Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.hu.ja.nan] | کهوجنن

Definisi : kena hujan, tertimpa oleh hujan: saya ~ di jalan; kambing ~; kera ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.hu.ja.nan] | کهوجنن

Definisi : kena hujan; tertimpa oleh hujan: Dia ~ di jalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hujan (kata nama)
Kata Terbitan : berhujan, menghujani, menghujankan, kehujanan,

Peribahasa

Kayu besar di tengah padang,
     tempat bernaung kepanasan,
tempat berlindung kehujanan,
     uratnya tempat bersila,
batangnya tempat bersandar.

Bermaksud :

Pemimpin yang menjadi tempat rakyat mengadukan nasibnya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rayson menggigil kesejukan kerana( berhujan/kehujanan) semasa berjalan pulang dari sekolah. Soalan:Adakah kedua-duanya betul? Soalan:Bolehkah kita guna “tertarik akan “ Terima kasih1. Rayson menggigil kesejukan kerana kehujanan semasa berjalan pulang dari sekolah.
2. Frasa "tertarik akan" boleh digunakan.
Tatabahasa13.03.2018
Sila terangkan pengunaan kata kerja.Kata kerja (Lin) ialah kata yg menyatakan sesuatu perbuatan; ~ kerja pasif (Lin) bentuk kata kerja (spt dipukul, ditangguhkan, kehujanan, dll) yg menyatakan sesuatu perbuatan (menjadi objek atau penyambut kpd kata kerja).Tatabahasa24.09.2007
IMBUHAN APITAN,, KE--AN,, DIKATAKAN BOLEH JADI KATA KERJA UNTUK AYAT PASIF!!!!! PERSOALANNYA IALAH BAGIMANA NAK TUKARKAN AYAT AYAT dibawa INI KEPADA AYAT AKTIF????((1)Malam tadi jiran saya kecurian(2)Sayup-sayup suara azan kedengaran (3) Badannya berpeluh kerana kepanasan (4 ) Dia kehujanan dijalan )) sila rujuk TATABAHASA DEWAN M.S(213) DALAM BAB 7 KATA KERJA ,,,,,,,,,,,,,,,,, TOLONG BERIKAN JAWAPAN LENGKAP ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Saudara Wan,

Ayat pasif dengan perkataan berimbuhan di... boleh diaktifkan dengan kata kerja berimbuhan meN.... Walau bagaimanapun bagi ayat pasif dengan perkataan berimbuhan apitan ke...an , ayat aktifnya tidak terbentuk demikian.  Dalam hal ini ayat aktifnya dibentuk dengan mengenal pasti  subjek yang melakukannya. Contoh: Orang ramai mendengar suara azan  sayup-sayup.  

Tatabahasa21.06.2009
Mengapakah kata seperti kebertanggungjawaban, keberadaan, keberhasilan, keberkesanan dan kata - kata seumpamanya menggunakan apitan ke-...-an dan bukannya per-...-an seperti pergaduhan (bergaduh), permainan (bermain), perjanjian (berjanji), percintaan (bercinta) dan seumpamanya? Salahkah jika kebertanggungjawaban saya tulis sebagai pertanggungjawaban, keberadaan sebagai peradaan, keberkesanan sebagai perkesanan dan keberhasilan sebagai perhasilan? Saya mohon pencerahan dan berterima kasih jika pihak DBP menjawab pertanyaan (kebertanyaan?) saya.

Apitan pe-...-an membentuk kata nama. Apitan pe-...-an bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja untuk menandakan makna tempat atau kawasan khusus, seperti petempatan dan pesisiran.  Hasil gabungan apitan ini dengan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas menandakan makna khusus, iaitu hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan maksud kata dasarnya  seperti perakuan dan persengketaan.

Untuk mengenal pasti kelas kata terbitan daripada apitan ke-...-an hendaklah melihat konteks penggunaannya dalam ayat. Dalam buku Tatabahasa Dewan, perkara ini diterangkan di bawah tajuk Aspek makna apitan ke-...-an (halaman 213), contohnya perkataan kehujanan ialah kata nama sepertimana fungsinya dalam ayat "Dia kehujanan di jalan".
Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 212-213

Tatabahasa22.11.2017
hi assalamualaikum tuan saya seorang pelajar tingkatan3 soalan saya ialah cara menggunakan "oleh" adakah oleh mesti wujud dalam ayat pasif? imbuhan ter- membawa maksud pasif ke?

Pengunaan kata sendi nama oleh boleh digugurkan atau kekal dalam ayat pasif bergantung pada binaan ayat dan kata kerja pasif yang digunakan seperti yang berikut: 1. Ayat pasif dengan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + FN (frasa Nama) yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat, contohnya: (a) Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam. /Barang itu sudah diambil Ali semalam. Namun demikian, jika binaan oleh + FN terletak jauh dari kata kerja, maka oleh perlu kekal dalam ayat, contohnya: (b) Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali. 2. Ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-, kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan. Contoh ayat: Istana raja terbina oleh rakyat dalam masa satu tahun.  3. Ayat pasif yang dibentuk dengan kata kerja yang mengandungi imbuhan ber- dan ke-…-an, kata sendi nama oleh + FN tidak diperlukan. Contohnya ayat:(a) Mereka kehujanan sepanjang hari  dan (b) Baju itu berjahit dengan benang sutera.  Ya, imbuhan ter- membawa maksud pasif. Untuk maklumat lebih terperinci sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman: 489 – 493).

Tatabahasa29.11.2021

Kembali ke atas