Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.in.da.han] | کأيندهن

Definisi : perihal indah, kecantikan, ke­elokan: mereka sedang menikmati ~ alam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.in.da.han] | کأيندهن

Definisi : keadaan indah; kecantikan; keelokan: Amin dan keluarganya sedang menikmati ~ alam di pinggir kota. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keindahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satukah yang betul, ...tertarik oleh keindahan... atau tertarik dengan keindahan... Tolong jelaskan dengan terperinci. Terima kasih atas kerjasama.Merujuk buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama "oleh" membawa maksud yang menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab seperti dalam ayat "tertarik oleh keindahan" sebenarnya membawa maksud "tertarikh oleh (sebab) keindahan. Oleh itu, ayat yang gramatis ialah ... tertarik oleh keindahan ..., manakala kata sendi nama "dengan" tidak membawa maksud yang sesuai dengan konteks ayat tersebut.Tatabahasa18.06.2013
saya tertarik dengan keindahan atau tertarik oleh keindahan. saya terbaca dalam satu buku rujukan yang mengatakan bahawa ter.... mesti diikuti dengan "oleh' dan bukan "dengan". 2. antara isu-isu atau antara isu. 3. bolehkah kita memulakan sesuatu ayat dengan perkataan "terdapat"spt Terdapat seramai 10 orang di dalam kelas ini. 4. Terdapat banyak vitamin dalam buah-buahan ini. Banyak terdapat vitamin dalam buah-buahan. adakah kedua-dua ayat ini membawa makna yang sama. 5. tolong terangkan perbezaan makna menjolok mata dan mencolok mata. adakah tsunami perlu tulis dalam huruf besar. terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah saya tertarik dengan keindahan, bukan tertarik oleh seni bina kerana ayat tertarik oleh seni bina membawa maksud seni bina itu yang menarik saya.

2. Yang betul ialah antara isu kerana kata sendi nama "antara" diikuti kata nama am yang tidak perlu diulang.

3. "Terdapat" boleh digunakan pada permulaan ayat dan kebiasaannya digunakan dalam bentuk pasif.

4. Perkataan yang betul ialah mencolok mata bukan menjolok mata.

5. Perkataan "tsunami" tidak perlu ditulis dengan huruf besar kerana tsunami bukan nama khas. 

Tatabahasa08.10.2009
1.tertarik dengan keindahan atau tertarik oleh keindahan? 2.menaikkan takhta atau menaiki takhta? 3.Saya ingin memohon 100 kesalahan tatabahasa,ejaan dan imbuhan 4.apakah maksud pembaji,saya tidak dapat mencari maksud perkataan ini di carian kata dbp.Untuk soalan 1.:
Kedua-duanya boleh digunakan

Untuk soalan 2.:
Yang betul ialah menaiki tahta

Untuk soalan 3.:
Pihak kami tidak memberikan perkhidmatan sebegini

Untuk soalan 4.:
Pembaji  -->  baji

baji pasak yg runcing hujungnya dan digunakan utk merenggangkan atau utk membelah sesuatu: Kapak ialah contoh ~ yg tepat sekali.
Tatabahasa06.10.2014
Sila pilih ayat yang betul. (a) Saya tertarik dengan keindahan tasik itu. (b) Saya tertarik oleh keindahan tasik itu.Ayat yang betul ialah Saya tertarik oleh keindahan tasik itu.Tatabahasa25.08.2021
apa maksud estetik dari semua aspek?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna estetik ialah berkenaan keindahan atau penghargaan terhadap keindahan (terutamanya dlm bidang seni): sebenarnya, pertelingkahan ini adalah antara nilai ~ yg dihubungkan dgn akademi abad ke-19.Istilah02.10.2009
Selamat pagi; Ayat berikut mana satu yang betul'; 1. Para pelancong kagum akan keindahan alam semula jadi Malaysia. 2.Para pelancong kagum dengan keindahan alam semula jadi Malaysia. apakah perbezaannya?? Jasa baik tuan amat dihargai. Terima kasih. Daripada Cikgu Tan ( SJK(C ) Tai Thung )1. Para pelancong kagum akan keindahan alam semula jadi Malaysia. 2.Para pelancong kagum dengan keindahan alam semula jadi Malaysia. Kedua-dua contoh ayat ini betul, ayat yang pertama ialah bentuk yang lazim digunakan, dan ayat yang kedua bersifat emotif.Tatabahasa20.04.2009
NILAI ESTATIK

Tidak ada istilah estatik dalam bahasa Melayu. Istilah yang ada ialah estetik yang berkenaan keindahan atau penghargaan terhadap keindahan (terutamanya dlm bidang seni).

Makna18.03.2009
TERANGKAN TENTANG KEINDAHAN BAHASA DALAM PERIBAHASA MELAYU?Peribahasa merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk di hujan dan tak lekang di panas. Setiap peribahasa terdiri daripada bait-bait kata yang mengandungi makna tersirat yang menggambarkan betapa luasnya renungan, fikiran danpengalaman hidup penyusunnya. Perkara ini memerlukan penelitian dan kajian yang perinci. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku yang berkaitan serta kertas-kertas kerja yang dibentangkan dalam pelbagai seminar. Lain-lain25.03.2009
apakah itu keindahan bahasa.Secara umumnya keindahan bahasa merujuk penggunaan kata-kata yang indah dan pelbagai yang memberi kesan kepada penutur dan pendengarnya.Lain-lain02.08.2009
Huraikan tentang nilai estetika yang terdapat dalam bahan kesusasteraan. Kemukakan contoh bagi huraian tersebut. Terima kasih.Estetika ialah ilmu tentang keindahan. Dalam bidang kesusasteraan estetika ialah satu konsep untuk mengkaji keindahan yang terdapat dalam karya sastera. Untuk mengkaji keindahan dalam sesebuah karya sastera, unsur-unsur psikologi, sosiologi, entnologi, sejarah dan aspek-aspek lain yang saling berkaitan perlu dikaji bersama-sama.Lain-lain06.02.2008
123456789

Kembali ke atas