Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.han.da.lan] | کهندلن

Definisi : 1. keadaan handal, kesetiaan; 2. kecekapan, kepandaian: cerita perjuangan Hang Tuah dan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.han.da.lan] | کهندلن

Definisi : keadaan atau sifat handal; kepandaian; kebijaksanaan; kegagahan: Orang ramai pun hairan melihat ~ Hang Tuah membunuh penderhaka itu dgn kapak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
handal (adjektif)
1. Dalam konteks pemain
bersinonim dengan hebat, campin, unggul, ulung, terkenal, ternama, terbilang, termasyhur,

2. Bersinonim dengan mahir: cekap, berbakat, berkebolehan, serba boleh, terlatih, lancar, fasih,

Kata Terbitan : kehandalan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya hendak bertanya, bolehkah saya mendapatkan ayat contoh bagi perkataan ALPUKAH yang membawa maksud usaha atau inisiatif. Terima kasih.Perkataan alpukah merupakan perkataan yang ditandai dengan arkaik dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang bermaksud daya usaha, inisiatif dan kehandalan. Perkataan tersebut tidak lazim digunakan oleh masyarakat dalam ungkapan harian.

Contoh ayat:

Alpukah yang ditunjukkan oleh laksamana dalam mempertahankan kedaulatan negara amatlah dihargai oleh Datuk Bendahara.
Tatabahasa18.12.2017
Pasukan bola sepak yang ______ telah memenangi perlawanan itu. A. handal B. hebat C. lincah D. tangkas Adakah jawapan "hebat" diterima sebagai jawapan? Apakah perbezaan antara "handal" dengan "hebat"?Perkataan yang paling tepat ialah handal. 

Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, handal bermaksud dapat dipercayai atau dapat diharapkan; setia. 2 pandai dan bijak dalam permainan dll; kenamaan (cekap dll): pemain bola yang ~. handalan yang handal: panglima ~. kehandalan keadaan atau sifat handal; kepandaian; kebijaksanaan; kegagahan: Orang ramai pun hairan melihat ~ Hang Tuah membunuh penderhaka itu dgn kapak.
Tatabahasa18.02.2014

Kembali ke atas