Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.hi.la.ngan] | کهيلڠن

Definisi : 1. perihal hilangnya sesuatu, ke­matian: ~ seorang isteri atau seorang suami yg demikian tentulah membawa kpd kesedihan; 2. menderita kerana hilang se­suatu: jika orang itu gempar ~ kerbaunya katakan aku tahu bertenung menentukan di mana-mana tempat kerbau itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.hi.la.ngan] | کهيلڠن

Definisi : 1 hal hilangnya sesuatu atau seseorang: Dia melaporkan ~ anaknya itu. 2 kemati­an: Seluruh rakyat turut bersedih atas ~ pemimpin yg dikasihi. 3 menderita kerana hilangnya sesuatu: Dia ~ wang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hilang
1. Bersinonim dengan lenyap
( lesap, kesasar, hirap, ghaib, sirna, )
(adjektif:)

2. Dalam konteks marah
bersinonim dengan reda, padam, pudar, luntur, surut,
(adjektif:)

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan mati, wafat, mangkat, gugur, meninggal,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghilang, menghilangkan, kehilangan, penghilangan, penghilang,

Puisi
 

Bunga kenanga bunga kenangan,
     Kenangan Uda bersama Dara;
Seribu tahun dalam kehilangan,
     Namun lupa tidak ketara.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Buta kehilangan tongkat.

Bermaksud :

Menghadapi keadaan yang sukar.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Isteri kehilangan suami dipanggil balu, suami kehilangan isteri dipanggil duda, anak kehilangan seorang daripada ibu bapanya dipanggil yatim, jika kedua - duanya, dipanggil pula yatim piatu. Adakah bahasa melayu mempunyai istilah khusus untuk menggelar ibu bapa yang kehilangan anak kerana kematian?Dalam pangkalan data kami, tiada gelaran khusus untuk ibu bapa yang kehilangan anak kerana kematian.Makna05.07.2018
Yang manakah yang benar? Misteri Kehilangan YouTuber Berusia 14 Tahun atau Misteri Kehilangan YouTuber yang Berusia 14 Tahun. Adakah tajuk yang lebih sesuai untuk sebuah buku?Cadangan kami, Misteri Kehilangan Penggiat YouTube yang Berusia 14 Tahun.Tatabahasa18.04.2021
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada penggunaan "kehilangan" dalam ayat berikut adalah betul: Dia kehilangan 3 kg dalam seminggu. Terima kasih.Ayat tersebut kurang tepat kerana lazimnya kata "kehilangan" merujuk makna menderita kerana hilangnya sesuatu.Tatabahasa02.06.2015
Jika istilah balu digunakan untuk seorang wanita yang kehilangan suami kerana kematian dan istilah yatim piatu digunakan untuk kanak - kanak yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya, adakah bahasa melayu mempunyai istilah khusus untuk memerihal suami yang kehilangan isteri disebabkan kematian?Lelaki yang kematian atau yang telah bercerai dengan isterinya disebut duda.Makna05.07.2018
Adakah ayat berikut betul? Yuk Sing memaklumkan guru pengiring tentang kehilangan rakannya.Yuk Sing memaklumkan guru pengiring tentang kehilangan rakannya. Ayat ini tidak gramatis dan boleh dibetulkan menjadi Yuk Sing memaklumkan kehilangan rakannya kepada guru pengiring.Tatabahasa28.01.2015
Kerana kehilangan buku teks, di manakah buku teks sejarah tingkatan 1 boleh didapati ? anak puan sekolah di SMK KEB Dusun Nanding, 43100 Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.Buku berkenaan boleh diperoleh di Kedai Buku Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka di alamat tingkat bawah, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur atau di mana-mana kedai buku di Kuala Lumpur. Lain-lain25.10.2008
Adakah penjodoh bilangan perlu wujud untuk "peperangan" dalam ayat di bawah? "Salah satu peperangan menyebabkan maharaja kehilangan takhta. Kemudian, satu peperangan lagi menyebabkan maharaja kehilangan nyawa."Penjodoh bilangan yang betul ialah sebuah, sebuah peperangan.Tatabahasa14.08.2012
Salam,Tuan/Puan.Saya mahu bertanyakan soalan tentang tatabahasa dalam beberapa ayat yang berikut.Kata Hubung Pancangan“sehingga”menggunakan dalam ayat sesuai atau tidak?Manakala penggunaan imbuhan“kehilangan”tidak betul dan jawaban yang betul iaitu “menghilangkan”?Terima kasih Pesakit akan (kehilangan)deria pendengaran.Selain itu,serangan vertigo selama beberapa hari (sehingga)pesakit tidak mampu bergerak dan tiada koordinasi pada salah satu bahagian tubuh adalah petanda pesakit diserang penyakit angin ahmar atau masalah berkaitan otak.Dalam contoh ayat yang diberikan, penggunaan kata hubung pancangan keterangan sehingga betul. Manakala perkataan menghilangkan tidak betul. Perkataan yang betul ialah kehilangan yang bermaksud perihal hilangnya sesuatu.Tatabahasa29.06.2021
Apakan kata sendi yang sesuai di dalam ayat ini? "Status Fatimah bertukar dari/daripada golongan bangsawan ke/kepada/hingga seorang wanita yang kehilangan kampung halaman." Terima kasih.Status Fatimah bertukar daripada golongan bangsawan kepada seorang wanita yang kehilangan kampung halaman.Tatabahasa04.03.2007
apakah maksud seperti bunyi gong pecah,laksana diharungi ular,laksana burung diam dalam sangkar,seperti anak ayam kehilangan ibu,seperti anjing dengan kucing,seperti api dalam sekam,rosak badan kerana mulut,ada gula ada semut,dan bumi mana tidak ditimpa hujan?

Makna peribahasa yang ada dalam senarai rujukan kami (merujuk soalan saudara) adalah seperti yang berikut:

  • laksana burung diam dalam sangkar = orang yang terikat hidupnya.
  • anak ayam kehilangan ibu = kesusahan kerana bercerai dengan sahabatyang karib; rakyat yang kehilangan pemimpin.
  • seperti anjing dengan kucing = selalu bertengkar.
  • seperti api dalam sekam = perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi.
  • kerana mulut badan binasa = mendapat kecelakaan kerana perkataannya.
  • ada gula ada semut = di mana banyak kesenangan, di situ ramai orang datang.
  • bumi mana tidak ditimpa hujan = tiap-tiap orang adakalanya buat kesalahan.
Lain-lain13.04.2008
1234

Kembali ke atas