Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.har.mo.nian] | کهرمونين

Definisi : 1. keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian: sebaliknya, sains dan teknologi yg telah berkembang itu telah menyebabkan tiada ~ antara manusia dengan alam sekitar; 2. keadaan harmoni (mesra), kemesraan: ~ per­hubungan antara kedua-dua buah negara; menikmati ~ hidup di desa; ~ rumah tangga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.har.mo.nian] | کهرمونين

Definisi : keadaan harmoni; kesesuaian; kesela­rasan: Iman yg sempurna dpt menimbulkan ~ pd diri seseorang dan pd masyarakat. ~ nada lagu itu menenangkan fikirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harmoni (adjektif)
1. Dalam konteks suara, nada,
bersinonim dengan selaras, sepadan, sesuai, secocok,

2. Bersinonim dengan bahagia: rukun, sejahtera, mesra, tenang, damai, tenteram, aman, sepakat,

Kata Terbitan : mengharmonikan, keharmonian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud bertunjangkan keharmonian?

Salam sejahtera,

Bertunjangkan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud berasaskan, berdasarkan, bersandarkan manakala keharmonian berasal dari kata dasar harmoni bersinonim dengan
bahagia, rukun, sejahtera, mesra, tenang, damai, tenteram, aman, sepakat. Keharmonian menurut Kamus Dewan pula bermaksud, keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian, kemesraan.

Oleh itu, bertunjangkan keharmonian boleh disamaertikan dengan berasaskan kemesraan, berdasarkan kesejahteraan dan berasandarkan kebahagiaan.

Makna01.11.2012
Ungkapan " Jika tidak ada keharmonian antara kaum, negara ini akan menjadi satu tempat hantu beranak. Didapati bahawa ada makna tersirat "hantu beranak". adakah 'hantu beranak' tergolong sebagai simpulan bahasa. Jika tidak boleh, apakah jenis bahasa figuratif yang sesuai untuk frasa tersebut. Terima kasih.Ungkapan "hantu beranak" tidak ada dalam sumber rujukan kami. Berkemungkinan ungkapan tersebut hanya digunakan dalam kelompok tertentu.Tatabahasa14.06.2012
Salam sejahtera, Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat ini. "Puan Aznira amat berharap yang suaminya akan melepaskan sikap panas barannya kerana boleh menggugat keharmonian rumah tangga mereka" Terima kasih

Cadangan ayat yang betul ialah:

 

Puan Aznira amat berharap suaminya akan mengawal panas barannya kerana dikhuatiri boleh menggugat keharmonian rumah tangga mereka.

Penyemakan dan penterjemahan25.10.2019
Apakah kepentingan mengeratkan hubungan sesama jiran?Kepentingan mengeratkan hubungan sesama jiran dapat mewujudkan keadaan  bersatu padu, hormat menghormati, bantu membantu, kerjasama, menjamin keselamatan dan keharmonian. Sila rujuk  rencana-rencana tentang kejiranan.Lain-lain10.06.2008
Assalamualaikum dan Salam perpaduan, Puan, PENGGUNAAN PERKATAAN "NASIONAL DAN "NEGARA" BAGI TUJUAN URUSAN RASMI KERAJAAN Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman tuan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) adalah sebuah agensi peneraju yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara, meningkat dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat di Malaysia. Selaras dengan itu, pelbagai program/aktiviti dianjurkan termasuklah penghasilkan penerbitan yang bertujuan mempromosikan keharmonian. 3. Jabatan pada masa kini menggunakan perkataan Negara dan Nasional bagi program/aktiviti dan penerbitan Jabatan. Sehubungan itu, Jabatan ini memohon pihak puan sebagai pakar rujuk untuk memberi pencerahan mengenai maksud perkataan "Negara" dan "Nasional", perbezaan serta kesesuaian penggunaan kedua-dua perkataan tersebut bagi maksud yang dinyatakan di atas. Ini bertujuan untuk memastikan agar jabatan dapat menggunakan perkataan tersebut mengikut kesesuaian maksud perkara yang hendak disampaikan. 4. Kami amat agar pihak puan dapat memberikan maklumbalas dengan kadar segera dan segala perhatian dan kerjasama pihak puan didahului dengan setinggi penghargaan dan terima kasih. Sekian. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menurut perintah, Sharifah Rahimah Binti Syed Othman Bahagian Korporat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Untuk makluman puan, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan “nasional” bermaksud berkaitan dengan bangsa atau kebangsaan, manakala perkataan “negara” mempunyai beberapa maksud, iaitu i. sesuatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan, ii. kawasan yang di bawah kekuasaan kerajaan tertentu, negeri dan iii. yang berkaitan dengan negara (masyarakat dan kawasan di bawah suatu kerajaan). Dari segi peristilahan pula, nasional ialah padanan bahasa Melayu untuk istilah bahasa Inggeris national  dan negara ialah padanan bahasa Melayu untuk istilah bahasa Inggeris nation, state  dan country. Oleh itu, kedua-dua perkataan, iaitu nasional dan negara boleh digunakan bergantung pada maksud dan konteks ayat. Kami berharap penerangan yang diberikan dapat membantu pihak puan menggunakan perkataan yang betul dalam program, aktiviti dan penerbitan di jabatan puan.

Makna22.11.2016
perbezaan masyarakat kasih sayang dan masyarakat penyayang.

Perkataan yang lebih sesuai ialah masyarakat penyayang yang bermaksud  “masyarakat yang mempunyai sifat cinta, kasih dan belas kasihan dalam diri mereka untuk mewujudkan keharmonian dalam sesuatu hubungan kemasyarakatan”.

Makna13.12.2021
Kehadapan yang bertugas, Saya ingin membuat laporan terhadap definisi perkataan tambi di laman sesawang anda yang menggunakan perkataan keling. Perbuatan ini mengguris sesetengah rakyat india dikalangan kenalan saya. Saya berharap pihak tuan dapat menyelidik perkara ini bagi mengelak isu perkauman yakni mengekalkan lagi keharmonian perkauman dia negara ini.Kami ambil maklum saranan tuan. Penambahbaikan takrif perkataan "tambi" akan diberikan perhatian dalam pengemaskinian dan penyusunan semula Kamus Pelajar Edisi Ketiga yang sedang dijalankan. Untuk maklumat yang terperinci, sila rujuk kenyataan rasmi DBP melalui pautan ini:  

https://www.facebook.com/109573169113660/posts/5151674491570144/?d=n
Istilah22.03.2021
'bekerja bersama-sama demi manfaat bersama' saya perlukan nasihat tuan tentang cogankata diatas..baik dari segi ejaan maupun susunkata ayat tersebut. terima kasihUngkapan tersebut betul kerana bersama sama maksudnya dengan bersama-sama atau berserta atau bergandingan dengan. Walau bagaimanpun bagi mewujudkan keharmonian dari segi sebutan ada baiknya tuan mengubah ungkapan tersebut kepada "bekerja bersama demi manfaat bersama".Tatabahasa01.10.2012
apakah maksud babas, sogit dan kepanasan yang terdapat dalam undang-undang Mahkamah Anak Negeri Sabah?

Menurut bahasa sukuan, babas bermaksud putih (warna bulu ayam) atau ayam yang bulunya berwarna-warni. Sogit pula sejenis denda adat yang dikenakan terhadap seseorang untuk memulihkan keharmonian kampun, manakala istilah kepanasan tiada dalam rujukan kami.

Makna19.07.2010
Saya perlukan definisi PENYAYANG yang ada kaitan dengan individu, masyarakat dan organisasiPenyayang bermaksud orang yang kasih akan orang lain,pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan. Setiap individu, anggota masyarakat dan organisasi memiliki sifat ini yang dapat membantu mwewujudkan antara lain keharmonian dalam sesuatu hubungan.  Makna19.03.2008
12

Kembali ke atas