Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.i.buan] | کأيبوان

Definisi : sifat-sifat ibu, kewanitaan: perasaan ~ memang cepat tumbuh di kalangan anak-anak perempuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.i.buan] | کأيبوان

Definisi : sifat-sifat sejati seorang ibu (lemah lembut, pengasih dsb): Sifatnya yg ~ itu telah menambat hati anak muridnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ibu (kata nama)
1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat,
Berantonim dengan bapa

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan induk, inti, pokok,

Kata Terbitan : keibuan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SANGER, MARGARET

Sanger, Margaret (1883–1966) ialah pemimpin

wanita gerakan kawalan kelahiran di Amerika

Syarikat dalam awal tahun 1900-an. Pada waktu itu

penyebaran maklumat atau alat kawalan kelahiran di

Amerika Syarikat adalah menyalahi undang-undang.

Sanger percaya bahawa orang perempuan

sepatutnya mempunyai persamaan ekonomi dan

sosial dengan orang lelaki. Untuk mencapai

persamaan tersebut, dia berpendapat bahawa orang

perempuan perlu mengelakkan kehamilan yang

tidak dikehendaki. Sanger menubuhkan pertubuhan

yang kemudiannya menjadi Persekutuan

Keibubapaan Terancang Amerika (Planned

Parenthood Federation of America), iaitu organisasi

kawalan kelahiran yang utama di Amerika. Sanger

mencipta istilah kawalan kelahiran yang dahulunya

diken ali sebagai keibuan sukarela .

UMUM 

Kembali ke atas