Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ha.di.ran] | کحاضيرن

Definisi : perihal hadir (di sesuatu per­jumpaan, mesyuarat, dsb), perihal berada (di sesuatu tempat dll), adanya, kedatangan: ~ golongan muda amat penting dlm per­jumpaan itu; ~ kuasa besar boleh membawa kesan buruk kpd negara-negara Asia Tenggara; daftar ~ daftar nama orang yg hadir (di mesyuarat, kursus dll), daftar hadir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ha.di.ran] | کحاضيرن

Definisi : perihal berada atau hadir di sesuatu tempat: ~nya telah menyerikan majlis itu (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadir (kata kerja)
1. Bersinonim dengan wujud: berada, muncul, terbit,

2. Bersinonim dengan datang: menyertai, mengikuti, menunjukkan diri, memperlihatkan diri, turut serta, mengambil bahagian,

Kata Terbitan : menghadiri, menghadirkan, kehadiran, hadirin,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. "Sesi 2022 / 2024" atau "Sesi 2022/2024" - Penggunaan tanda palang (/) perlu dijarakkan dengan nombor sebelum dan selepas atau sebaliknya. 2. "Kehadiran:" atau "Kehadiran :" Penggunaan tanda titik bertindih (:) perlu dijarakkan dengan perkataan sebelum atau sebaliknya. Sekian, terima kasih.

Penggunaan tanda garis miring (/) dan tanda titik bertindih (:) pada teks tidak perlu dijarakkan.
Contoh:
1. Sesi 2022/2024   
2. Kehadiran:

Lain-lain20.11.2022
Mohon komen pihak tuan bagi ayat berikut… Kehadiran saya ke sekolah pada hari ini adalah kerana pendaftaran anak. Kehadiran saya ke sekolah pada hari ini bertujuan untuk mendaftarkan anak.Ayat yang betul ialah:  Kehadiran saya ke sekolah pada hari ini bertujuan untuk mendaftarkan anak.Tatabahasa16.11.2022
Selamat pagi tuan/puan, saya ingin mengajukan soalan tentang penggunaan perkataan sinonim yang sesuai bagi teks/ayat dibawah. 1. Ketibaan Perdana Menteri di perhimpunan rakyat itu disambut dengan meriah sekali. Berdasarkan ayat diatas, terdapat dua jawapan yang mengelirukan iaitu 1. Kehadiran 2. Kedatangan. Ramai guru menjawab soalan tersebut dengan jawapan 1. Kehadiran. Adakah jawapan 1. kehadiran sesuai dengan perkataan Ketibaan? Segala kerjasama pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata “ketibaan” membawa maksud perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan.   Makna kata “kehadiran” pula ialah perihal hadir (di sesuatu per­jumpaan, mesyuarat, dan sebagainya), perihal berada (di sesuatu tempat dan lain-lain), adanya, kedatangan. Walau bagaimanapun, kesesuaian penggunaan perkataan ini perlu dilihat berdasarkan konteks ayat atau wacana ayat tersebut digunakan.

Contoh ayat:

       i.        Kedatangan pelajar di dalam kelas dicatat pada setiap hari.

     ii.         Ketibaan pelajar dalam Perhimpunan Bulanan KPM disambut oleh urus setia.

    iii.         Kehadiran kuasa besar boleh membawa kesan buruk kepada negara-negara Asia Tenggara.

    iv.         Kehadiran Perdana Menteri dalam perhimpunan rakyat itu disambut dengan meriah sekali.


Tatabahasa03.04.2020
Penggunaan ayat 'Pengerusi mengalu-alukan kehadiran pelatih industri dari/daripada Universiti Utara Malaysia? Terima kasih.Pengerusi mengalu-alukan kehadiran pelatih industri daripada Universiti Utara Malaysia.Tatabahasa16.08.2012
Kehadiran partikel ini bukan calang-calang berbahaya kepada semua organisma di bumi ini. (tuan, adakah ayat ini gramatis? tq)Ayat yang betul ialah 'Kehadiran partikel ini sangat berbahaya kepada semua organisma di bumi ini.'Tatabahasa15.08.2011
bagaimana penggunaan gelaran dr. dalam penulisan kehadiran minit.. adakah ditulis tuan dr. atau dr. sahaja. mohon penjelasan.terima kasihDalam penulisan kehadiran minit mesyuarat, gelaran "doktor" cukup ditulis dangan "Dr." sahaja.Lain-lain19.04.2016
saya ada kekeliruan berhubung beberapa perkataan. cth spt di bwh :- 1) Pengerusi mengucapkan terima kasih ke atas kehadiran semua ... Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ... 2) Kemalangan berlaku di Km 4 - Km 5 antara segamat - labis Kemalangan berlaku di Km 4 - Km 5 di antara segamat - labis 1) kontraktor mstilah mematuhi arahan sepertimana yang telah diperuntukkan di bawah sebutharga ini. 1) kontraktor mstilah mematuhi arahan sepertimana yang telah diperuntukkan di dalam sebutharga ini. kekeliruan - ke atas & di atas, antara & di antara dan di bawah & di dalam. mana yang betul? Tk.

Penggunaan beberapa perkataan dalam contoh ayat yang diberi telah di buat pembetulan, iaitu:

1) Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua (di atas dan ke atas menunjukkan tempat/arah) 

2) Kemalangan berlaku di Km 4 - Km 5 di antara Segamat dengan Labis (penggunaan di antara melibatkan konsep ruang, manakala penggunaan antara tidak melibatkan konsep ruang)

1) Kontraktor mestilah mematuhi arahan sepertimana yang telah diperuntukkan dalam sebut harga ini (penggunaan di dalam melibatkan konsep ruang)

Tatabahasa09.03.2011
Salam tuan. Mohon betulkan ayat berikut; Kehadiran pegawai tuan ke program ini adalah untuk memberikan perkongsian mengenai program bahasa yang telah dijalankan di organisasi tuan.

Kami mencadangkan padanan berikut “Kehadiran pegawai tuan ke program ini adalah untuk berkongsi maklumat program bahasa yang telah dijalankan di organisasi tuan.” Mohon rujuk pada PRPM atau klik FAQ melalui laman web KNDBP untuk koleksi soalan KNB yang terdahulu sebagai panduan.

Lain-lain09.08.2022
Mohon dapatkan terjemahan Bahasa Melayu bagi perkataan web presenceUntuk makluman, tidak terdapat istilah web presence dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah presence dalam istilah teknologi maklumat yang padanan bahasa Melayunya ialah kehadiran. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah kehadiran web atau kehadiran dalam web.Istilah10.01.2013
tuan 1. para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas.(kesalahan diketengahkan, tetapi saya merujuk kamus dewan, diketengahkan bermaksud membawa ke tengah: ~ perahu, mengapa salah pula?) 2.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. (tuan, apakah perbezaan antara soalan 2 dengan 3, bagaimanakah saya terangkan kepada pelajar soalan 2 adalah salah dan soaaln 3 adalah betul.) terima kasih tuan

1. Para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas. - ayat ini betul, diketengahkan dalam ayat ini bermaksud ditampilkan ke hadapan atau ditonjolkan (bukan dibawa ke tengah).

2. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. Kedua-dua ayat ini betul kerana menyerikan bermaksud menyemarakkan majlis, manakala berserilah bermaksud bersemaraklah majlis.

 

Tatabahasa31.03.2011
123456789

Kembali ke atas