Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.hen.da/] | کهندق

Definisi : = ~ hati hajat, keinginan, ke­mahu­an yg keras: tanyakan kepadanya apa ~nya datang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hendak (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mahu: ingin, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan,

2. Bersinonim dengan untuk: bagi

Kata Terbitan : menghendaki, kehendak, sekehendak hati, berkehendak,

Puisi
 

Kalau ada nenek tua,
     Kayu bongkok mati dijulang;
Kalau kehendak kita berdua,
     Karam perahu sama direnang.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Bertitah lalu,
     sembah berlaku.

Bermaksud :

Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
concrete artcitra konkritKesenianTiadaCitra abstrak yang lahir dan dikembangkan menerusi kehendak-kehendak dalaman sesuatu lukisan itu dan bukan daripada proses pengabstrakan.
inventoryinventoriPentadbiran PerniagaanTiadaBarang atau bahan mentah yang disimpan oleh firma bagi memenuhi kehendak-kehendak yang tidak menentu supaya perniagaan berjalan dengan lancar.
general willkehendak umumSains PolitikPolitik PerbandinganKepentigan yang melibatkan keperluan bersama dan sepunya dalam sesebuah masyarakat. Keperluan ini berbeza dengan kepentingan individu yang hanya bersifat peribadi. Dalam urusan kemasyarakatan, kehendak umum lebih diutamakan dan dengan ini kepentingan persendirian terpaksa diketepikan. Konsep ini diperkenal oleh tokoh falsafah Perancis iaitu Jean Jacques Rousseau. Contohnya, pertahanan dan keselamatan negara merupakan satu kehendak umum yang diterima semua.
defaulting administrationpentadbiran ingkarPentadbiran PerniagaanTiadaPentadbiran pos yang tidak mengikut kehendak yang diperlukan oleh akta UPU, khususnya kehendak yang tidak menurut cadangan yang seragam.
product developmentpembangunan keluaranKesenianTiada1. Perkembangan sesuatu bahagian berdasarkan pada kehendak atau keperluan semasa.,2. Proses memperbaiki rekaan sesuatu barangan berdasarkan pada kehendak atau keperluan semasa.
wantskehendakEkonomiTiadaTiada
human wantskehendak manusiaGeografiTiadaTiada
consumer wantkehendak penggunaEkonomiTiadaTiada
human wantskehendak manusiaSosiologiTiadaTiada
achievement desirekehendak pencapaianPsikologiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas