Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ha.ru.san] | کهاروسن

Definisi : 1. sesuatu yg harus (patut dll) dilakukan atau sesuatu yg mesti terjadi, ke­mestian, kewajiban: membela maruah orang tuanya memang suatu ~; 2. sesuatu yg boleh berlaku atau mungkin berlaku (ter­jadi), ke­mung­kinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ha.ru.san] | کهاروسن

Definisi : 1 keadaan atau sifat harus: ~ berkhatan lewat (dlm syariat Nabi Noh) telah dibatalkan dan diharamkan (dlm syariat Nabi Musa). 2 keadaan mungkin; kemungkinan: ~ berlakunya rusuhan di negara itu adalah besar. 3 sesuatu yg harus atau patut dibuat (dilakukan): Menjaga ketertiban tingkah laku ialah satu ~ bagi kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harus (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: patut, wajar, perlu, tidak boleh tidak, tidak dapat tidak,

2. Dalam konteks hukum Islam
bersinonim dengan jaiz, mubah,

Kata Terbitan : seharusnya, mengharuskan, keharusan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الإباحةkeharusanAgama IslamFiqhSesuatu yang diharuskan oleh syarak.
historical probabilitykeharusan sejarahSejarahTiadaTiada
sharikah ibahahperkongsian keharusanPerniagaan IslamTiadaPenggunaan harta atau kemudahan awam yang mempunyai kepentingan bersama serta tidak mempunyai pemilikan khusus. Contohnya, penggunaan air sungai untuk tanaman dan mengambil rumput di padang ragut awam untuk makanan ternakan.
probablebarangkaliSejarahTiadaPerihal mungkin atau kemungkinan atau keharusan sesuatu itu berlaku.
possibilitykemungkinanSejarahTiadaPerihal mungkin atau kemungkinan atau keharusan sesuatu itu berlaku.
ethical normnorma etikaSejarahTiadaPanduan atau pedoman yang menentukan keharusan, kebolehan atau suatu larangan berdasarkan nilai-nilai etika atau susila dalam sesebuah masyarakat.

Kembali ke atas