Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.hen.da/] | کهندق

Definisi : = ~ hati hajat, keinginan, ke­mahu­an yg keras: tanyakan kepadanya apa ~nya datang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hendak (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mahu: ingin, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan,

2. Bersinonim dengan untuk: bagi

Kata Terbitan : menghendaki, kehendak, sekehendak hati, berkehendak,

Puisi
 

Kalau ada nenek tua,
     Kayu bongkok mati dijulang;
Kalau kehendak kita berdua,
     Karam perahu sama direnang.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Bertitah lalu,
     sembah berlaku.

Bermaksud :

Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
makna kepuasan hatiMenurut Kamus Dewan maksud

berpuas; ~ hati berasa puas (kenyang, lega, senang, dll);

memuaskan 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hingga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~;

Sdr juga boleh  mendapatkan kemudahan menggunakan Kamus Dewan secara digital dengan melayari laman DBP.

Lain-lain04.03.2008
graduan dalam negara lebih berkualiti dalam memenuhi pasaran kerja..? ini adalah kehendak soalan karangan perbahasan. saya tidak memahami apakah kehendak soalan ini..Untuk pertanyaan ini, seelok-eloknya, saudara bertanya kepada guru saudara sekiranya saudara tidak faham atau tidak jelas dengan sesuatu perkara berkaitan dengan tugasan yang diberikan. Kemungkinan tajuk perbahasan ini berkaitan dengan perbandingan kualiti antara seorang siswazah yang berkelulusan daripada universiti dalam negara dengan siswazah yang berkelulusan daripada universiti luar negara.  Lain-lain22.02.2009
apakah erti perkataan "iradah"Kata iradah berasal dari Arab yang bermkasud kehendak. Jika merujuk kepada sifat 20 Allah, iradah di sini merujuk kepada kehendak Allah.Makna26.08.2008
Apa itu ayat kehendak?Dalam buku Tatabahasa Dewan, ada empat jenis ayat sahaja, iaitu Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah dan Ayat Seruan. Dalam Ayat aperintah ada Ayat Permintaan, adakah itu yang tuan maksudkan dengan ayat kehendak. Jika benar, contoh Ayat Permintaan ialah "tolong tutup pintu itu".Tatabahasa12.05.2014
Mohon penjelasan penggunaan ayat yang betul (kepada murid) dalam ayat di bawah: 1) Jelaskan perbezaan antara kehendak dan keperluan semasa membuat keputusan dalam membeli dan menjual kepada murid. 2) Jelaskan perbezaan kepada murid antara kehendak dan keperluan semasa membuat keputusan dalam membeli dan menjual.Ayat yang diberikan tidak lengkap. Mohon berikan ayat yang lengkap supaya pihak kami boleh memberikan pandangan dengan lebih jelas.Lain-lain16.03.2020
Saya ingin tahu perlukah diulangi menulis Surat Pekeliling Ikhtisas seperti yang berikut: Pihak sekolah berjaya menawarkan kerja kursus seperti kehendak Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1993 : Kerja Kursus Untuk Penilaian Menengah Rendah.(penggunaan pertama-ditulis penuh). Namun, tidak ramai guru yang mematuhi kehendak SPI Bil. 9/1993. (Penggunaan ke-2).Boleh disingkatkan seperti ini atau diulang sepenuhnyaPengulangan perkataan yang sama dalam satu ayat dibenarkan bergantung pada konteks ayat.Tatabahasa06.11.2010
1) berikut adalah ayat yang akan digunakan dalam satu iklan jam CYMA. Betulkah penggunaan ayat tersebut ataupun tidak jelas maksudnya??? Sesetengah Orang Berpegang Teguh Kerana Prinsip Teguh kerana Kehendak.Dua teks dikemukakan. 1. Sesetengah orang berpegang teguh pada prinsip 2. Teguh kerana kehendak   Tatabahasa23.09.2008
Salam sejahtera..saya nak pastikan sama ada ayat ini betul atau salah. Jika salah mohon betulkan. 'Kami bersedia menerima tempahan khas daripada pelbagai saiz mengikut kehendak pelanggan.' terima kasih.

Menurut data kami, ayat yang betul ialah kami bersedia menerima tempahan khas pelbagai saiz mengikut kehendak pelanggan.
Tatabahasa07.02.2017
Salam sejahtera.. Saya ingin bertanyakan adakah terdapat dalam sistem bahasa melayu berkaitan dengan "kata kehendak'...saya musykil kerana ada buku yang menulis begitu..tetapi contoh ayat yang diberi berpadanan dengan "kata perintah"..perkataan yang digunakan ialah 'Tolong doakan kejayaan saya'.. Apa pandangan pihak tuan.. Terima kasih

Encik Fadhil,

Perkataan yang biasa digunakan dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu dan di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga  ialah kata permintaan dan digunakan dalam ayat permintaan.  Kata kehendak mungkin digunakan oleh penulis buku berkenaan sebagai variasi atau penjelasan tambahan kepada kata permintaan. 

Tatabahasa06.05.2010
Ayat yang mana satukah menepati kehendak tatabahasa Melayu? Adakah ketiga-tiga ayat boleh diterima? Pohon penjelasan untuk jawapan tuan. 1) Perlindungan akan diberikan kepada orang yang membuat laporan daripada tindakan undang-undang. 2) Perlindungan daripada tindakan undang-undang akan diberikan kepada orang yang membuat laporan. 3) Perlindungan kepada orang yang membuat laporan daripada tindakan undang-undang akan diberikan.Ayat yang gramatis ialah ayat kedua, Perlindungan daripada tindakan undang-undang akan diberikan kepada orang yang membuat laporan.Tatabahasa19.06.2012
123456

Kembali ke atas