulitan kerana sesuatu (yg diperlukan) telah habis (dgn tidak disedari, di luar dugaan), tidak lagi mempunyai (wang dll, kerana sudah dibelanjakan, diguna­kan, dsb semuanya), ketiadaan sesuatu (kerana telah habis): belum hujung bulan dia telah ~ wang; dgn gerak yg lemah spt orang ~ tenaga ia berjalan perlahan-lahan menuju sebuah jendela; keretanya ~ minyak di tengah jalan; ~ modal tidak tahu apa yg hendak dikatakan lagi (dlm perbualan, per­bincangan, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ha.bi.san] | کهابيسن

Definisi : 1 telah habis (wang dll) dgn tidak disedari atau di luar dugaan; mengalami keadaan habis: Pasukan Askar Melayu yg lebih kecil itu telah menentang musuh hingga ~ peluru lalu menjadi korban benet Jepun.Keretanya ~ minyak di tengah jalan. 2 keadaan atau kejadian habis: ~ bekalan petrol telah menyulitkan keadaan di situ (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
habis
1. Bersinonim dengan kesemuanya
( segalanya, sekaliannya, keseluruhannya, )
(adverba:)

2. Bersinonim dengan sebahagian besarnya
( hampir keseluruhan, banyak bahagiannya, )
(adverba:)

3. Bersinonim dengan siap
( selesai, beres, tamat, berakhir, )
(kata kerja:)

4. Bersinonim dengan paling
( sangat, amat, cukup, terlalu, benar-benar, )
(kata tugas:)

5. Bersinonim dengan selepas
( sesudah, setelah, )
(kata tugas:)

6. Bersinonim dengan jadi
( kalau begitu, maka, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sehabis-habis, habis-habis, habis-habisan, berhabis, berhabis-habisan, menghabiskan, kehabisan, penghabisan,

Peribahasa

Bagai pelita kehabisan minyak.

Bermaksud :

Tidak berseri-seri lagi. (Bandingkan dengan: Lampu kekurangan minyak).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stockoutkehabisan stokPentadbiranTiadaKehabisan iventori sebelum bekalan tiba.
stockoutkehabisan stokPentadbiranTiadaKeadaan apabila kehabisan inventori dalam simpanan.
stockout costkos kehabisan stokPentadbiranTiadaKos yang terpaksa ditanggung apabila kehabisan inventori.
stockoutkehabisan stokEkonomiTiadaTiada
depletion (resource)kehabisan sumberGeografiTiadaTiada
clonal exhaustionkehabisan klonVeterinarTiadaTiada
depletion ratekadar kehabisan; kadar kesusutanGeografiTiadaKadar kurangan simpanan akuifer yang disebabkan oleh penyadapan.
out of stockkehabisan stokPentadbiranTiadaTiada
depletion allowanceperuntukan kehabisan; elaun susutanPentadbiran PerniagaanTiadaElaun susutan: Elaun yang diberi ke atas perbelanjaan modal perlombongan dan sebagainya.
out of stockkehabisan stokPerpustakaanTiadaTiada
123

Kembali ke atas