Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.in.di.vi.dua.lan] | کأينديۏيدوالن

Definisi : sifat (keperibadian dsb) individu atau orang perseorangan, yg berkaitan dgn individu: unsur ~ telah juga mengambil alih wibawa keluarga; mahu tidak mahu kaunselor di sekolah-sekolah harus juga membantu murid-murid membentuk sifat ~ masing-masing sebagaimana yg mereka kehendaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keindividualan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mohon khidmat DBP untuk menyemak terjemahan dari bahasa Inggeris ke BM. Terima kasih. ENGLISH TEXT Management Philosophy Epson aspires to be an indispensable company, trusted throughout the world for our commitment to openness, customer satisfaction and sustainability. We respect individuality while promoting teamwork, and are committed to delivering unique value through innovative and creative solutions. EXCEED YOUR VISION As Epson employees, we always strive to exceed our own vision, and to produce results that bring surprise and delight to our customers. BM TRANSLATION Falsafah Pengurusan Epson bercita-cita untuk menjadi sebuah syarikat yang amat diperlukan, dipercayai di seluruh dunia untuk komitmen kami terhadap keterbukaan, kepuasan pelanggan,dan kemampanan. Kami menghormati individualiti di samping memupuk kerja berpasukan, dan komited untuk memberi nilai yang unik melalui penyelesaian yang inovatif dan kreatif. EXCEED YOUR VISION Sebagai pekerja Epson, kami sentiasa berusaha untuk melebihi visi kami sendiri, dan untuk menghasilkan keputusan yang mengagumkan serta menggembirakan pelanggan kami.Terjemahan yang sesuai adalah seperti yang berikut:

Falsafah Pengurusan Epson bercita-cita untuk menjadi sebuah syarikat yang amat diperlukan dan dipercayai di seluruh dunia kerana iltizam kami dari segi bersikap terbuka, kepuasan pelanggan,dan kemampanan syarikat. Di samping memupuk kerja berpasukan, kami menghormati keindividualan dan beriltizam untuk memberikan nilai bitara melalui penyelesaian yang inovatif dan kreatif. MELAMPAUI WAWASAN ANDA (EXCEED YOUR VISION). Sebagai pekerja Epson, kami sentiasa berusaha untuk melampaui wawasan kami sendiri dan menghasilkan keputusan luar dugaan serta menggembirakan pelanggan kami.
Penyemakan dan penterjemahan07.03.2017

Kembali ke atas