Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.Öil.muan]/[ke.il.muan] | کعلموان

Definisi : perihal ilmu, menurut ilmu pengetahuan, ilmiah: saya tahu dr dekat akan suasana ~ tempat ia bekerja; bahasa Melayu akan sanggup menggantikan bahasa Inggeris dlm segala lapangan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.Öil.muan]/[ke.il.muan] | کعلموان

Definisi : hal-hal mengenai ilmu: Bahasa Malaysia semakin berkembang sejajar dgn perkembangan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ilmu (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan pengetahuan, kepandaian, kepakaran, keahlian, kemahiran, kebijakan, kebijaksanaan, kepintaran, pelajaran, pendidikan, seni, sains;,
Kata Terbitan : berilmu, keilmuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, "memisahkan sokongan keilmuan dengan sokongan peribadi" atau "memisahkan sokongan keilmuan daripada sokongan peribadi"? Jika digunakan sendi nama "dengan" dengan maksud "bersama", adakah frasa ini bermaksud sokongan keilmuan pada asal bersama dengan sokongan peribadi tetapi perlu dipisahkan, jadi dengan makna "bersama" ini sendi nama "dengan" digunakan? Sendi "daripada" tidak dapat digunakan kerana frasa ini tidak menunjukkan bandingan berbeda ataupun maksud sebahagian: "sokongan keilmuan" dan "sokongan peribadi" setaraf, tidak boleh dikatakan bahawa "sokongan peribadi" badan "sokongan keilmuan" dan "sokongan keilmuan" bahagian badan induk "sokongan peribadi", jadi "memisahkan sokongan keilmuan daripada sokongan peribadi" bermaksud memisahkan bahagian "sokongan keilmuan" daripada badan induk "sokongan peribadi" - maksud tidak kena kerana kedua-dua jenis sokongan setaraf! Sila beritahukan pendapat tuan.Kami berpandangan kedua-dua frasa ini "memisahkan sokongan keilmuan daripada sokongan peribadi" dan "memisahkan sokongan keilmuan dengan sokongan peribadi", betul bergantung pada maksud yang hendak disampaikan. Seperti yang tuan maklumi kedua-dua kata sendi nama daripada dan dengan mempunyai fungsi yang berbeza, maka penggunaan kedua-dua perkataan tersebut hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya.Tatabahasa15.12.2016
keilmuan atau keilmuwan? 1.bagaimana ejaan sebenar? 2.adakah perbezaaannya antara dua perkataan tersebut terima kasih

1. Ejaan yang betul ialah keilmuan

2. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, keilmuan perihal ilmu, menurut ilmu pengetahuan, ilmiah: saya tahu dr dekat akan suasana ~ tempat ia bekerja; bahasa Melayu akan sanggup menggantikan bahasa Inggeris dlm segala lapangan ~; manakala ilmuwan golongan (para) akademik, orang yg berilmu.

Makna24.03.2011
Ejaan yang betul : Ilmuwan keilmuan keilmuwanEjaan yang tepat ialah ilmuan dan keilmuan.Ejaan24.07.2010
Resensi mengikut kamus dewan - pertimbangan atau pembicaraan buku dll. Adakah betul dari segi bahasa jika saya menganjurkan satu program keilmuan dan menamakan program tersebut "Resensi Ilmu" . tk

Penamaan program “Resensi Ilmu” kurang tepat. Perkataan “dan lain-lain” dalam maksud resensi merujuk kepada bahan-bahan yang setaraf dengan buku, seperti novel, majalah, makalah, dan jurnal. Program yang selalu dibuat ialah “Resensi Buku”. Bagi program keilmuan dicadangkan “Wacana” yang merujuk kepada perbincangan atau pertukaran idea secara lisan yang bersifat intelektual.

Lain-lain19.02.2014
Adakah betul dari segi bahasa jika saya menganjurkan satu program keilmuan dan menamakan program tersebut i) "Inspirasi ilmu" ii) Aspirasi IlmuKedua-dua boleh digunakan  mengikut tujuan program itu diadakan.
Aspirasi membawa maksud keinginan yang kuat atau citi-cita manakala inspirasi bermaksud ilham
Lain-lain19.06.2014
assalamualaikum tuan/puan, saya ingin bertanya ayat "Oleh itu, disarankan agar guru mmpersiapkan diri dengan keilmuan psikologi untuk mendepani cabaran globalisasi dalam pendidikan". Adakah ayat ini tepat dan adakah perkataan disarankan agar sesuai digunakan atau hanya disaran agar sahaja? sekian, terima kasih.Oleh itu, guru disarankan agar mempersiapkan diri dengan ilmu psikologi untuk mendepani cabaran globalisasi dalam  pendidikan.Tatabahasa14.04.2015
Apakah yang dimaksudkan dengan 'kertas ilmiah'?ilmiah Ar bersifat (secara) ilmu pengetahuan, keilmuan, akademik: penerbitan majalah-majalah ~ boleh dikatakan sangat kurang; keilmiahan perihal atau sifat ilmiah. Kertas ilmiah ialah kertas yang bersifat akademik. Kertas ini menyajikan gagasan, deskripsi atau pemecahan masalah secara sistemis, yang dibentangkan secara objektif dan jujur, menggunakan bahasa baku serta didukung oleh fakta, teori, atau bukti empirik.Lain-lain27.10.2014
Definas bahan bacaan ilmiah/bahan ilmiah

ilmiah Ar bersifat (secara) ilmu pengetahuan, keilmuan, akademik: penerbitan majalah-majalah ~ boleh dikatakan sangat kurang; keilmiahan perihal atau sifat ilmiah.

Untuk makluman sdr. pihak DBP ada menyediakan perkhidmatan Kamus Dalam Talian dalam Laman web : www.dbp.gov.my

Lain-lain01.09.2008
Boleh kah saya menggunakan perkataan Omega dalam pilihan nama untuk pusat tuisyen?

Saudara,

Makna perkataan omega ialah  huruf ke-24 (terakhir) dlm abjad Yunani. Dalam konteks lain, perkataan omega merupakan jenama terkemuka bagi jam. Dalam konteks penamaan terutamanya penamaan pusat tuisyen, biasanya nama-nama yang menunjukkan kebijaksanaan, keilmuan atau berbentuk akademik sesuai digunakan. Dalam hal ini jika puast tuisyen tersebut disamakan dengan taraf terkemuka maka perkataan omega bolehlah digunakan. 

Makna05.08.2010
apakah implikasi penggunaan bahasa inggeris dalam bidang sains dan teknologi terhadap usaha mengantarabangsakan bahasa melayu?Soalan ini telah banyak kali diajukan kepada kami. Banyak implikasinya dalam bidang sains dan teknologi. Antaranya dari segi penguasaan bahasa Inggeris. Kebanyakan pelajar dari aliran kebangsaan yang bahasa pengantarnya bahasa Melayu berkemungkinan mengalami masalah dari segi pembelajaran jika dibandingkan dengan pelajar dari aliran Inggeris. Selain itu usaha untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu pada peringkat yang lebih tinggi akan terbantut seandainya bahasa Inggeris mengambil tempat dalam mana-mana wacana keilmuan yang mengutamakan bahas Inggeris dan secara logiknya bahasa Melayu akan terus terpinggir.T.kasih.Lain-lain11.07.2008
12

Kembali ke atas