Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.hi.la.ngan] | کهيلڠن

Definisi : 1. perihal hilangnya sesuatu, ke­matian: ~ seorang isteri atau seorang suami yg demikian tentulah membawa kpd kesedihan; 2. menderita kerana hilang se­suatu: jika orang itu gempar ~ kerbaunya katakan aku tahu bertenung menentukan di mana-mana tempat kerbau itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.hi.la.ngan] | کهيلڠن

Definisi : 1 hal hilangnya sesuatu atau seseorang: Dia melaporkan ~ anaknya itu. 2 kemati­an: Seluruh rakyat turut bersedih atas ~ pemimpin yg dikasihi. 3 menderita kerana hilangnya sesuatu: Dia ~ wang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hilang
1. Bersinonim dengan lenyap
( lesap, kesasar, hirap, ghaib, sirna, )
(adjektif:)

2. Dalam konteks marah
bersinonim dengan reda, padam, pudar, luntur, surut,
(adjektif:)

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan mati, wafat, mangkat, gugur, meninggal,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghilang, menghilangkan, kehilangan, penghilangan, penghilang,

Puisi
 

Bunga kenanga bunga kenangan,
     Kenangan Uda bersama Dara;
Seribu tahun dalam kehilangan,
     Namun lupa tidak ketara.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Buta kehilangan tongkat.

Bermaksud :

Menghadapi keadaan yang sukar.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
head losskehilangan turus; hilangan hulu; kehilangan upaya; kehilanganGeologiTiadaKurangan jumlah hulu disebabkan pelesapan tenaga.
head losskehilangan turus; hilangan hulu; kehilangan upaya; kehilanganGeografiTiadaTiada
head losskehilangan turus; hilangan hulu; kehilangan upaya; kehilanganKejuruteraanTiadaTiada
head losskehilangan turus; hilangan hulu; kehilangan upaya; kehilanganKejuruteraanTiadaTiada
hysteresis losskehilangan histeresisTeknikElektrikKehilangan tenaga dalam bentuk haba yang berlaku dalam molekul bahan magnet atau dalam domainnya yang bergerak dan bergeseran sesama sendiri setiap kali arah litar bekalan berubah. Kehilangan ini mengakibatkan kehilangan tenaga magnet keluaran dan seterusnya mengurangkan kecekapan mesin atau peralatan yang menggunakan teras magnet.
core losskehilangan terasTeknikElektrikKehilangan kuasa pada perkakas atau kelengkapan elektrik yang menggunakan teras bahan magnet dan belitan gegelung, seperti pada motor, pengubah, dan penjana. Kehilangan ini berlaku dalam teras akibat kewujudan arus pusar dan histeresis yang menghasilkan haba. Kehilangan teras adalah malar walaupun arus atau beban dikurangkan dan lebih tinggi daripada kehilangan kuprum.
copper losskehilangan kuprumTeknikElektrikkehilangan kuasa pada pengalir elektrik dalam bentuk haba disebabkan oleh rintangan pengalir terhadap arus. Dalam litar yang banyak menggunakan belitan pengalir, misalnya motor dan pengubah, kesan kehilangan ini boleh mengurangkan kecekapan peralatan tersebut. kehilangan ini berkadar terus dengan kuasa dua arus yang mengalir dan boleh disebut sebagai kehilangan I2R.
heat losskehilangan habaTeknikElektrikKehilangan tenaga elektrik atau tenaga magnet dalam bentuk haba, akibat rintangan dalam litar atau arus pusar magnet dan histeresis dalam litar magnet. Kehilangan ini menyebabkan kecekapan peralatan dan peranti berkurangan. Kehilangan haba tidak dapat dielakkan, tetapi boleh dikurangkan.
premature tooth losskehilangan gigi pramatangPergigianTiadaKehilangan awal gigi desidus atau kekal akibat trauma, karies atau penyakit periodontal. Kehilangan gigi pramatang juga boleh berlaku kepada pesakit sindrom Down, diabetes melitus atau imunodefisiensi yang menyebabkan penyakit periodontal menjadi lebih teruk. Keadaan sistemik seperti hipofosfatasia juga dikaitkan dengan kehilangan awal gigi desidus dan kekal.
expansion loss coefficientpekali kehilangan pengembanganKejuruteraanKejuruteraan KimiaKehilangan tenaga melalui geseran kerana pengembangan sesuatu pengaliran akibat peningkatan luas keratan rentas saluran secara mendadak. Kehilangan tenaga ini dijelaskan dalam unit turus sebagai hfe = Ke u12, dengan hfe = turus pengembangan (m), u1 = halaju hulu aliran (m/s). Ke ialah pekali kehilangan pengembangan yang diberikan sebagai Ke = [ 1 � S1/S2]2, dengan S1 = luas keratan rentas hulu aliran (m2), S2 = luas keratan rentas hilir aliran (m2).
12345678910...

Kembali ke atas