Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.hi.la.ngan] | کهيلڠن

Definisi : 1. perihal hilangnya sesuatu, ke­matian: ~ seorang isteri atau seorang suami yg demikian tentulah membawa kpd kesedihan; 2. menderita kerana hilang se­suatu: jika orang itu gempar ~ kerbaunya katakan aku tahu bertenung menentukan di mana-mana tempat kerbau itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.hi.la.ngan] | کهيلڠن

Definisi : 1 hal hilangnya sesuatu atau seseorang: Dia melaporkan ~ anaknya itu. 2 kemati­an: Seluruh rakyat turut bersedih atas ~ pemimpin yg dikasihi. 3 menderita kerana hilangnya sesuatu: Dia ~ wang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hilang
1. Bersinonim dengan lenyap
( lesap, kesasar, hirap, ghaib, sirna, )
(adjektif:)

2. Dalam konteks marah
bersinonim dengan reda, padam, pudar, luntur, surut,
(adjektif:)

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan mati, wafat, mangkat, gugur, meninggal,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghilang, menghilangkan, kehilangan, penghilangan, penghilang,

Puisi
 

Bunga kenanga bunga kenangan,
     Kenangan Uda bersama Dara;
Seribu tahun dalam kehilangan,
     Namun lupa tidak ketara.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Buta kehilangan tongkat.

Bermaksud :

Menghadapi keadaan yang sukar.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
KehilanganRazali Mohd. YussofDewan Sastera1 February 2002
KehilanganHiew Chee ChungDewan Pelajar1 February 1976
KehilanganShapiai Muhammad RamlyDewan Sastera1 February 2009
KehilanganAziah DaudWanita1 March 2008
KehilanganChe Aziah DaudPerempuan1 January 2008
Kehilangan Abah Kami Rasai...Surnani HamdanMingguan Wanita24 August 2007
Kehilangan Seseorang Yang Amat Aku SayangiWan Rosila Haliza Wan AB RahimDara.com1 August 2006
Kehilangan bahasa dan dasar awam di Institut Linguistik Universisti New Mexico AlbuquerqueSew Jyh WeeDewan Bahasa1 October 2001
Kehilangan BayangRahman ShaariPerisa1 January 1993
Kehilangan NaraZaharah Nawawi dan Hamidah KamaruddinJelita1 March 2004
12345678910

Kembali ke atas